KENANGAN RAYA AIDILADHA 2019

3 cucu Tok Wan Aziz & Tok Hasmah
Afiq,Arsyad dan Hakeem


pada 11 Ogos 2019 yang lalu, umat Islam di Malaysia menyambut hari raya Aidiladha.ia juga dikenali sebagai hari raya haji/korban.nadia berpeluang menyambut raya haji bersama keluarga di Alor Setar.anak-anak nadia teruja melihat lembu korban disembelih..ini merupakan suatu pengalaman yang sangat bermakna kepada anak kecil yang baru mula mengerti ibadah korban..Arsyad,Hakeem dan sepupu mereka Afiq sangat teruja melihat lembu..adik nadia Faiz dan juga abang ipar turut membantu jeemaah surau melapah daging korban.

ibadah korban melambangkan ibadat ikhlas lambang pengorbanan hamba kepada Allah.ini memberi peringatan mengenai kisah Nabi Ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail kerana mahu mengikut perintah Allah s.w.t..selain itu dapat dengan adanya ibadah korban dapat membantu fakir miskin dan orang yang tidak berkemampuan untuk menikmati daging korban yang telah diagihkan kepada mereka.



Hakeem teruja melihat lembu

khusyuk melihat lembu disembelih

adikku Zati bersama menemani kami melihat ibadah korban

nadia bersama anak kedua, Hakeem

Afiq dan Arsyad berbual mengenai lembu yang disembelih

adikku Faiz melapah daging

adikku Faiz (baju kuning) dan abang iparku Shahril (baju hijau) tekun melapah daging korban

No comments:

Powered by Blogger.