REZEKI KAMI JURU X-RAY YANG BEKERJA SHIFT



cheese tart yang comel hadiah pemberian kepada kami petugas kesihatan di Hospital Kulim



Sejak hospital kerajaan perlu mengendalikan kes Covid19, kami yang bekerja di hospital mendapat bantuan makanan secara percuma yang diberikan oleh agensi dan badan NGO yang membuat amal jariah.bukannya setiap hari kami dapat makanan secara percuma tetapi kadang-kadang kalau bernasib baik kami dapat makan secara percuma..alhamdulillah rezeki kami yang bekerja.

juru x-ray juga terlibat secara langsung dengan kes Covid19 kerana kami juga dipanggil untuk buat pemeriksaan x-ray dada pesakit yang disyaki Covid19.jadi, kami juga turut sama  berpeluang dapat makanan percuma .ada masa shift petang nadia juga berpeluang dapat makan percuma chesse tart yang sangat sedap .comel saja bila tengok cheese tart yang berwarna warni  siap dengan tulisan penghargaan kepada kami kakitangan hospital.terima kasih kepada pemberi yang sangat baik hati dan kreatif

masa keja shift malam pula, selalunya kami dapat makanan seperti nasi berlauk..ada sekali tu nadia dapat makanan percuma masak lemak ikan dan ikan bakar..oo rasa sedap dan menyelerakan ..kebetulan memang tengah lapar sebab dah penat buat keja kes x-ray pesakit.

sesiapa yang sudi memberi kami makanan percuma kepada staff kesihatan dan juga anggota keselamatan ,kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana turut sama menyumbangkan sesuatu kepada kami yang penat bekerja menghadapi wabak covid19 ni.sekurang-kurangnya kami rasa dihargai oleh masyarakat dan penat lelah kami rasa berbaloi.terima kasih sekali lagi..

nasi lauk masak lemak ikan dan ikan bakar

7 comments:

  1. Alhamdulillah, rezeki.
    Khidmat frontliner yang sangat dihargai.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.
    tq nadia sebab bekerja utk kami yg lain.
    murni tugas korang.
    hanya Allah yg akan balas.

    ReplyDelete
  3. Waaaa best kan dapat makanan sedap2... Hilang penat.. 😊

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..
    Terima kasih Nadia kerana terus bertugas demi kesihatan rakyat Malaysia..
    Semoga Allah melindungi Nadia dan semua yang berada dibarisan hadapan.. Aamiin..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.