BEZA BUKU BIASA DAN KINDLE
gambar di atas merupakan beza kindle dan buku biasa.buku biasa lebih berat dan agak payah untuk kita usung merata tempat.kindle lebih fleksibel mudah dibawa ke merata tempat sebab saiznya kecil, ringan dan muat poket baju skrub.
kindle merupakan gajet untuk buku digital iaitu e-book reader.
di Malaysia, kindle boleh dibeli secara
dalam talian online melalui Shopee.ni
merupakan barang dari
luar negara , jadinya harga sebuah kindle
boleh tahan mahal juga.
tetapi walaupun mahal,ianya sangat berbaloi
bagi kaki buku atau orang yang gemar membaca kerana e-book yang dijual di pasaran boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah daripada sebuah buku fizikal.e-novel english ada juga yang dijual dengan harga tak sampai rm10.cuma rm 1 pun ada tau.cuma e-novel Bahasa Melayu sahaja dijual dalam harga belasan ringgit.e-novel pun boleh dibeli di Shopee.
jika kita membeli e-book melalui Shopee kita boleh memberi emel Kindle kita pada seller tersebut.
jadinya kita boleh syncronize semula dan buka di dalam kindle.seller biasanya akan hantar e-book melalui format pdf.
bila kita memiliki kindle, kita perlu membuat akaun Amazon.dari situ kita akan dapat akaun Kindle kita.
untuk pengetahuan anda, ada juga apps Kindle pada Playstore dalam handphone kita.jika kita download apps Kindle tersebut dalam handphone kita, kita boleh juga melanggan e-book.cuma bezanya bila kita membaca e-book melalui apps Kindle dalam handphone kita akan rasa sakit@ pedih mata disebabkan screen led.pencahayaan yang terang.kindle yang macam tab tu screennya macam kertas kerana adanya e-ink.
sekarang ni, di pasaran ada pelbagai jenis kindle.terpulanglah untuk kita membeli jenis mana.ada juga kindle yang ada ads(iklan) dan no ads (tiada iklan).harganya sudah pasti berbeza.
sebenarnya, nadia bercerita pasal kindle ni sebab nak berkongsi dengan semua bahawa kindle merupakan antara salah satu e-book reader yang popular di dunia.saya nasihatkan jika hendak membeli kindle pastikan membeli dengan trusted seller dan barang memang dari amazon bukannya jenama dari China.bukan apa jika kita beli brand China dikhuatiri susah untuk membeli e-book nanti disebabkan masalah bahasa dan bukannya barang yang original dari Amazon.
ni merupakan antara barang wishlist nadia..nadia mengumpul duit onkoll untuk dapatkan kindle.masa nadia post pasal kindle ni, nadia sudah pun memesan dan membeli kindle..tetapi barangnya masih belum sampai.insyaallah nanti bila dah sampai, nadia akan review dan bercerita lebih banyak lagi mengenai manfaat memiliki kindle, cara penggunaannya dan sebagainya.sebenarnya terpulanglah pada kita untuk membeli dan memiliki kindle.jika ada duit lebih, apa salahnya kita membuat pelaburan sedikit membeli kindle.tepuk dada, tanya selera.
BUDAYAKAN AMALAN MEMBACA,
JOM MEMBACA
#MALAYSIA MEMBACA❤
macam best pulak kindle ni kan. ritu rasa nak beli, tapi nanti-nanti la in shaa Allah. teruskan membaca =)
ReplyDeleteinsyaallah ada duit lebih nanti wawa beli na...apa2 nak tau pasal kindle just let me know ya..
DeleteAsskm..Blh tk share beli dekat mne??? Sye risau tersalah beli dekat fake seller
ReplyDeletebeli kat shopee...kena tgk review pembeli sama
Delete