ONKOLL DEWAN BEDAH ANTARA SKOP TUGAS JURU X-RAY



antara skop tugas seorang juru x-ray adalah bertugas di dewan bedah iaitu melakukan onkoll dewan bedah.onkoll dewan bedah memerlukan juru x-ray sentiasa bersedia selama 24 jam iaitu satu hari jika diperlukan untuk melakukan tugas x-ray pesakit di dewan bedah.operator hospital akan menyambung talian telefon kepada juru x-ray yang bertugas jika khidmat juru x-ray diperlukan.

dulu masa mula-mula nadia bekerja, nadia tak biasa berada di dalam keadaan standy menunggu kes melalui panggilan telefon.tetapi lama-kelamaan baru faham akan keadaan sebegitu yang memerlukan ketepatan masa di dewan bedah supaya pembedahan berjalan lancar.

kalau hari ortopedik di dewan bedah memang meletihkan sebab kena berada lama di dewan bedah dan banyak kes yang memerlukan x-ray dipakai.jadinya hampir sehari dok dewan bedah sahaja buat kes.kat hospital nadia  tak dapat jalankan sistem shif bagi keja di dewan bedah disebabkan kekurangan juru x-ray.jadinya kami perlu onkoll 24 jam dan memerlukan seorang sahaja juru x-ray yang bertugas setiap hari.










2 bulan lepas semasa nadia onkoll dewan bedah nadia dikehendaki memakai pelapik kasut atau shoes cover sebabnya mengendalikan pesakit yang menghidap Retrovirus Disease positif (RVD+).penyakit ni boleh berjangkit melalui percikan darah.selalunya RVD ni merupakan penyakit HIV. jadinya perlulah berhati - hati.jarang nadia kena pakai pelapik kasut bila buat kes x-ray di dewan bedah.hanya kes-kes tertentu sahaja yang memerlukan menyarung pelapik kasut.

kadang-kadang untuk kembali segar dan cerdas nadia minum nescafe untuk menambah tenaga.dah la seharian bekerja semasa hari yang sibuk hari ortopedik di dewan bedah memang rasa letih dan lemau juga.memandangkan tu merupakan tugas kami sebagai juru x-ray jadinya kena tabah dan cekalkan hati la bekerja di dewan bedah.insyaallah nadia akan bekerja dengan seikhlas hati.




5 comments:

  1. Datu perkerjaan yang sangat mulia.. Bertugas demi membantu manusia lain.. suka perkongsian Nadia mengenai kerja Nadia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah saja suka berkongsi..bukannya semua org tau pasal kerjaya juru x-ray ni..saja buka mata masyarakat umum pasal skop kerjaya nadia..tq sha

      Delete
  2. Saya benar-benar akan berterima kasih kepada Allah kerana kebaikan yang anda lakukan dengan membantu saya dan hari ini saya mendapat pinjaman sebanyak RM120,000.00 untuk menyelesaikan masalah saya.
    Saya terima telefon saya pada pagi ini amaran dari bank saya CIMB yang mengesahkan bahawa saya memperoleh pinjaman dalam akaun saya dengan jayanya.
    Saya mengucapkan terima kasih kepada wanita Puan Deborah kerana saya berpegang kepada kepercayaan saya dan dengan rahmat Allah, saya telah berjaya mendapatkan pinjaman saya.
    Terima kasih banyak - banyak.
    Saya juga akan memaklumkan kepada kawan-kawan dan orang tersayang yang memerlukan pinjaman. Terima kasih banyak Deborah, saya berdoa agar Allah menyertai kamu.
    Hubungi Ibu Deborah melalui
    e-mel: avantloanson@gmail.com
    WhatsApp: +6281334785906

    ReplyDelete

Powered by Blogger.