SUKA PAKAI PELITUP MUKA BERWARNA WARNI



pelitup muka yang berwarna warni




sekarang ni, sejak seluruh negara dilanda Covid19 semua orang diwajibkan memakai pelitup muka atau org panggil face mask.berbagai jenis pelitup muka dijual di pasaran , ada yang jenis kain boleh dibasuh dan ada yang jenis pakai buang.

pelbagai jenis warna boleh dibeli di pasaran.baru-baru ni nadia telah membeli pelitup muka yang berwarna -warni dari Watsons store.nadia beli secara online melalui apps Watsons yang dimuat naik daripada Play Store.

di dalam kotak tersebut ada 10 jenis warna dan semuanya adalah 50 keping.10 jenis warna yang berlainan membolehkan nadia pakai pelitup muka ni mengikut warna baju atau tudung.sekarang ni nadia jadi suka pakai pelitup muka mengikut warna pakaian yang dipakai.mix and match.seronok pula bila pakai pelitup muka yang berwarna-warni.

harga sekotak pelitup muka ni adalah rm35..berbaloi beli sebab pelitup muka ni sangat tebal, tidak mudah terputus dan juga mempunyai 3 lapisan pelapik permukaan.

marilah kita menyahut seruan kerajaan supaya sentiasa memakai pelitup muka bagi mengelakkan jangkitan virus Covid19.kerajaan sentiasa menegaskan kepada orang ramai supaya sentiasa mengikuti SOP apabila berbuat sesuatu.kerajaan telah mengenakan denda kepada sesiapa yang ingkar arahan iaitu orang yang tidak memakai pelitup muka apabila berada di tempat awam.

#kitajagakita
#staysafe
#stayhome
#hidupfrontliners





gambar pemakaian pelitup muka berbagai warna

6 comments:

  1. Wak biasa pakai yang kaler biru pakai buang tu.
    Itu pun biasanya pakai beberapa kali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg ni pun jenis pakai buang juga wak...tapi jgn pakai lama sgt jenis pakai buang ni takut risiko ada jangkitan kat mask tu

      Delete
  2. Ada yang biru je. Tu pun beli kat econsave je. beli kat mana yang senang dapat je . heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo nadia saja suka2 beli berbagai warna facemask ni...kebetulan tgk ada kat Watsons..jadinya beli ja la

      Delete
  3. wah.. berwarna warni.. comel je..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.