TOPI KELEDAR PENTING UNTUK KESELAMATAN ANAK
anakku Arsyad bergaya dengan topi keledar |
suami Nadia sangat mementingkan keselamatan anak kami di jalan raya.topi keledar ni dibeli oleh suami nadia untuk kegunaan arsyad bila suami nadia bawa arsyad menaiki motosikal di kedai yang berdekatan.walaupun dekat ja kedai dengan rumah tetapi disebabkan perlu melalui jalan raya wajib pakaikan arsyad dengan topi keledar.
bila dah biasa pakai topi keledar, jadi arsyad tak pernah merungut rimas ka apa bila pakai menutupi kepalanya.orang kata alah bisa tegal biasa.jadi kita sebagai ibu bapa perlu biasakan anak-anak kita memakai topi keledar ye.
kadang-kadang ada segelintir ibu bapa tidak ambik peduli keselamatan anak mereka yang menunggang motosikal dengan tidak memakaikan mereka topi keledar.selalunya kita lihat masa anak-anak balik atau pergi ke sekolah.walaupun jarak dekat dengan rumah tetapi sekiranya melalui jalan raya, lebih baik kita ambil langkah berjaga-jaga dengan memakaikan mereka topi keledar.
sebagai juru x-ray, nadia banyak kali dah x-ray pesakit kanak-kanak yang mengalami kemalangan akibat terjatuh daripada motosikal dan kebanyakannya tidak memakai topi keledar.bahagian kepala akan berdarah dan nasib tak baik mungkin adanya pendarahan otak(bleeding) perlu melakukan imbasan ct scan.kesiannya anak kecil yang baru nak hidup, akibat kelalaian ibu bapa yang tidak ambil peduli hal keselamatan anak-anak.
jadi, di sini nadia tegaskan pentingnya pemakaian topi keledar kepada anak kita.janganlah disebabkan kecuaian kita, kita kehilangan orang yang tersayang..
PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT.
PAKAILAH TOPI KELEDAR KEPADA ANAK KECIL..
Bab keselematan nie memang ramai yang pandang remeh.. walhal sangat bahaya bila terjadinya kemalangan ataupun terjatuh..selalu nak menyesal bila dah terjadi..
ReplyDeleteya betoi tu sha...jangan ambil mudah keselamatan anak kita bila menaiki apa2 kenderaan pun..sentiasa beringat
Deleteterbaik ....
ReplyDeleteTq
Delete