PERTAMA KALI BERMULANYA KERJA SHIFT PAGI & MALAM SELEPAS LAMA CUTI BERSALIN

hai,saya juru x-ray Nadia
\

pada hari ni, 3.10.2020 Sabtu bermulanya kerja shift pagi dan malam nadia iaitu melakukan kerja onkoll sebagai seorang juru x-ray di hospital.baru-baru ni nadia telah mengambil cuti bersalin selama 3 bulan selepas melahirkan anak ke 3.puas sungguh cuti lama dah dok rumah mengasuh anak dan bermain dengan anak.jadinya nadia kenalah mula bekerja semula apabila nama kat roster onkoll juru x-ray ada nama nadia kena kerja.nilah pertama kali nadia bekerja waktu hari minggu selepas cuti bersalin.anak-anak ditinggalkan dengan suami nadia yang kebetulan dapat bercuti dan dapatla suami nadia mengasuh mereka bertiga.

sebagai seorang juru x-ray di hospital kerajaan sememangnya kami perlu bertugas pada waktu pagi , petang dan malam.Jabatan Radiologi  di seluruh hospital di Malaysia  memang beroperasi 24 jam dan setiap shift perlu adanya juru x-ray dan pembantu perawatan kesihatan (PPK) bertugas.di hospital nadia, ada 2 orang juru x-ray yang bertugas di bilik general dan ct scan dan kami perlu berada di Jabatan Radiologi untuk membuat kes x-ray.kami akan dibantu oleh 1 orang pembantu perawatan kesihatan (PPK).bagi juru x-ray yang bertugas di OT (dewan bedah) perlu standby di rumah sahaja menunggu panggilan telefon daripada hospital untuk datang buat kes x-ray di dewan bedah. 

sepanjang nadia bekerja sebagai seorang juru x-ray pelbagai ragam pesakit yang datang x-ray.masa nadia keja malam kali ni ada pesakit yang bibir dan mukanya pecah dan berdarah dan nadia perlu buat ct brain & face iaitu scan kepala dan mukanya.apabila doktor mengambil sejarah pesakit rupa -rupanya pesakit perempuan tu kena pukul dengan suaminya yang mabuk.kesian bila lihat keadaan pesakit yang menahan sakit dan redha ja apa yang petugas kesihatan merawatnya.

ada juga rakan sekerja nadia iaitu partner yang bekerja sekali nadia buat x-ray kaki dan tangan untuk pesakit yang mengalami kemalangan.(MVA) malam minggu  selalunya banyak yang datang buat x-ray kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya.biasalah malam minggu orang kan selalu keluar dan melepak di luar rumah seperti bersantai santai dengan rakan-rakan.

selama 8 tahun nadia bergelar juru x-ray di hospital kerajaan berbagai jenis ilmu baru yang nadia belajar.belajar menggunakan mesin baru dan program pendaftaran secara online untuk mendaftar pesakit, seperti software eHis dan Synapse.pebagai kecanggihan teknologi mesin dan revolusi baru dalam skop tugas kami yang perlu dipelajari dan diambil tahu.nadia bersyukur juga mempunyai rakan-rakan sekerja yang tidak lokek untuk berkongsi ilmu baru mengenai sesuatu perkara yang nadia tidak tahu.almaklumlah nadia bercuti lama selama 3 bulan dan banyak perubahan dilakukan di tempat kerja nadia.perubahan cara mendaftar pesakit, cara menggunakan mesin mammogram baru yang baru dipasang, dan bermacam macam lagi la.

nadia berharap agar nadia berusaha menjadi seorang juru x-ray yang berwibawa dan berusaha untuk belajar melakukan tugas dengan berhemah dan mengamalkan nilai-nilai positif dalam melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan.




first partner onkoll nadia iaitu Najwa yang merupakan seorang blogger juga iaitu dikenali dengan nama Wawa Hass 





first time keja malam selepas lama cuti bersalin




first time keja pagi selepas lama cuti bersalin

8 comments:

  1. Selamat bertugas kembali dan tahniah kerana mendapat cahayamata lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih abam Kie...alhamdulillah dapat anak lg

      Delete
  2. Selamat menjalankan tugas. Moha setiap kerja yang dilakukan dengan niat kerana Allah akan mendapat berkat dari_nya. Aamiin.

    ReplyDelete
  3. Tahniah..dapat baby dan selamt kembali bertugas..

    ReplyDelete
  4. Selamat kembali berkerja Nadia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih byk2 Sha..alhmdulillah dapat menjalankan tugas semula

      Delete

Powered by Blogger.