SALAM RAMADHAN 2020
rasanya masih belum terlambat lagi nadia dan keluarga mengucapkan salam Ramadhan kepada semua umat Islam yang berpuasa pada tahun ni.tahun ni memang tahun yang menguji kesabaran dan keimanan kita bagi seluruh rakyat di dunia ini kerana adanya penyebaran penyakit Coronavirus @ Covid 19.
jadinya pada hari pertama berpuasa kita masih dikehendaki duduk di rumah sahaja dan masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) .tetapi takdak jadi halangan untuk kita berpuasa walaupun bermacam dugaan kita tempuhi.kali ni sangatlah berbeza kerana bazar Ramadhan tak ada dah dan rakyat boleh membeli secara dalam talian saja dan makanan dihantar oleh runner(delivery boy).ada yang boleh menjimatkan duit kerana orang perempuan mencuba memasak pelbagai resepi memandangkan tidak berasa puas untuk membeli secara online.adanya risiko kalau kita tidak pernah lagi membeli dengan pengusaha makana tersebut kerana kita tidak dapat melihat makanan terlebih dahulu sebelum membeli, hanya melihat melalui gambar yang ada sahaja.
sejak PKP ni masjid dan surau pun tidak boleh dihadiri oleh orang ramai. jadinya masing-masing berpeluang menunaikan solat terawih bersama ahli keluarga sendiri.si ayah atau si abang boleh belajar menjadi imam dan belajar menunaikan solat terawih sendiri di rumah.ini sedikit sebanyak mengajar kita semua menjadi orang yang berani dan yakin dalam mengetuai solat di rumah.sebelum ni, kita semua dah biasa bersolat terawih di sura atau masjid kan, jadinya tahun 2020 ni sangat berbeza dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ni.
gambar di bawah ni merupakan gelagat 2 orang anak Nadia yang turut sama bangun sahur semasa hari pertama kita berpuasa.tak sangka depa pun nak join sekali kami bersahur.padahal pagi tersebut pukul 9.30pagi dah minta nak makan roti.adik Hakeem memang tak berpuasa, si abang Arsyad la dah berumur 5 tahun .dan kami memang menggalakkan si abang puasa tetapi dia tak tahan lapar .selalunya pukul 10 pagi dah kata lapar nak makan tak sempat lagi tnggu tengah hari skit.dia tak boleh tengok si adiknya makan, bila adiknya makan apa lagi teruslah si abang pun makan sekali.lagipun sekarang ni memang dok rumah kan, jadinya mudah la tengok makanan yang ada.kalau pi tadika bolehlah juga dia menahan lapar dan takdak gangguan si adik yang menayang makanan depannya.memang mencabar nak ajar si abang berpuasa..hai anak oh anak..harapnya tahun depan si abang boleh belajar berpuasa lebih lama lagi.
oklah di kesempatan ini, nadia nak mengucapkan
SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA UMAT ISLAM
DAN MARILAH KITA SAMA-SAMA MENINGKATKAN AMAL IBADAT DI BULAN YANG MULIA NI.
Salam Ramadan Nadia..
ReplyDeletetq sha...salam Ramadahn juga
DeleteSalam Ramadhan. Tak lama lagi nak raya dah. kejap je masa berlalu kan.
ReplyDeleteya salam Ramadhan juga..lagi beberapa hari nak raya dah
Delete