SALAH SATU TUGASKU SEBAGAI SEORANG JURU X-RAY BEKERJA DI KAUNTER TEMUJANJI




salah satu skop tugas juru xray adalah bekerja di kaunter temujanji selain daripada melakukan kerja di bilik general x-ray,ct scan,mri,mammo dan sebagainya.

semasa bertugas di kaunter temujanji ,kami perlu bersedia mental dan fizikal melayan kerenah pesakit yang berbagai ragam.kami juga perlu menjawab panggilan telefon dengan penuh berhikmah supaya urusan temujanji berjalan dengan lancar.

nadia pernah mengalami masalah komunikasi apabila mahu menjelaskan berkaitan temujanji kepada pesakit berbangsa Cina yang kurang faham akan Bahasa Melayu.sehinggakan nadia perlu memanggil rakan sekerja yang berbangsa Cina untuk menjelaskan apa yang sepatutnya pesakit itu tahu mengenai temujanjinya.kalau tidak menjelaskan apa yang sepatutnya pesakit itu ambik tahu , ini akan menyebabkan pesakit tidak datang pada hari temujanjinya dan mungkin tidak buat persediaan yang sepatutnya seperti berpuasa dahulu sebelum menjalani prosedur ultrasound dan ct scan.

urusan temujanji selalunya melibatkan pemeriksaan seperti ultrasound, ct scan, mri,fluoroskopi dan  mammogram.kami akan menetapkan tarikh temujanji pesakit dengan melihat sama ada pemeriksaan perlu dilakukan dalam tempoh terdekat atau lama lagi.sama ada kes tersebut normal, early atau urgent.

dulu nadia pun tak pandai sangat nak tengok tarikh untuk bagi temujanji kat pesakit.tetapi, lama kelamaan dah boleh buat sendiri tanpa perlu bantuan daripada juru x-ray senior.alhamdulillah.dah memang tugas kami.jadinya perlu belajar menyesuaikan diri dengan tugas yang telah diberikan.


4 comments:

  1. Good job nadia.. Berbakti kepada masyarakat. Proud of u

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah akan terus berkhidmat sehingga pencen..tq kak alia

      Delete
  2. Perkerjaan yang sangat ohsem.. Tahniah Nadia.. kita berubah demi keperluan tugas kan..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.