SAYA SUDAH DIVAKSIN.ANDA BILA LAGI?JOM CUCUK VAKSIN COVID19


*Vaksin*

Masih ramai yang tidak faham apa itu vaksin.
1. *Vaksin bukan ubat penyembuh.* Ia tidak boleh menyembuhkan pesakit covid19. Pesakit covid19 tidak akan sembuh dengan mengambil vaksin.
2. *Vaksin bukan ubat kebal.

* Ia tidak boleh menghalang daripada jangkitan covid19. Penerima vaksin masih boleh dijangkiti virus covid19.*Habis kalau tak boleh menyembuhkan dan tak boleh mengelakkan jangkitan, untuk apa kita divaksin???*Jawapan kepada soalan ini telah diajar oleh guru sekolah anda dalam matapelajaran *Sains Tingkatan 5 Bab 1 (Mikroorganisma dan Kesannya ke atas Hidupan)* atau *Biologi Tingkatan 5 Bab 1 (Pengangkutan - Keimunan dan Pengimunan (Immunity and Immunisation))*. Kesalahfahaman tidak sepatutnya timbul jika kita menumpukan perhatian sewaktu guru menyampaikan pelajaran dahulu

.*Vaksin (vaccine)* ialah ampaian bakteria (suspension of bacteria) atau virus (patogen) yang mati atau dilemahkan. Vaksin disuntik ke dalam badan untuk merangsang limfosit (lymphocytes) untuk menghasilkan antibodi tertentu bagi melawan patogen (antigen).Tujuan penvaksinan adalah untuk membina imunisasi atau dalam bahasa melayunya daya tahan tubuh. Vaksin dimasukkan ke dalam tubuh untuk membolehkan antibodi dalam badan kita mengenali patogen atau virus. Dengan mengenali patogen atau virus, barulah antibodi badan kita dapat bertindak balas melawan virus tersebut

.*40 staff KKM yang telah divaksin dijangkiti covid19?

 Imran Khan dijangkiti covid19? Apa jadi?* Jadi jangan salah faham. 

Badan kita tetap masih boleh dimasuki virus covid19 walaupun setelah divaksin. Dah bagitau kan. Vaksin bukan ubat kebal. Tetapi antibodi badan orang yg telah divaksin akan terus mengenali virus covid19 sebagai patogen, dan melawan virus tersebut. Oleh itu virus akan gagal menambahbiak, merosakkan sistem, sel, dan organ tubuh. Virus akan akan mati dan dikumuhkan, dan peluang untuk virus untuk menjangkiti orang lain pula adalah rendah. 

Berbanding dengan mereka yang tidak menerima vaksin. Virus yang masuk ke dalam badan tidak dikenali oleh antibodi tubuh, oleh itu virus bebas membiak, berparti dan merosakkan sel dan organ. 

Walaupun tidak bergejala, tubuh akan menjadi sarang dan pembawa virus, dan menjangkiti orang² lain di sekitar kita terutamanya ahli keluarga dan rakan sekerja.

*Demam teruk dan kesan sampingan selepas divaksin?* Benar! 3.48% penerima vaksin mengalami kesan sampingan ringan seperti demam, sakit kepala, keletihan, muntah, loya, sakit di sendi dan sengal-sengal di badan selepas divaksin. 0.02% mengalami kesan sampingan serius seperti bengkak dan sesak nafas.

 Kesan sampingan adalah normal kerana tempoh penyesuaian yang berbeza untuk setiap orang. Manakala kesan serius atau simptom penolakan berlaku jika penerima mempunyai alahan terhadap vaksin tersebut.Walau bagaimanapun kemudaratan jika tidak divaksin adalah lebih tinggi berbanding kesan sampingan vaksin.

 Penerima vaksin yang mengalami kesan sampingan sebenarnya adalah golongan yang bakal mengalami kesan yang paling buruk jika dijangkiti covid19! Jika vaksin samada mRNA atau partikel virus yang dilemahkan pun telah mengakibatkan kesan sampingan, 

Virus yang aktif dan bebas tanpa antibodi tubuh yang dapat mengenalpastinya bakal memberikan kesan yang lebih buruk lagi. Ingat bahawa virus Covid19 telah ada dan akan kekal berada dalam komuniti kita dalam tempoh yang panjang.Harap penjelasan ringkas ini dapat menguraikan kekeliruan dan salah faham terhadap vaksin.

saya merupakan salah seorang frontliner di salah sebuah hospital kerajaan.saya merupakan seorang juru x-ray dan perlu mengambil gambar x-ray dada pesakit positif Covid19 dan juga pesakit yang dikategorikan sebagai SARI .saya juga berisiko untuk dijangkiti.alhamdulillah saya berpeluang mengambil vaksin jenis Pfitzer.semasa mengambil vaksin dos pertama dan kedua, saya rasa lenguh-lenguh bahu dan badan agak sedikit letih..selepas  3 hari disuntik baru keadaan diri menjadi normal semula.syukur semuanya telah selesai.

kawan-kawan sekalian , jomlah kita semua mendaftarkan diri untuk divaksin.moga lebih ramai orang mempunyai kesedaran untuk mengambil vaksin Covid19.jadilah kelompok majoriti yang telah divaksin supaya kita boleh menjaga sesuatu komuniti supaya bebas dijangkiti Covid19.


selepas selesai divaksin..syukur alhamdulillah






nadia bersama rakan sekerja selepas
 disuntik vaksin dos pertama





















6 comments:

  1. Alhamdulillah, sudah selesai divaksin. Moga sentiasa dilindungi Allah dalam melaksanakan tugas sebagai frontliner 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..terima kasih atas doamu..moga kita semua sentiasa dilindungi

      Delete
  2. Alhamdulillah . Tahniah dah cucuk vaksin

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah da divaksin.. Harap3 turn kami pulak l3pas ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah..insyaallah semua orang akan berkesempatan untuk divaksin..cuma turn tu lambat atau cepat ja...

      Delete

Powered by Blogger.