SAKIT BERSALIN


setiap wanita mempunyai pengalaman bersalin berbeza..lain orang , lain cara dan pengalamannya.ketika sakit nak bersalin yang mana satu adalah paling sakit dan rasa terseksa.cuba kawan-kawan tengok gambar di atas.yang mana satu anda rasa ?

kontraksi adalah keadaan di mana berlakunya regangan pada dinding rahim apabila bayi sudah bergerak ke bawah dan telah sampai masanya untuk keluar daripada perut si ibu.ia merupakan salah satu tanda untuk melahirkan anak di mana uterus mengecut dan mengendur.bagi nadia sakit juga bila bermulanya kontraksi.

mengikut pengalaman nadia, induce adalah paling sakit.induce dilakukan untuk memberi tekanan kepada perut ibu mengandung supaya lebih cepat bersalin.induce merupakan kaedah untuk mempercepatkan kelahiran dan bukannya sakit semulajadi dan keadaan paksaan.pengalaman nadia kena induce untuk anak kedua dan ketiga memang rasa sakit sangat.rasa sakit perut yang amat sangat sebabkan pengecutan uterus berlaku secara paksaan.sampaikan rasa macam nak putus nyawa menahan kesakitan.

pasal kena seluk banyak kali semasa untuk periksa bukaan vagina pada mulanya untuk anak pertama rasa la sakit sikit.rasa  dijolok dengan jari.kalau dapat doktor yang jarinya besar lagi la rasa sakit.tetapi, bagi anak kedua dan ketiga nadia dah lali dan terbiasa dah bila diseluk untuk perika bukaan..takdak lah rasa sakit sangat macam masa anak pertama dulu..mungkin dah boleh menerima keadaan perlu memeriksa bukaan supya dapat tau bila masanya boleh bersalin.

kena gunting apabila nak bersalin ada yang mungkin rasa sakit.bagi nadia apabila kena gunting taklah sakit sangat sebabkan tak perasan sangat sebab masa tu dok tengah meneran nak keluarkan anak..jadinya kena gunting pun dah redha dan harapnya anak dapat keluar dengan mudah.laluan dah menjadi luas

semasa meneran melahirkan anak memerlukan tenaga yang banyak dan kesungguhan diri untuk mengeluarkan anak.bagi nadia rasa sakit juga tetapi abaikan saja sebab memikirkan perlu meneran sepenuh tenaga supaya anak dapat dikeluarkan dengan segera.jika lambat mengeluarkan anak dikhuatiri bayi akan lemas dan tidak bernyawa.

bila banyak koyak, jururawat atau doktor akan menjahit semula kat tempat keluar bayi tersebut.hal ni supaya tidak terlalu besar bukaan pada vagina.namun, ada juga tidak perlu dijahit kerana bayi yang dilahirkan tidak terlalu besar dan si ibu tidak mengalami koyakan yang  banyak.pengalaman nadia masa bersalin anak kedua yang beratnya 3.84 kilogram memang nadia alami koyakan yang banyak,almaklumlah bayi agak besar juga.

walaupun sakit dan pengalaman bersalin berbeza,tetapi setiap wanita sentiasa ada impian untuk menambah bilangan anak lagi walaupun telah merasa pengalaman bersalin.mereka tak pernah serik untuk bersalin lagi.walaupun agak perit untuk mengingati saat-saat melahirkan anak.

kawan-kawan yang lain bagaimana pula?yang mana satu adalah paling sakit dan menyeksakan.tepuk dada, tanya selera.moga sesiapa yang belum dikurniakan anak nadia doakan anda berpeluang mengandung dan melahirkan anak sendiri,,insyaalah yang penting berusaha, berdoa dan tawakal










9 comments:

  1. Saya rasa time kontraksi tu yang paling sakit, rasa nak patah pinggang dibuatnya. Waktu itulah tertanya-tanya, bila rasa sakit itu akan berakhir!

    ReplyDelete
    Replies
    1. masing-masing rasa kan..ikut diri kita juga kan

      Delete
  2. pernah rasa induce & seluk je..tapi tetap bersalin czer sebab tiada bukaan langsung walaupun dah 2x diinduce.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ka? sy takdak pengalaman psl bersalin czer..alhamdulillah semuanya normal

      Delete
  3. Itulah hebatnya seorang ibu yang melahirkan, butuh sebuah pengorbanan yang luar biasa

    ReplyDelete
  4. betoi, start semuanya sakit la

    ReplyDelete
  5. Masa jahit tu tak terasa pun sebab kesejukan di bilik bersalin tu lebih mencengkam.. hehehe.. Masa nak tunggu bukaan tu paling sakit pada Sha.. Memang tak tahu nak cakap rasa dia macam mana.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betoi sgt..masa nak tnggu bukaan mmg sakit sgt..sakit yg tak dpt digambarkan camna

      Delete

Powered by Blogger.