KINDLE E-BOOK READER @ GAJET UNTUK BUKU DIGITAL



anda pernah dengar pasal kindle? kindle merupakan salah satu gajet membaca untuk buku digital di alam maya.lebih kurang macam tab tetapi fungsinya untuk bacaan sahaja.kindle ini merupakan e-book reader milik Amazon.nadia pertama kali tau pasal kindle ni bila sahabat baik nadia berkongsi mengenai "bestnya" menggunakan dan memiliki kindle.

Peranti Amazon Kindle membolehkan pengguna melayari, membeli, memuat turun, dan membaca 
e-buku, surat khabar, majalah dan media digital lain melalui rangkaian tanpa wayar ke Kindle.Platform perkakasan yang dikembangkan oleh anak syarikat Amazon Lab126, bermula sebagai satu peranti pada tahun 2007 dan kini terdiri dari pelbagai perangkat, termasuk e-pembaca dengan paparan E Ink elektronik dan aplikasi Kindle pada semua platform pengkomputeran utama. Semua peranti Kindle diintegrasikan dengan kandungan Kindle Store, dan sehingga Mac 2018, kedai mempunyai lebih dari enam juta e-buku yang terdapat di Amerika Syarikat.

kindle sebesar 6 inci sahaja dan muat juga masuk 
dalam poket.ianya ringan sahaja dan 
membolehkan kita
mudah dibawa ke mana sahaja.kindle tidak 
menyakitkan mata apabila dibaca disebabkan 
screennya yang seperti
 membaca pada kertas.ianya merupakan 
teknologi e-ink berwarna hitam putih sahaja.

di Malaysia, kindle boleh dibeli secara 
dalam talian online melalui Shopee.ni 
merupakan barang dari 
luar negara , jadinya harga sebuah kindle 
boleh tahan mahal juga.
tetapi walaupun mahal,ianya sangat berbaloi
 bagi kaki buku atau orang yang gemar membaca kerana  e-book yang dijual di pasaran boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah daripada sebuah buku fizikal.e-novel english ada juga yang dijual dengan harga tak sampai rm10.cuma rm 1 pun ada tau.cuma e-novel Bahasa Melayu sahaja dijual dalam harga belasan ringgit.e-novel pun boleh dibeli di Shopee.

jika kita membeli e-book melalui Shopee kita boleh memberi emel Kindle kita pada seller tersebut.
jadinya kita boleh syncronize semula dan buka di dalam kindle.seller biasanya akan hantar e-book melalui format pdf.

bila kita memiliki kindle, kita perlu membuat akaun Amazon.dari situ kita akan dapat akaun Kindle kita.
untuk pengetahuan anda, ada juga apps Kindle pada Playstore dalam handphone kita.jika kita download apps Kindle tersebut dalam handphone kita, kita boleh juga melanggan e-book.cuma bezanya bila kita membaca e-book melalui apps Kindle dalam handphone kita akan rasa sakit@ pedih mata disebabkan screen led.pencahayaan yang terang.kindle yang macam tab tu screennya macam kertas kerana adanya e-ink. 


sekarang ni, di pasaran ada pelbagai jenis kindle.terpulanglah untuk kita membeli jenis mana.ada juga kindle yang ada ads(iklan) dan no ads (tiada iklan).harganya sudah pasti berbeza.

sebenarnya, nadia bercerita pasal kindle ni sebab nak berkongsi dengan semua bahawa kindle merupakan antara salah satu e-book reader yang popular di dunia.saya nasihatkan jika hendak membeli kindle pastikan membeli dengan trusted seller dan barang memang dari amazon bukannya jenama dari China.bukan apa jika kita beli brand China dikhuatiri susah untuk membeli e-book nanti disebabkan masalah bahasa dan bukannya barang yang original dari Amazon.

ni merupakan antara barang wishlist nadia..nadia mengumpul duit onkoll untuk dapatkan kindle.masa nadia post pasal kindle ni, nadia sudah pun memesan dan membeli kindle..tetapi barangnya masih belum sampai.insyaallah nanti bila dah sampai, nadia akan review dan bercerita lebih banyak lagi mengenai manfaat memiliki kindle, cara penggunaannya dan sebagainya.sebenarnya terpulanglah pada kita untuk membeli dan memiliki kindle.jika ada duit lebih, apa salahnya kita membuat pelaburan sedikit membeli kindle.tepuk dada, tanya selera.


BUDAYAKAN AMALAN MEMBACA,

JOM MEMBACA

#MALAYSIA MEMBACA❤







6 comments:

  1. Satu gajet yg perlu dibeli oleh pembaca buku yg aktif. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  2. Wowwww.. Menarik.. 1st time dengaq psai kindle ni nadia.. Thanks for sharing.. Ulat buku wajib beli ni kan... Akak skrg ni asyik x sempat nak baca buku.. Kalau dulu2.. Satu novel tebal tu shari pun boleh habiskan dah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..nadia pun sebenarnya baru tau bila kawan baik nadia berkongsi cerita pasal gajet baru yang dia beli.memang untuk sesiapa yg ulat buku memang seeloknya boleh beli e=book reader kindle ni..sangat berbaloi..welcome..moga bermanfaat ye

      Delete
  3. Hi nadia..kalau file words kerja office /homework kite convert ke pdf.. Bolehke kite save file pdf tu dlm kindle..ok ke nak baca file pdf mcm ni dlm kindle

    ReplyDelete
  4. Untuk playbook kan dah banyak saya donload buku bahasa malay situ. Boleh masukkan dlm kindle jugak ke

    ReplyDelete

Powered by Blogger.