NESCAFE TARIK AIS

17:05


menarik tak tengok buih-buih pada air minuman ni...ni namanya nescafe tarik ais.

nadia memang penggemar kopi @ nescafe..apa2 yang berunsur kopi memang nadia suka minum.ssetengah orang tak boleh minum kopi disebabkan jadi pening kepala ataupun migrain.alhamdulillah setakat ni nadia masih boleh lagi minum kopi.mungkin dah biasa dan selalu minum.

Khasiat kopi

dapat memberi kecergasan dan menambah tenaga

❤ mengurangkan risiko terkena penyakit Parkinson

❤ melawan kemurungan dan memberi mood gembira

❤ mengurang risiko daripada mendapat kanser hati

❤ mendapat nutrisi yang baik seperti :
            1. Riboflavin (Vitamin B2
            2. Pantothenic Acid (Vitamin B5)
            3. Manganese dan Potassium
            4. Magnesium dan Niacin (B3)

AMARAN !!

  1. Jangan minum kopi secara berlebihan. Pengambilan kafein yang terlalu banyak setiap hari boleh memudaratkan kesihatan. Jangan terlebih dos.
  2. Bagi sesetengah orang, kopi boleh menyebabkan rasa pening. Dan sesetangah orang lain pula, kopi boleh menghilangkan rasa pening.
  3. Kopi boleh menyebabkan anda rasa ingin membuang air besar, tapi bukan berlaku kepada semua orang.

Kesimpulan

Secara ringkas, khasiat kopi ini banyak namun bukan untuk semua. Ada segelintir orang yang tidak menyukai kopi. Tidak mengapa, mereka mungkin lebih berminat kepada teh hijau.

Kopi sekarang pula sudah banyak pilihan. Anda boleh dapatkannya di pasar raya berdekatan. Elakkan 3-in-1, dan pilihlah serbuk kopi atau yang perlu dibrew sendiri.

2 comments:

Powered by Blogger.