ONKOLL DEWAN BEDAH RUTIN SEORANG JURU X-RAY




juru x-ray sememangnya perlu buat x-ray di dewan bedah jika diperlukan.selalunya kes ortopedik memerlukan x-ray untuk memudahkan tugas mereka merawat pesakit.

di hospital nadia bekerja, juru x-ray perlu bertugas onkoll 24 jam untuk bertugas di dewan bedah.jika hari bekerja kami perlu datang macam biasa pukul 8 pagi dan berada di Jabatan Radiologi.jika tiada kes selepas pukul 4 petang kami boleh balik berehat di rumah.sekiranya pihak dewan bedah memerlukan khidmat juru x-ray mereka akan menghubungi juru x-ray yang onkoll tersebut.

jadinya kami perlu alert dengan panggilan telefon daripada dewan bedah hospital.kalau hari weekend kami hanya perlu standby di rumah sahaja.jika diperlukan , pihak yang terbabit akan menghubungi kami.kami perlu respon segera dan perlu memastikan sampai di hospital dalam lebih kurang 45 minit.sekiranya terlambat sampai perlu memaklumkan pada pihak dewan bedah dahulu supaya mereka tahu status juru x-ray.

bertugas onkoll dewan bedah kadang-kadang menjadikan nadia letih apabila dipanggil bertugas pada tengah malam lebih kurang dalam pukul 3 pagi ka.sebabnya masa petang kita dah bertugas di dewan bedah dan sudah pulang ke rumah bila kes sudah selesai.tetapi tengah malamnya dapat panggilan sekali lagi perlu datang ke dewan bedah untuk melakukan x-ray pula.nak buat camna kan tu merupakan salah satu skop tugas kami yang perlu bertugas buat x-ray di dewan bedah.alhamdulillah kami dapat buat tuntuan elaun(claim) jika mula bertugas  selepas jam 4 petang masa hari bekerja biasa.jika weekend dapat claim dari awal bertugas di dewan bedah.syukur dapat juga menambah duit poket tengah-tengah bulan kan.

selepas nadia selesai cuti bersalin, nadia dah mula bertugas di dewan bedah pada bulan Oktober yang lalu.semasa mengandung juru x-ray tidak perlu bertugas di dewan bedah kerana sangat berisiko kepada kandungan dan mesin ii C-arm tu memberi sinar radiasi yang tinggi walaupun memakai lead gown (baju kebal).
 juru x-ray perempuan yang mengandung memang tidak boleh melakukan x-ray di dewan bedah.

sebenarnya nadia sangat bersyukur kerana tidak jadi apa-apa pada kandungan nadia.sebabnya semasa mengandungkan anak ketiga tahun lepas nadia tidak sedar sudah mengandung 12 minggu dan masa sebelum tempoh tu nadia dah banyak kali bertugas di dewan bedah.alhamdulillah kandungan masih selamat dan anak yang lahir alhamdulillah sempurna sifatnya.syukur sangat-sangat.nadia tidak sedar sudah mengandung kerana tidak ada apa-apa simptom orang mengandung dan period pun tidak teratur.

insyaallah niat untuk bekerja seikhlas hati membantu para doktor dan pesakit, tuhan mempermudahkan segalanya.nadia akan cuba memberi perkhidmatan yang terbaik kepada semua masyarakat dan membantu rakan sepasukan dengan sebaik mungkin.moga Allah memberkati niat murni kami petugas kesihatan dalam melakukan tugas sebagai seorang juru x-ray.

#kejakujuruxray
#radiographerlife
#kitajagakita
#wearefrontliners







8 comments:

  1. Mudah-mudahan sentiasa dipermudahkan urusan. Moga mendapat ganjaran berganda di sana.

    ReplyDelete
  2. cabaran juga ketika mengandung kan, insyaallah besar ganjarannya sis :)

    ReplyDelete
  3. Respek sangat dengan semua petugas kesihatan ini.. Semoga Allah permudahkan semua urusan Nadia.. You are awesome..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami berkhidmat untuk masyarakat & negara..insyaallah selagi ada kudrat..terima kasih

      Delete

  4. Numpang promo ya Admin^^ (f)
    ingin mendapatkan uang banyak dengan cara cepat
    ayo segera bergabung dengan kami di ionpk.biz ^_$
    add Whatshapp : +85515373217 || ditunggu ya^^ x-)

    ReplyDelete

Powered by Blogger.