BERSABAR PAKAI PPE WALAUPUN BERMANDI PELUH


bergambar kenangan di mesin Dr mobile x-ray








pelbagai jenis PPE suits Nadia gayakan


sebagai seorang juru x-ray, nadia juga perlu melakukan x-ray pada pesakit suspected Covid19 (SARI) dan pesakit yang sudah positif Covid19.

sebelum melakukan x-ray pada pesakit Covid19, nadia perlu memakai Personal Protective Equipment (PPE) atau pakaian perlindungan diri untuk keselamatan dan perlindungan diri daripada terdedah kepada virus Covid19.

bila pakai PPE suits memang sangat panas dan berpeluh.walaupun bermandi peluh, kami tetap bersabar melakukan x-ray pada pesakit Covid19.selepas selesai melakukan kerja x-ray di wad Covid kami dikehendaki membersihkan diri iaitu mandi membersihkan diri dulu sebelum menyarung baju uniform kerja yang dipakai semasa datang bertugas.

apabila mandi, kami perlu memastikan membersihkan anggota badan dengan betul dan menggunakan sabun antibakteria seperti dettol,lifebouy, dan sebagainya.

pengalaman melakukan x-ray pada pesakit positif Covd19 merupakan suatu pengalaman yang sangat berharga kerana pelbagai jenis dan ragam pesakit bila mereka bersedia di x-ray.ada pesakit yang boleh bangun duduk macam biasa ,ada yang terlantar tidur baring telentang kat katil seperti diintubated, tidur meniarap , dan sebagainya. 

pentingnya pemakaian PPE di kalangan frontliners.penggunaan PPE boleh melindungi paru-paru, mata, kepala, kaki, kulit serta badan untuk pekerjaan berisiko tinggi seperti doktor, jururawat,anggota bomba, polis dan sebagainya. Initermasuklah;

1. Udara tercemar

2. Jangkitan virus

3. Jangkitan kulit

4. Luka akibat terdedah bahan kimia

5. Kejutan elektrik

6. Suhu melampau

7. Melindungi mata


nadia berharap kita yang masih sihat dan tidak pernah kena penyakit Covid19 lagi, marilah kita bersama-sama menjaga diri kita dengan menjaga SOP, mengamalkan penjarakan fizikal, sentiasa memakai pelitup muka apabila keluar,dan banyak lagi..duduklah di rumah jika tidak ada keperluan untuk membeli barang.jagalah diri..

#kitajagakita

#kitabelummenang

#stayathome

#frontliners

4 comments:

  1. Saya pernah pakai sebab buat kerja checmical... Fuhhhhh! Memang panas behtolsss.. Hmmm... Semoga cepatlah wabak Covid 19 ni berakhir .. Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..harap wabak Covid ni cepat berakhir dan kita dapat hidup dengan bahagia dengan keluarga

      Delete
  2. masa sy dlm wad covid, staff HRPZ2, KB akan kejutkan sy untuk diX-ray pd jam 3 pagi... tp sy tabik la mrka sbb sanggup bersusah payah merawat pesakit covid mcm sy ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah kami yang bekerja di hospital akan terus merawat pesakit covid walaupun kdg2 kami rasa penat menghadapi bebanan kerja yang makin bertambah bila kes covid makin menaik..

      Delete

Powered by Blogger.