ULAM AWET MUDA
Ulam merupakan bahagian tumbuh-tumbuhan yang dimakan secara mentah, dicelur, distim atau direbus dan dihidangkan bersama hidangan nasi dan lauk-pauk yang lain. Ini termasuklah bahagian pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi atau bunga tanaman.
Di Malaysia, lebih daripada 120 jenis tumbuhan boleh dimakan sebagai ulam-ulaman, daripada tumbuhan herba kecil dan melata, jenis semusim seperti pegaga, sehinggalah kepada pokok-pokok renek dan pokok-pokok besar jenis saka seperti petai, jering, genuak dan kerdas, yang biasanya tumbuh liar di kawasan pedalaman, di dusun atau di hutan belantara.
Sayur-sayuran biasa seperti timun, kubis dan terang juga boleh dianggap ulam apabila dimakan sebegitu sahaja. Dalam erti kata lain, ulam-ulaman ini sama sahaja seperti salad dalam diet barat.
dulu, nadia tak pandai sangat makan ulam.emak nadia memang suka makan ulam.bila tengok emak nadia makan dengan penuh berselera dan nampak macam sedap, nadia pun cubalah makan ulam cicah dengan sambal belacan beserta nasi putih.bila dah makan tu, rasa sedap juga makan sayur mentah ni.
antara ulam - ulaman yang nadia suka makan adalah seperti :
💗 ulam pegaga
💗 timun
💗 bendi yang dicelur
💗 ulam raja
Mungkin, bagi sesetengah ahli masyarakat, pengambilan ulam-ulaman dan pencicahnya dilihat sebagai kolot dan ketinggalan zaman. pencicah selalunya orang Melayu suka makan adalah sambal belacan .Pencicah seperti cincalok, budu, sambal belacan dan tempoyak semuanya dihasilkan melalui proses fermentasi, menghasilkan produk kaya dengan probiotik atau bakteria baik yang membantu sistem penghadaman badan.
Sementara pemakanan salad yang dipopularkan kulinari barat kelihatan lebih hipster dan moden.Hidangan salad walaupun sihat, kadangkala ditambah sos dressing komersial siap yang penuh pengawet. Kebanyakan dressing salad dalam botol siap adalah tinggi dengan lemak tepu, garam dan gula tambahan.
Sedangkan ulam-ulaman bukan sahaja lebih segar kerana hasil tempatan, bahkan kebanyakan pencicahnya kaya dengan probiotik.
antara manfaat amalan memakan ulam adalah :
🍁menjadikan kita awet muda
🍁memberi penyembuhan luka
🍁merawat penyakit jantung dan kencing manis
🍁memberi kesan positif kepada gula dalam darah dan selera makan
🍁memberi ransangan tenaga
Sedap gila kannnnn.... Akak pun suka gilaaaaa makan ulam ni...
ReplyDeleteya betoi..sedap oooo
Delete