BROKOLI SAYUR KEGEMARAN ARSYAD

Arsyad suka sangat dengan sayur brokoli


selalunya kanak-kanak memilih untuk makan sayur.Arsyad pun tak semua sayur arsyad suka makan.tetapi kalau sayur brokoli memang dia suka sangat.arsyad panggil 'sayur hijau'.

selalunya nadia akan masak sup ayam dengan brokoli, sayur campur bersama brokoli ataupun rebus brokoli sahaja.buat masak apa pun mesti arsyad makan asalkan adanya brokoli.

brokoli merupakan sayuran hijau tanpa lemak yang rendah sodium, kalori dan tinggi akan serat,vitamin C,potasium,B6 dan vitamin A.

10 khasiat brokoli :

💗mencegah kanser terutamanya kanser payudara dan kanser rahim

💗mengurangkan kolestrol

💗meningkatkan kesihatan jantung anda

💗merupakan anti infalamasi yang dapat memperlambat kerosakan sendi termasuk osteoarthritis

💗mencegah osteoperosis kerana mengandungi kandungan kalsium dan vitamin K yang tinggi

💗menjaga kesihatan mata dengan adanya beta karoten,vitamin A, fosfor,B kompleks,vitamin C dan E

💗memiliki kadar antioksidan yang kuat

💗menjaga kesihatan kulit dan merawat dari dalam

💗menjadi anti penuaan dengan mengurangi garis-garis halus, jerawat dan pigmentasi

💗menjadi agen pencernaan yang baik untuk kesihatan tubuh badan


nadia berharap agar anak nadia, arsyad akan terus makan sayur sehinggalah besar nanti..adik Hakeem pun nampak macam suka juga sayur brokoli bila tengok abang dia berselera makan..adik ni suka tiru abang dia..takpalah tiru benda baik takpa kan..


jadi sayur brokoli sangat baik untuk kesihatan tubuh badan.sebagai ibu bapa kita perlu menggalakkan anak-anak makan sayur tak kisahlah sayur apa pun.sayur memberi banyak manfaat kepada kesihatan diri kita.


adik Hakeem tengok dan perhati ja abang Arsyad



4 comments:

  1. Anak-anak sha pun suka.. Sedap brokoli ini.. Walaupun celur air panas..
    Bagus bila anak suka makan sayur kan nadia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betoi bagus bila anak2 suka makan sayur...tak kisah la apa jenis sayur pun...

      Delete

Powered by Blogger.