tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Saturday, 23 September 2017

SERONOK GUNA AUTO PENSEL BLACK LEAD 2.00MM

apa itu auto pensel?auto pensel adalah lebih kurang pensel mecahanical/pensel tekan/pensel picit....

auto pensel pun mempunyai mata pensel juga.

2 bulan yang lepas nadia ada beli auto pensel black lead jenama Baile Exam Grade yang memggunakan mata pensel 2.00mm. masa mula2 nampak pensel tu ciwi la skit, tak pernah tengok  pensel tekan yang ada mata pensel yang besar..try la beli rasa macam best ja.

bila dah guna tu rasa best dan seronok pula guna auto pensel ni.mata pensel tu pun lambat habis..almaklumlah mata pensel ni kan tebal tak macam pensel tekan biasa yang matanya kecik ja dalam 0.5mm atau 0.7mm.beza tu lambat abis nak refill semula mata auto pensel ni.

mesti korang hairankan naper la juru x-ray pun guna pensel plak kam..bukannya perlu paperwork pun kan..sebenarnya nadia guna auto pensel tu bila dok main permainan minda seperti sudoku, cari kata dan teka silang kata dalam buku .bila ada masa lapang dan bosan2 nadia akan main la permainan minda tu.hehehehe macam budak2 kan...apa nak buat dah hobi kan..selain membaca, main permainan minda ni pun nadia suka juga tau.

konklusinya, sesiapa yang ada anak yang masih belajar bolehlah galakkan anak anda guna auto pensel ni.murah ja harga nadia beli auto pensel jenama Baile Exam Grade  ni. rm2..mata pensel berharga rm1.60..sangat berbaloi..pakai pun lama juga..

*** di bawah ni adalah contoh gambar auto pensel..maaf tak dapat masukkan gambar auto pensel yang nadia beli sebab kamera problem plak..huhuhu..maaf ya..tapi lebih kurang sama ja auto pensel yang nadia beli dengan gambar di bawah ni.
contoh auto pensel Stabilo black lead 2.00mm 2B

contoh mata pensel auto pensel



PENTINGNYA MERANCANG KELUARGA DENGAN SEMPURNA

Kenapa misi/nurse lorat?
Kenapa misi/nurse sibuk nak suruh orang rancang hamil?



Ni dia saya nak bagitau kesan tak rancang hamil dengan baik...berdasarkan apa yang pernah saya baca dan pengalaman daripada rakan2...

Antara kesan tidak merancang keluarga dengan sempurna;

1. Gangguan Psikologi pada ibu, bila ibu itu tidak BERSEDIA untuk hamil dalam tempoh terdekat.menganggu emosi ibu untuk berdepan dengan anak kecil yang menangis tengah2 malam mahu disusukan.jika ibu tak bersedia bagaimana si ibu nak menanganinya dengan seikhlas hati.

2. Ibu berisiko untuk mendapat anemia apabila menjalani proses bersalin yang kerap dan menyebabkan kehilangan darah.

3. Prolaps Uterus ataupun rahim jatuh . Bilamana keadaan ini boleh mengganggu organ lain seperti pundi kencing, usus besar dan faraj. Biasanya, masalah rahim jatuh ini dikaitkan dengan bilangan kelahiran. Semakin kerap melahirkan bayi, semakin tinggi risiko ibu menghadapi keadaan ini.

4. Kematian Ibu. Disebabkan kehilangan banyak darah yang dialami oleh seorang ibu ketika bersalin boleh menyebabkan ibu meninggal dunia.

5. Menjejaskan Tulang bilamana bayi dalam kandungan memerlukan kalsium yang banyak untuk proses tumbesaran. Bayi akan mengambil kalsium daripada ibu. Keperluan kalsium ibu hamil sangat tinggi berbanding biasa. Begitu juga selepas melahirkan, ibu memerlukan kalsium yang tinggi untuk disalurkan kepada bayi melalui susu ibu. Jadi, jika ibu kurang mengambil kalsium, dia berisiko untuk mendapat masalah tulang. Bayangkan kalau ibu itu mengandung rapat?

6. Hormon Tak Seimbang disebabkan jarak kehamilan yang rapat. Ketidakseimbangan kandungan hormon terutama estrogen di dalam badan secara tidak langsung akan mengganggu penyerapan kalsium ke dalam tulang. Estrogen penting untuk penyerapan kalsium. Gangguan pada hormon akan mengganggu struktur tulang.

7. Masalah Rahim Pecah. Ini terjadi pada ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean dan mengandung lagi dalam tempoh terdekat, ibu berisiko tinggi untuk menghadapi masalah uterine rupture atau rahim pecah. Kebarangkaliannya memang kecil tetapi jika berlaku ia boleh memberi kesan buruk kepada ibu dan bayi, malah boleh meragut nyawa keduanya.

