BUKU PERMAINAN UJI MINDA

buku permainan uji minda kepunyaan Nadia

kawan-kawan pernah tengok buku permainan uji minda macam ni tak?mungkin ada yang dah biasa tengok buku yang lebih kurang macam ni kan.

buku permainan uji minda ni mempunyai beberapa aktiviti yang perlu diselesaikan seperti cari perkataan,teka silang kata, maze,mesej tersembunyi, padanan, susun huruf, dan macam2 lagi.

yang menariknya buku-buku ni dapat memberi ilmu pengetahuan mengenai judul buku tersebut seperti mengexplorasi mengenai 25 rasul,surah2 alQuran dan surah al Baqarah..sangat menarik kerana memberi info kepada pengguna buku ni.ia memberi kupasan yang lebih mendalam mengenai sesuatu perkara yang kita dah lama tahu ataupun tau sedikit saja.ini mengingatkan kita semula apa yang pernah kita baca dan belajar semasa di alam persekolahan dulu.

kat mana nak dapatkan buku ni ye?
nadia beli buku macam ni kat Hasani Bookstore jer kat Landmark Kulim, Giant.
selalu nadia beli apa-apa jenis buku kat Kulim Hasani Bookstore sebabnya kat sana ada pelbagai pilihan buku.lagipun nadia menjadi ahli dan ada kad ahli.jadinya murah la sebab ada diskaun bagi setiap pembelian barang kat situ.

jikalau kawan2 berminat nak beli cubalah pergi ke kedai buku yang berdekatan.jika nasib anda baik mungkin akan jumpa buku macam ni juga.ok sekian saja reviewku..

terima kasih sudi membaca coretanku ni...  

5 comments:

  1. Teringin juga nak ke Hasani Bookstore ini.. Tak pernah masuk lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. best masuk hasani..macam2 jenis buku ada kat sana

      Delete
  2. Buku yang Nafia kongsikan tu pun nampak menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. #nadia.. maaf ye.. jari gemuks.. tertypo lak nama Nadia tu..

      Delete
    2. ya sgt menarik buku ni....ok

      Delete

Powered by Blogger.