ISRAEL VS PALESTINE









Konflik Israel-Palestin merupakan satu pertikaian yang masih berlangsung antara Israel dan orang Arab Palestin. Konflik Israel-Palestin ini merupakan sebahagian daripada Konflik Arab-Israel yang lebih besar. Pada dasarnya, konflik kini merupakan pertikaian antara dua kumpulan mengenai tuntutan kawasan tanah yang sama.

Banyak percubaan telah dibuat untuk membantu mencipta sebuah "penyelesaian dua negara" yang melibatkan penciptaan sebuah negara Palestin merdeka di samping Israel. Pada masa ini, kebanyakan orang Israel dan Palestin bersetuju bahawa sebuah penyelesaian dua negara merupakan cara yang terbaik untuk menamatkan konflik, menurut banyak tinjauan pendapat yang utama.Kebanyakan orang Palestin melihatkan Tebing Barat dan Jalur Gaza sebagai sebahagian kawasan negara masa hadapan, suatu sudut pandangan yang juga diterima oleh kebanyakan orang Israel.Walaupun demikian, sebilangan ahli akademik yang kecil menyokong penyelesaian satu negara, dengan semua kawasan Israel, Jalur Gaza, dan Tebing Barat menjadi sebuah dwinegara dengan hak yang sama untuk semua penduduk. Bagaimanapun, terdapat banyak percanggahan pendapat yang utama tentang bentuk persetujuan mutakhir serta tahap keandalan kedua-dua pihak terhadap komitmen asas masing-masing.

Terdapat banyak pemain dalam negeri serta pemain antarabangsa yang terbabit dalam konflik ini. Pihak perunding langsung ialah kerajaan Israel yang diketuai oleh Ehud Olmert dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) yang diketuai oleh Mahmoud Abbas. Perundingan rasmi diantarakan oleh sebuah kontingen antarabangsa yang dikenali sebagai Kuartet Timur Tengah yang terdiri daripada Amerika SyarikatRusiaKesatuan EropahPertubuhan Bangsa Bersatu, dan diwakili oleh utusan khas yang kini merupakan Tony BlairLiga Arab merupakan pemain yang penting yang telah mencadangan rancangan keamanan alternatifMesir, anggota pengasas Liga Arab, merupakan peserta yang utama dari segi sejarah.

Sejak tahun 2006, pihak Palestin telah dipecah belah oleh konflik antara dua puak yang utamaFatah, parti yang terbesar, dan Hamas, sebuah kumpulan militan Islam. Oleh sebab itu, wilayah yang dikuasai oleh Pihak Berkuasa Nasional Palestin (kerajaan interim Palestin) berpecah belah antara Fatah di Tebing Barat dengan Hamas di Jalur Gaza. Hal ini terbukti menimbulkan masalah kerana Hamas dianggap sebagai sebuah pertubuhan pengganas oleh Israel dan banyak negara yang lain.Oleh itu, walaupun Hamas memenangi pilihan raya Palestin 2006, ia tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam sebarang perundingan rasmi.

Pusingan perundingan keamanan terkini yang bermula di Annapolis, Amerika Syarikat pada bulan November 2007 bertujuan untuk mencapai ketetapan mutakhir menjelang akhir tahun 2008. Semua pihak bersetuju bahawa adanya enam teras atau 'status akhir' yang merupakan persoalan yang mesti diselesaikan: Jerusalempelarianpetempatankeselamatansempadan, dan air.

Dalam kalangan masyarakat Israel dan Palestin, konflik ini menjanakan berbagai-bagai pandangan dan pendapat (sila lihat juga pandangan Israel tentang proses keamanan dalam konflik Israel-Palestin dan pandang Palestin tentang proses keamanan). Hal ini bertindak untuk menonjolkan percanggahan pendapat yang, bukan sahaja antara orang Israel dengan orang Palestin, tetapi juga antara mereka sendiri.

Ciri utama konflik ini ialah tahap keganasan yang disaksikan pada sepanjang konflik tersebut. Korban perang yang diadakan oleh askar tetap, kumpulan separa tentera, dan sel pengganas tidak hanya terhad kepada para tentera, malahan banyak nyawa orang awam bagi kedua-dua pihak juga dikorbankan.


sejak Mei tahun 2021 ada sahaja cerita letupan di Palestine.Palestine sempat merdeka pada 9 Syawal 1442H bersamaan 21.5.2021.adanya perundingan genjatan senjata.

Kenapa Israel bersegera mahukan gencatan senjata? 

1. Kekalahan naratif perang di peringkat antarabangsa. Masyarakat antarabangsa berpihak kepada naratif perjuangan Palestin dan menyaksikan ledakan sokongan kepada Palestin terutama di sosial media dan dunia Barat. Semakin lama perang, semakin lama membuka hakikat Israel sebagai negara penjajah. US juga menekan Israel setelah US menerima tekanan Antarabangsa. 

2. Kos perang yang meningkat dan mereka tidak sanggup untuk menamatkan perang dengan melaksanakan ground invasion terhadap Gaza. Apabila berlaku ground invasion, kemungkinan besar akan berlaku penculikan tentera Israel oleh pejuang Palestin seperti yang berlaku kepada Gilad Shalit. Israel terpaksa tunduk kepada permintaan pejuang Palestin sebagai ganti pembebasan Gilad Shalit. 

3. Mata mata Israel di Gaza telah ditangkap dan mereka berperang di dalam keadaan tidak ada maklumat yang lengkap. Israel terpaksa bom secara rambang dan kemuncaknya apabila mereka menyerang bangunan menempatkan syarikat akhbar antarabangsa di Gaza, naratif perang Israel tidak lagi memihak kepada mereka. Israel tidak lagi mempertahankan diri dari Hamas tetapi cuba menyembunyikan hakikat sebenar dari dunia antarabangsa. 

4. Israel tidak berjaya melumpuhkan walau satu pusat kawalan mujahidin di Gaza melalui serangan bom mereka akibat mata mata mereka di Gaza sudah ditangkap. 

5. Pergolakan politik dalaman dari parti pembangkang Israel terhadap Netanyahu. Mereka mendesak untuk dihentikan peperangan dan menyalahkan Netanyahu sebagai punca Israel mendapat malu. 

Sekiranya kita mengikuti perkembangan perjuangan Palestin bermula Intifada yang pertama pada 1987, kita harus akui perjuangan Palestin telah meningkat ke satu tahap baharu yang menggerunkan Israel. 

Sokongan antarabangsa yang meningkat kepada Palestin, kekuatan persenjataan tentera Hamas, sokongan rakyat kepada Hamas walaupun sebahagian mereka syahid dan cedera akhirnya memberi kita kefahaman bahawa Palestin pasti akan merdeka suatu hari nanti. Dan hari itu sudah semakin hampir. 

InsyaAllah, suatu hari nanti kita akan sama sama sujud di Masjid al Aqsa yang sudah merdeka. Tahniah para pejuang Palestin, tahniah pejuang siber dan social media di Malaysia, tahniah para donator. Semoga Allah swt ganjari kita dengan sebesar besar pahala. Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar walillahil hamd. 

Arifin Manan 

Ketua Sekretariat 
Kempen Kesedaran Perang Pedang Al-Quds 2021
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)

No comments:

Powered by Blogger.