Jangan nak samakan orang dulu dengan orang sekarang. Orang dulu yang melahirkan ramai anak kebanyakannya ikut nasihat doktor dan jururawat jika nak dibandingkan dengan sekarang yang suka buat ikut kepala sendiri.

pelbagai cara dan kaedah untuk merancang keluarga..
anda boleh pilih kaedah yang selamat dan sesuai untuk diri anda sendiri.







Tuesday, 5 September 2017

SEPETANG DI TAMAN TASIK DARUL AMAN, JITRA

memandangkan saya masih lagi bercuti raya, jadi saya menggunakan masa sepuas-puasnya berjalan-jalan makan angin di sekitar Alor Setar dan kawasan sekitar yang berdekatan.almaklumlah masih di hometown lagi ni..orang kata masih di kampung halaman(padahal rumah mak abah di kawasan taman la, hehehe).jadi,petang semalam saya bersama adik-adik tersayang telah keluar beriadah makan angin di Taman Tasik Darul Aman, Jitra.

Taman Tasik Darul Aman, Jitra


kami selamat sampai sana dalam  lebih kurang pukul 6 petang.adalah dalam 20 minit dari rumah mak abah.kat sini parking kenderaan dikenakan bayaran sebanyak rm1 sahaja..sesampainya di sana kami berehat di bawah pokok makan bekal yang dibawa iaitu cucur cempedak..(mak rajin bekalkan) dan makan rojak yang dibeli di gerai berdekatan.siap beli lagi teh ais kaw.harga teh ais tu rm2 saja..tapi berbaloi sedap dan lemak berkrim.

lepas dah selesai mengalas perut masing-masing kami pun mula la berjalan-jalan melihat pemandangan di tasik, melihat orang menaiki buggy berpusing sekitar tasik dan membawa anakku, Muhammad Arsyad bermain di taman permainan.anakkku apalagi seronok bermain la di sana sebab dah lama daku tak bawa dia pi taman permainan.takpalah anakku sayang main la puas-puas ok!

kami juga sempat bergambar di mural yang dilukis berdekatan dengan bangunan berhampiran.arsyad mesti la nak bergambar di mural yang berlatar belakangkan ironman.macam2 aksi yang dia gayakan..hai macam2 gelagat la anakku sorang ni.

selepas dah hampir 1 jam setengah kami di sana, kami pun beransur pulang ke rumah.untuk pengetshuan korang, tulah merupakan kali pertama nadia dan arsyad menjejakkan kaki di Taman Tasik Darul Aman , Jitra ni..padahal dekat saja nak pi sana.tapi kali ni baru berpeluang ke sana.alhamdulillah dapat pi juga la..kalau tak nanti orang cakap dok Kedah pun tak pernah sampai kan..hehehee

kat sini macam2 aktiviti boleh dilakukan seperti berjoging,bermain dan mengayuh kereta air di tasik,bermain di taman permainan, bermain layang-layang, bermain kereta kontrol, dan macam2 lagi la.sesekali kita beriadah di taman macam ni dapat merelease tension daripada workload kerja dan merehatkan minda.tambahan juga,dapat  menyihatkan badan.

jadi, kawan-kawan yang tinggal di kawasan berhampiran Taman Tasik Darul Aman ni sesekali pergilah beriadah di sana ye.. macam2 manfaat yang dapat diperoleh.ok..sekian coretanku ni..wassalam....


berkelah di bawah pokok

Arsyad bersamaku

Arsyad bermain mainan

Arsyad bermain buaian

senyum riang gembira anakku sayang








mural berlatar belakangkan ironman

posing sakan dia..






Sunday, 3 September 2017

FAKTOR USIA ATAU KEKANGAN MASA SUKAR HABISKAN MEMBACA SEBUAH NOVEL??

sejak di bangku sekolah menengah lagi saya suka sangat membaca novel terutamanya novel melayu..tak kisah la berkisahkan tentang cinta ka, fiksyen ka, penyiasatan ka, seram ka , semuanya layan jer baca sampai habis.bila dah start bekerja mulalah kumpul duit beli novel sendiri.buat koleksi tambahan pula novel yang best seller dan terbaik orang kata seronok baca.mesti beli punya untuk koleksi peribadi.

tetapi, sejak dah berkahwin dan ada anak seorang ni masa untuk membaca dan menghabiskan sebuah novel sangatlah lama..sampai berminggu - minggu juga la bercinta nak habiskan bacaan sebuah novel.mungkin disebabkan kekangan masa kerana perlu menguruskan hal rumah tangga, anak dan suami.jadi memang tak dak masa la nak dok membaca novel tu.ada lagi novel yang dah lebih 3 bulan beli tapi masih lagi tak terusik pun..almaklumlah saya ni bekerja yang mempunyai jadual shif dan ada juga onkoll.tak sempat la sangat nak memperuntukkan masa membaca novel.

