KEDAH VS COVID19
COVID 19 DI KEDAH..
------------------
Negeri Kedah merupakan antara negeri terawal di Malaysia yang di isytiharkan ZON HIJAU selepas negeri Perlis dan Kelantan pada 30 April 2020.
Pada gelombang awal sebelum ini , Kedah selesa dengan hanya 96 kes berbanding negeri lain yang masih berada dalam zon merah. Status zon hijau ini bertahan agak lama, Kedah bebas dari kes Covid selama beberapa bulan tanpa sebarang kes baru.
Disangka panas hingga ke petang, rupa rupanya gelombang senyap Covid-19 bermula apabila kes pertama dari Kluster Sivagangga dikesan pada 28 Julai 2020.
𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗦𝗜𝗩𝗔𝗚𝗔𝗡𝗚𝗚𝗔 - 𝗚𝗘𝗟𝗢𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗦𝗘𝗡𝗬𝗔𝗣 𝗦𝗨𝗣𝗘𝗥 𝗦𝗣𝗥𝗘𝗔𝗗𝗘𝗥
Kluster Sivagangga merupakan antara Kluster yang paling banyak mendapat perhatian ramai kerana isu ketidakpatuhan peniaga nasi kandar yang baru pulang dari India dan menyebabkan jangkitan pada keluarga, pekerja dan pelanggan. Virus mutasi D614G adalah punca Kluster ini dan ia dikatakan merebak 10X ganda lebih pantas dari virus sebelum ini. Kluster Sivagangga telah menutup tirai , dengan jumlah 45 kes.
𝗞𝗟𝗨𝗦𝗧𝗘𝗥 𝗧𝗔𝗪𝗔𝗥 - 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗜𝗠𝗣𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗟𝗨𝗔𝗥𝗚𝗔 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗘𝗡𝗬𝗘𝗗𝗜𝗛𝗞𝗔𝗡
13 Ogos merupakan tarikh keramat dimana Kluster Tawar bermula. Punca jangkitan Kluster tawar sehingga kini TIDAK DI KETAHUI.
Walaupun jenis virus yang berlaku pada Kluster Tawar adalah SAMA dengan kluster Sivagangga, Tiada bukti kukuh untuk mengaitkan antara kluster sivagangga dan kluster Tawar.
Kluster Tawar bermula didalam sebuah perhimpunan keluarga bagi memperingati kematian dan ia menyebabkan jangkitan pada 21 ahli keluarga yang lain.
Sehingga kini, 79 individu telah dijangkiti dari kluster ini dan ia adalah kluster yang masih AKTIF mencatatkan kes baru. Kluster Tawar adalah bukti kegagalan pematuhan SOP dalam perhimpunan keluarga.
𝗝𝗔𝗡𝗚𝗞𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗞𝗔𝗟𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗧𝗨𝗚𝗔𝗦 𝗞𝗘𝗦𝗜𝗛𝗔𝗧𝗔𝗡
Selain jangkitan wabak dikalangan orang awam, kejadian di Kedah juga menunjukkan peningkatan jangkitan dikalangan petugas kesihatan. Kluster Sungai dan Kluster Telaga antara kes jangkitan yang bermula dari Petugas kesihatan.
𝗣𝗞𝗣𝗗 𝗦𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗔𝗺𝗮𝗻𝗷𝗮𝘆𝗮
Peningkatan kes ini menyebabkan Kawasan Amanjaya di ishtihar sebagai kawasan PKPD bermula 28 Ogos 2020 sehinggalah pada 13 September 2020. Terkini, Zon Melor di Amanjaya diteruskan pelaksanaan PKPD berikutan ada pertambahan kes
𝗣𝗞𝗣𝗗 𝗦𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗮𝗱𝗯𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗞𝗼𝘁𝗮 𝗦𝗲𝘁𝗮𝗿
Terkini, 366,787 penduduk Kota Setar perlu dikawal pergerakan di dalam daerah dan tidak dibenarkan keluar dari daerah berikutan pelaksanaan PKPD (11-25 September)
Pengajaran dari gelombang di Negeri Kedah
⚠️ Berada di zon hijau jangan disangka tidak mampu menyebabkan gelombang besar
⚠️ Sentiasa jaga SOP, kita masih dalam tempoh Pandemik. Tidak perlu bersesak sesak, pakai topeng muka dan jaga kebersihan
⚠️ Anggota kesihatan dan frontliners perlu lebih berhati hati, anda andalah tulang belakang bagi menghadapi Pandemik ini.
Semoga dengan pelaksanaan kawalan ketat pergerakan dapat menghentikan gelombang besar di Negeri Kedah. Doakan supaya frontliners kita terus bertahan dan masyarakat dapat terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
#Pray4Kedah
Sumber : Public Health Malaysia
c & p
#sharingiscaring
Semoga penduduk kedah dilindungi.. Aamiin..
ReplyDeleteinsyaallah..amin
Delete