SALAM AIDILFITRI , SALAM RAYA PKP







esok, hari Rabu 12 Mei 2021 merupakan hari terakhir kita menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan.
Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dah mengumumkan Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari Khamis 13 mei 2021  bersamaan 1 Syawal 1442H.

malam ni merupakan malam terakhir kita menunaikan solat terawih untuk tahun ni.alhamdulillah nadia pun berpeluang menunaikan solat terawih walaupun solat sendiri sahaja di rumah.sempat juga solat terawih bila anak-anak dah tidur dan bila anak-anak tak meragam.syukur dapat juga buat solat sunat walaupun tak dapat solat berjemaah di surau/masjid.

tahun ni sekali lagi kita beraya dalam PKP 3.0 (Perintah Kawalan Pergerakan).tahun ni juga dah masuk 2 kali nadia beraya di Kulim sahaja.walaupun agak sedih dan syahdu tidak dapat beraya di kampung tetapi suasana raya kita kena hidupkan supaya anak-anak kita dapat berpeluang merasai suasana raya juga.

kita kena bersyukur dapat juga beraya walaupun masih dalam tempoh PKP jika dibandingkan dengan negara Palestin yang teruk diuji dengan ledakan bom dan tembakan daripada Israel.selain itu, frontliners seperti bomba, polis, rela, kakitangan kesihatan sibuk menguruskan apa yang patut untuk menghalang penularan Covid19.mereka sanggup berkorban masa dan tenaga untuk menabur bakti kepada masyarakat Malaysia.

kita cubalah menjadi rakyat yang patuh dan ikut seruan kerajaan supaya duduk beraya di rumah.ada kebaikan dan hikmah di sebaliknya tidak dapat merentas daerah dan negeri.Covid19 ni perlu dikawal supaya tidak terus menular ke seluruh negara kita.

akhir kata,

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
SALAM LEBARAN
SALAM RAYA PKP


4 comments:

  1. selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya maaf zahir dan batin nadia sekeluarga =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya juga wawa sekeluarga....maaf zahir batin

      Delete

Powered by Blogger.