CERITA SEORANG JURU X-RAY
anda nak tahu cerita seorang juru x-ray?
mai sini nadia nak bercerita sebagai seorang juru x-ray yang bekerja di salah sebuah hospital kerajaan.sebelum nadia bekerja sebagai seorang juru x-ray nadia belajar di kolej swasta tajaan Kementerian Kesihatan Malaysia selama 3 tahun mengambil Diploma Radiografi (medical imaging).
bagaimana nadia memohon untuk masuk belajar kos ni?
mengisi borang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) secara online memilih 8 jenis pekerjaan yang nadia minat..pilihan pertama nadia semestinya
juru x-ray.alhamdulillah setelah berjaya ditemuduga nadia berjaya mengikuti latihan separa perubatan anjuran kerajaan.
bermulanya kerja pada tahun 2012 di Muar.kerja juru x-ray ni memang agak berisiko kerana melibatkan sinaran radiasi.juru x-ray perlu bertugas melakukan kerja radiografi am,mengendalikan mesin ct scan,MRI, mammografi, dexa scan, dan banyak lagi yang melibatkan mengambil gambar anggota badan manusia.sebagai seorang juru x-ray nadia juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan mengenai anatomi badan manusia untuk memudahkan melakukan kerja x-ray nanti.beberapa penyakit yang banyak melibatkan x-ray juga kami perlu tahu.
sepanjang pengalaman nadia bergelar juru x-ray, nadia perlu bersiap sedia dengan segala kemungkinan yang berlaku semasa melakukan x-ray atau scan pesakit yang tidak sedarkan diri dan memerlukan bantuan.kami juga perlu mengetahui ilmu-ilmu kecemasan jika pesakit memerlukan bantuan.kat dewan bedah juga memerlukan juru x-ray bertugas mengendalikan mesin c-arm untuk kes ortopedik seperti kes memasukkan plating/k wire kat tangan .memasukkan besi kat paha dan banyak lagi kes lain.
selalunya bila buat x-ray kat pesakit nadia berasa simpati melihat keadaan pesakit yang kadang-kadang kehilangan jari tangan, kaki.ada juga yang x-ray disebabkan kes penderaan kanak-kanak (child abuse).bila tengok anak2 kecik merengek sakit disebabkan penderaan rasa sayu pula dan geram dengan sikap manusia yang tiak berhati perut mendera kanak-kanak tersebut.bila melibatkan kes dera memerlukan juru x-ray melakukan skeletal survey (x-ray seluruh anggota badan).ini menyebabkan kanak-kanak tersebut mengalami radiasi berlebihan pula.semestinya menjadi kes polis.bila melibatkan kes polis kami perlu mengambil gambar x-ray dengan teliti supaya bahagian yang hendak dilihat dapat didiagnos dengan jelas dan tepat.
dulu nadia geli geleman melihat darah yang banyak.sejak menjadi juru x-ray nadia dapat melawan sikap takut darah.bila pesakit mengalami kemalangan ada yang mengalami pendarahan yang banyak ketika kami sedang mengambil gambar x-ray anggota badan mereka.kat dewan bedah juga bila doktor bedah nak memasukkan besi ke dalam paha memang akan berlaku pendarahan yang banyak juga.kalau orang yang tak biasa tengok darah yang banyak boleh jadi pitam oo..alah biasa tegal biasa sebab nadia dah banyak kali tengok darah yang banyak .jadi ok ja la.alhamdulillah syukur kerana mudah nak buat kerja sebab dah lali tengok darah.
dulu masa tak belajar pasal x-ray ni, nadia pun taktau pasal mammogram iaitu prosedur x-ray payudara wanita/lelaki.selaku juru x-ray wanita, kami juga perlu melakukan x-ray pada payudara untuk mengetahui keadaan payudara pesakit ada kanser,cyst, ketulan dan sebagainya.memang malu juga bila terpaksa melihat dan sentuh payudara pesakit .tapi itu merupakan salah satu skop tugas juru x-ray..tabah dan cekalkan hati juga la buat x-ray tu.ini sedikit sebanyak dapat membantu wanita mencegah adanya kanser payudara.wanita yang berumur 40 tahun ke atas wajib melakukan screening mammogram.
tambahan pula, sebagai seorang juru x-ray nadia dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai sesuatu penyakit yang melibatkan pemeriksaan radiologi.kami dapat membantu doktor untuk mendiagnosis penyakit.salah satu cara untuk merawat pesakit yang memerlukan bantuan perubatan.kami juga mendapat cuti tambahan selain daripada cuti tahunan iaitu cuti radiasi .cuti radiasi ada 14 hari dalam setahun dan kami perlu menghabiskan cuti tersebut dan tidak boleh dibawa ke hadapan(tidak boleh carry forward).
shift juru x-ray bekerja pagi , malam dan petang juga memerlukan kesabaran yang tinggi.memang kadang-kadang rasa letih badan dan otak mengadap kerja yang tak pernah habis.anak-anak pun terpaksa berkorban dan seakan memahami tugas kami yang perlu meninggalkan mereka kepada pengasuh sekiranya bekerja malam atau onkoll.
nadia bersyukur dengan kerjaya sebagai seorang juru x-ray walaupun ada juga risikonya..tetapi takpalah sentiasa cuba berusaha memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pesakit..berdoa supaya tuhan mempermudahkan kerja kami dan seterusnya bertawakal agar kami juga terhindar daripada jangkitan penyakit.
terima kasih kerana sudi baca perkongsian nadia ni.moga entri ni dapat memberi info kepada anda semua mengenai juru x-ray.
Semoga kita terus sihat dan kuat demi negara
ReplyDeleteinsyaallah...terima kasih wswa sudi baca coretan nadia ni..luv u:)
DeleteKalau mammogram tu, sakit tak prosedur tu?
ReplyDeleteRasa sakit juga skit sbb payudara kena ditekan dgn mesin
DeleteWow.. perkongsian yang sangat menarik.. ramai yang tak tahu pasal perkerjaan nie.. bagus perkongsian nadia nie..
ReplyDeleteAssalam nak tnya
ReplyDeleteJuru xray berpeluang tak untuk menjadi radiologist
wassalam...rasanya radiologist tu bermula dari seorang medical officer(doktor biasa).juruxray kalau sambung belajar pun akan jadi pensyarah ja.tak pernah dgr lagi juruxray boleh jadi radiologist
DeleteJuruxray bleh jdi pensyarah klw smbung study smpai master/phd?
Deleteya..insyaallah boleh
DeleteKos ni kene dari aliran sains ke atau aliran sastera pon boleh??
ReplyDeleteada yg dari aliran sastera pun dapat juga masuk kos ni jika berjaya melepasi temuduga SPA..ikut nasib..aliran sastera pun ada juga yang belajar subjek Sains juga kan
DeleteHai sis nadia,andaikata ketika itu juru x ray sedang mengandung,bolehkah dia melakukan x ray terhadap pesakit.Adakah ia berbahaya.Terima kasih atas penjelasan.
ReplyDelete