RUPANYA SUDAH 7 TAHUN BERKHIDMAT DI HOSPITAL KULIM..SATNYA MASA
pejam celik pejam celik rupanya dah masuk 7 tahun nadia bekerja di Hospital Kulim.antara tempat kerja yang paling lama nadia berkhidmat sejak mengandungkan anak pertama tahun 2014.sebelum ni tempat posting pertama nadia bertugas di Hospital Pakar Sultanah Fatimah,Muar..selepas tu bertukar ke hospital yang berdekatan dengan rumah mak abah iaitu Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
selepas berkahwin , nadia berPJJ dengan suami yang bekerja di Penang..selepas berbincang, nadia pun bertukar ke Hospital Kulim.suami nadia berulang alik dari Kulim ke Penang untuk ke tempat kerjanya.alhamdulillah rezeki kami masa anak pertama dah setahun lebih kami berjaya memiliki rumah sendiri di Kulim Hi Tech.rumah nadia sangat strategik berdekatan dengan tempat kerja dan kemudahan yang dekat
dengan balai polis, balai bomba, kedai makan, bank dan sebagainya.
pelbagai kenangan pahit dan manis dapat nadia lalui semasa bekerja di Hospital Kulim.banyak perkara baru yang nadia belajar di sini..belajar menguruskan masa bekerja, uruskan rumah tangga dan berusaha menjadi ibu yang penyayang kepada 3 orang buah hati nadia..semuanya hero iaitu Arsyad,Hakeem dan Harraz.
semasa bekerja di Hospital Kulim, ada juga rakan-rakan sekolah SAINA dulu adik junior dan senior yang turut sama bekerja di sini.nadia bekerja sebagai juru x-ray dan adik junior dan senior bekerja sebagai doktor.masing-masing dalam jabatan lain.ada juga kawan yang terlibat dalam bidang pengurusan pentadbiran hospital.
rakan sekerja di Jabatan Radiologi Hospital Kulim juga sangat baik dan kami sentiasa bekerjasama dalam pengurusan kerja.kami bekerja office hour sekiranya tidak ber on call..ada juga kami bekerja pagi, malam dan petang.on call 24 jam pun ada.setiap bulan kami sentiasa perlu mengikut jadual tugas yang telah disediakan oleh juru x-ray kanan..sekiranya ada perubahan dan tidak dapat bertugas on call pada hari berkenaan, kami perlu mencari pengganti untuk tugasan on call tersebut.
insyaallah, kalau nadia masih diperlukan lagi di hospital ni nadia akan terus menabur bakti kepada semua masyarakat di sini.mungkin akan bekerja di sini lama juga kot. sekiranya jika nadia dinaikkan pangkat dan dapat berhijrah ke hospital lain yang berdekatan dengan rumah mungkin nadia akan berpindah juga..tengok keadaan macam mana dulu..
sayang juga dengan hospital kulim ni..dah la tempat kerja yang paling lama nadia bertugas.insyaallah nadia akan berusaha jadi juru x-ray yang sentiasa komited dengan tugas yang diberikan..yang terbaru, salah satu tugas kami di sini adalah memberi perkhidmatan x-ray kepada pesakit positif Covid19 di Pusat Kuarantin Kulim dan wad 3 Hospital Kulim, wad covid19.doakan kami semua diberi kekuatan untuk terus berkhidmat membantu kerajaan dalam menangani kes Covid19.
No comments: