MAKSUD NAMA ANAK KETIGAKU



tanggal 8.7.2020 lahirlah anak ke 3 nadia.bayi lelaki yang alhamdulillah sihat dan sempurna sifatnya.setelah sama-sama berbincang, nadia dan suami bersetuju nak letak nama Muhammad Harraz untuk anak ke 3 ni.

maksud nama harraz adalah yang amat warak.moga anak nadia menjadi anak soleh kebanggaan nadia dan suami.sentiasa melakukan amal ibadat dan berbuat kebaikan kepada semua orang di sekelilingnya.

nama Muhammad Harraz serasi dengan anak kami dan alhamdulillah takdak apa-apa masalah yang timbul semasa suami nadia pi daftar kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara di Anak Bukit, Alor Setar.kebetulan sama Nadia bersalin di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar, jadinya urusan pendaftaran nama anak dan kelahiran suami nadia selesaikan di Alor Setar juga.

sekarang ni, Muhammad Harraz dah mula berinteraksi dan suka senyum apabaila namanya dipanggil oleh kami.nadia rasa bahagia bila melihat keletahnya.nadia memanjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberi nadia rezeki anak lelaki lagi.dah 3 orang hero anak lelaki  mengelilingi mama di rumah.mama ja satu-satunya perempuan dalam rumah kita ni.apa-apa pun nadia redha dengan ketentuan Allah dan bersyukur dengan nikmat dan rezeki anak yang diberikan.



Muhammad Harraz tersenyum bahagia


2 comments:

  1. Alhamdulillah.. Bagus maksud namanya..
    Tahniah untuk baby baru..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.