BUAH HARUM MANIS



buah harummanis merupakan antara jenis buah mangga @  mempelam.buah ini enak dimakan apabila sudah masak ranum.buah harum manis ditanam di negeri yang paling kecil di Malaysia iaitu negeri Perlis.buah ini sinonim dengan negerI Perlis.digelar harummanis kerana ia mengeluarkan aroma yang harum dan rasanya yang manis.Isinya yang tebal kekuningan serta rasanya yang enak dimakan bersama pulut sebagai salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Ia juga enak dimakan begitu sahaja ataupun diproses dalam bentuk jus atau jem.

2 minggu lepas, nadia berpeluang membeli buah ni daripada jiran Nadia.katanya memang buah original daripada Perlis.ini merupakan kali pertama membeli buah harummanis ni memandangkan buah ni agak mahal untuk dibeli.kalau ada duit lebih bolehlah membelinya.lagipun nadia teringin lama dah nak makan buah ni.nadia beli sebanyak 3 kilogram dengan harga rm75.buahnya sangat elok dan manis bila dimakan...ooh sedapnya..alhamdulillah dapat berpeluang makan buah yang mahal ni juga akhirnya.


4 comments:

  1. Uish.. Murah tu 3kg RM75.. Selalu orang jual RM100.. Belum berkesempatan lagi nak cuba.. tetingin juga sebenarnya..

    ReplyDelete
  2. insyaallah nanti ada rezeki Sha utk beli dan rasa buah ni

    ReplyDelete
  3. Sedapnya harum manis. bau harum dan rasa manis setanding harganya.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.