KAUNTER X-RAY CERIA

Kaunter x-ray yang berwajah baru

Kaunter pendaftaran kat jabatan x-ray di tempat kerja nadia dah bertukar wajah..dah menjadi lebih ceria dan kemas.rakan sekerja nadia yang rajin menghias dan mendeko semula kaunter ni.

kaunter merupakan tempat rujukan pertama pesakit apabila datang ke sesuatu jabatan.kaunter merupakan tempat pertanyaan sesuatu hal yang berkaitan.kaunter perlu sentiasa kelihatan kemas dan menarik supaya nampak kelihatan cantik di mata sesiapa pun yang melihatnya.

jadi, rakan sekerja nadia mengambil insiatif untuk menjadikan kaunter pendaftaran di jabatan kami menjadi lebih menarik.

nampak lain skit la kaunter daripada sebelum dihias..gambar sebelum kaunter dihias nadia tak sempat pula ambik gambar.hanya dapat tangkap gambar selepas kaunter siap dihias.

bila kaunter dah kemas dan menarik , rakan sekerja perlu bersama-sama menjaga kekemasan kaunter dengan lebih teratur..jangan pula biarkan kaunter berselerak dengan barang yang tak sepatutnya.beringatlah ye ada mata-mata yang sentiasa memerhati kaunter kita.




2 comments:

  1. Cantiknya kaunter.. seronok bila pelanggan datang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Sha...yg penting sejuk mata memandang

      Delete

Powered by Blogger.