PENGALAMAN BERSALIN NORMAL ADANYA KOMPLIKASI URI TERLEKAT DAN TUMPAH DARAH
Pengalaman bersalin mengajar kita menjadi lebih matang dan bersedia menghadapi cabaran yg datang.setiap anak berbeza cara bersalinnya.
Nadia nak bercerita mengenai pengalaman bersalin anak ke 3.pengalaman ni merupakan pengalaman yg berharga dan tidak pernah nadia hadapinya sebelum ni.
Masa malam Selasa 7.7.2020 nadia sudah pergi ke PAC Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar untuk memeriksa kandungan yg sudah overdue..due bersalin 6.7.2020..malam tu dah 7.7.2020.kebetulan baby kerap mengeras dan kurang gerakan.bila doktor check bukaan jalan rupanya dah 3cm.jadi nadia pun perlu masuk wad untuk pemantauan.di samping itu juga, bagi menunggu bukaan yg lebih banyak dan hampir sampai masa untuk bersalin.
Nadia pun masuk wad dan ditempatkan dalam bilik single.alhamdulillah selesa la sebab adanya bilik air sekali dalam tu tak perlu berkongsi dengan pesakit yg lain.pertama kali dapat bilik dok sorang sebab selalunya sebelum ni penuh ja dan payah nak dapat bilik single.
Nadia pun bermalam di bilik tu dan masa tidur tu rasa contraction tak berapa kuat sangat..tido pun lena juga.lepas solat subuh, nadia telah diperiksa dan bukaan masih 3 cm..tengah hari Rabu tu bila diperiksa bukaan dah 5cm.jadinya nadia pun dihantar oleh jururawat ke dewan bersalin.
Setibanya di dewan bersalin pukul 2 petang ,sekali lagi doktor kat situ check bukaan dan katanya bukan 5cm lagi baru 4cm sahaja buka.mungkin doktor kat wad salah check kot.doktor kata mungkin lambat lagi nak bersalin ni.hampir 2 jam dalam bilik bersalin tu bukaan masih sama 4 cm lagi.disebabkan itu, doktor cadangkan untuk mempercepatkan bukaan dengan memberi ubat induce jenis air Pitocin.
Bila dah masukkan ubat induce melalui jarum branula kat tangan nadia, lama_lama sakit kontraksi makin terasa..rasa sakit perut yang teramat sangat..sampaikan nadia dok tak diam berpusing ke kiri ke kanan disebabkan sakit sangat..sakit yang tak tau nak gambarkan camna..
pukul 8.30 malam nadia bagitau jururawat yg berada dalam bilik bersalin tu rasa macam nak terkeluar & terberak ni..jururawat tu terus check bukaan dah full OS 10cm dan terus suruh nadia meneran..banyak kali juga meneran, akhirnya pukul 8.35 malam tanggal 8.7.2020 lahirnya seorang bayi lelaki bernama Muhammad Harraz.berat bayi adalah 3.76kg
Walaupun bayi dah keluar, ada berlaku komplikasi bila uri lambat keluar..hampir sejam doktor cuba untuk keluarkan uri.doktor bagitau kalau tak berjaya keluar kena masuk OT(dewan bedah) kena buat pembedahan..Allah mendengar doa hambaNya , akhirnya berjaya juga uri dikeluarkan melalui proses MRP (Manual Removal Placenta).Alhamdulillah..tetapi, masa doktor seluk dalam untuk buang uri tu memang rasa perit , sakit yang amat sangat walaupun dah diberi ubat tahan sakit..sakit yang tak terhingga sampai rasa macam nak putus nyawa bersalin ni..dugaan untukku..Subhanallah..
Nadia mengalami tumpah darah yg banyak juga iaitu dikenali PPH (post partum heamorrhage)..darah banyak keluar selepas prosedur buang uri tu.selepas selesai semuanya,nadia rasa pening kepala kerana sudah kehabisan tenaga bersalin dan pendarahan yg banyak.kepala berpinar-pinar sampaikan bila dah selesai bayi dibersihkan, nadia bangun untuk menyusu tetapi malangnya muntah pula.Alhamdulillah anak nadia tidak mengalami apa-apa masalah pun..sihat dan sempurna..syukur ya Allah..
Nadia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua doktor dan jururawat yang merawat nadia semasa proses bersalin terutamanya kepada staff dewan bersalin dan wad Kenanga 2D Hospital Sultanah Bahiyah.ini merupakan kali ke 3 nadia bersalin di HSB.ditakdirkan nadia dapat bayi lelaki juga kali ni.subhanallah.alhamdulillah rezeki.semuanya ketentuan Allah..bersyukur seadanya.rezeki dapat anak dalam tahun 2020.bermulalah kehidupan nadia menguruskan 3 orang anak lelaki dalam perjalanan hidupku semasa umur 33 tahun.
katil di bilik single wad 2D, HSB
bilik single wad 2D, Hospital Sultanah Bahiyah
semasa baru lahir
fresh from oven
Muhammad Harraz bin Annuar
adik kepada Muhammad Arsyad dan Muhammad Hakeem
anak ke 3
No comments: