MOGA KAMI BAHAGIA SELAMANYA





jodoh merupakan aturan Tuhan..kita kena redha dan yakin dengan jodoh yang telah ditakdirkan kepada kita.walaubagaimanapun pasangan kita, setelah terlafaznya akad nikah semestinya kita kena sentiasa berusaha menyayangi, menghormati dan menyokong pasangan kita dalam apa jua keadaan.biasalah kadang-kadang ada salah faham dan pertengkaran kecil di kalangan suami isteri tetapi cubalah kita tidak mengeruhkan lagi keadaan rumah tangga.kalau boleh cubalah muhasabah diri masing-masing dan berusaha menyelamatkan rumah tangga kita daripada berlakunya perceraian.

memang kadang-kadang dah kronik sangat kemelut rumah tangga tu tetapi cubalah rujuk kepada pihak ketiga jika suami isteri gagal untuk menyelesaikannya.pihak ketiga seperti pejabat agama daerah perlu memainkan peranan dengan memberi kaunseling terlebih dahulu kepada pasangan suami isteri..setiap wanita tidak suka bergelar janda dan cuba mengelaknya,nadia pun sangat bersimpati juga dengan pasangan yang masih muda lagi sudah bergelar janda akibat kegagalan rumah tangga yang baru dibina.sebenarnya persefahaman dan saling bertolak ansur sangat penting dalam mengukuhkan rumah tangga yang dibina.

nadia pun berkahwin baru 5 tahun..memang masih panjang lagi perjalanan hidup melayari rumah tangga..alhamdulillah kami berdua dikurniakan 2 orang putera iaitu Muhammad Arsyad dan Muhammad Hakeem.nadia sentiasa berusaha untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang penyayang kepada famili kecilku.nadia pun pernah juga bergaduh manja dengan suami tetapi kami berbaik semula dan meruntuhkan ego masing-masing supaya dapat menjadi ibu bapa yang menjadi contoh teladan kepada anak-anak kami..sedangkan lidah lagi tergigit, siapa la yang tidak pernah bergaduh  suami isteri kan..nasihat nadia janganlah mengeruhkan lagi keadaan.cubalah berusaha menyelamatkan hubungan agar ikatan perkahwinan sentiasa terpelihara.

antara cara menjaga keharmonian rumah tangga :

😍saling hormat menghormati

😍sentiasa berlaku jujur pada pasangan

😍sentiasa bertolak ansur 

😍berusaha menjadi ibu bapa contoh kepada anak-anak dengan menunjukkan teladan yang baik

moga sesiapa yang sudah berkahwin sentiasa menetapkan matlamat hidup mendirikan rumah tangga kerana agama Allah dan mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.moga kita semua bahagia dengan cara tersendiri.





3 comments:

  1. Comel anak-anak. Moga bahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete
  2. Saya benar-benar akan berterima kasih kepada Allah kerana kebaikan yang anda lakukan dengan membantu saya dan hari ini saya mendapat pinjaman sebanyak RM120,000.00 untuk menyelesaikan masalah saya.
    Saya terima telefon saya pada pagi ini amaran dari bank saya CIMB yang mengesahkan bahawa saya memperoleh pinjaman dalam akaun saya dengan jayanya.
    Saya mengucapkan terima kasih kepada wanita Puan Deborah kerana saya berpegang kepada kepercayaan saya dan dengan rahmat Allah, saya telah berjaya mendapatkan pinjaman saya.
    Terima kasih banyak - banyak.
    Saya juga akan memaklumkan kepada kawan-kawan dan orang tersayang yang memerlukan pinjaman. Terima kasih banyak Deborah, saya berdoa agar Allah menyertai kamu.
    Hubungi Ibu Deborah melalui
    e-mel: avantloanson@gmail.com
    WhatsApp: +6281334785906

    ReplyDelete

Powered by Blogger.