lagipun, faktor usia juga mempengaruhi juga.saya dah masuk umur 30 tahun dah.jadi kadang-kadang dah kurang gemar habiskan membaca novel saja.terpikir juga novel ni bukannya kisah realiti , kadang-kadang hanyalah fantasi saja tapi ada juga diselitkan unsur pengajaran dan iktibar(memang ada juga kisah realiti kehidupan juga).jadi saya pun dah menjinakkan diri membeli buku ilmiah dan buku agama dah sekarang ni.tu mungkin umur saya pun dah masuk 3 series kan ..novel pun malas layan sangat dah la.saya masih lagi membaca  novel juga walaupun lambat dihabiskan membaca  dan telah  kurangkan membeli novel dah.

oleh itu, dapatlah saya simpulkan di sini faktor usia dan kekangan masa membuatkan saya sukar menghabiskan sebuah novel.namun, kedua-dua faktor ini tidak memudarkan kegemaran saya membaca novel pun.saya masih juga membaca novel walaupun lambat diabiskan.

banyak manfaatnya juga membaca novel ni di mana kita dapat :-

# mengambil pengajaran daripada kisah dalam novel tersebut

# memperkaya kosa kata dan perkataan baru

# menambah ilmu pengetahuan mengenai tempat-tempat menarik seluruh dunia


# memberi ilham dan mencetuskan idea kreatif

Akhir kata, marilah kita membaca.tak kisah la novel, majalah,buku ilmiah , surat khabar dan sebagainya.generasi intektual merupakan generasi yang kaya dengan ilmu pengetahuan...membaca jambatan ilmu... jom membaca


mini library di rumahku











Saturday, 2 September 2017

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 1438H

pada tahun 2017 ni kita telah menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 1 September bersamaan 11 Zulhijjah.alhamdulillah pada tahun ni saya berkesempatan untuk berhari raya dan tidak perlu kerja onkoll/lebih masa.
pada raya puasa yang lepas saya perlu kerja onkoll/lebih masa.jadi kali ni giliran saya pula untuk bercuti raya.

bekerja di sektor awam di hospital kerajaan memang memerlukan pengorbanan yang besar.setiap staff hospital terutamanya doktor, jururawat, farmasi, pekerja makmal, jurux-ray perlu berkorban masa dan tenaga bekerja onkoll/lebih masa pada hari raya aidil adha juga.setiap orang mesti bergilir-gilir menyambut hari raya.

oklah di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan 

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 
SELAMAT HARI RAYA KORBAN












kawan-kawan  yang pulang ke kampung halaman berhati-hatilah memandu kenderaan anda ye..biar lambat sampai, asalkan selamat sampai ke destinasi yang dituju.

ok...wassalam....

Saturday, 5 August 2017

JOM PI HARI PELADANG, PENTERNAK DAN NELAYAN 2017






kat Dataran Kulim  adanya Hari Peladang,Penternak dan Nelayan 2017 selama 4 hari bermula 3 hingga 6 0gos 2017.marilah kita beramai-ramai memeriahkan Hari Peladang,Penternak dan Nelayan ni..ini merupakan peringkat negeri Kedah..selalunya Hari Peladang ni diadakan di ibu negeri Kedah iaitu Alor Setar tapi kali ni berubah tempat pula.

Nadia sempat juga berkunjung ke sana pada hari Khamis 3 Ogos yang lalu.banyak aktiviti diadakan seperti demonstrasi  penyediaan air sarang burung walit,demonstrasi penyediaan daging burger,pertandingan ukiran buah, pertandingan mewarna dan banyak lagi.

terdapat pelbagai gerai jualan yang menjual barang -barang pertanian seperti anak pokok,baja, jualan keropok, gerai jus asli buah nenas, mangga, dan banyak lagi la..tak rugi pun berkunjung ke sana sebab ada banyak benda yang boleh dilihat seperti pameran mesin pertanian pada zaman dahulu kala dan zaman moden sekarang.

nadia sempat membeli anak pokok cili dan bunga daisy..setiap pasu berharga hanya rm15 sahaja..harga anak pokok bergantung kepada jenis pokok juga.harap2 la pokok cili dan bunga daisy nadia dapat tumbuh dengan subur nanti.ok pesanan untuk diri sendiri *nadia jangan lupa siram pokok dan letak baja ye.kalau tak rugi je beli kalau tak dijaga dengan baik.*

pokok cili

pokok bunga daisy


oklah, maaf ya takdak sangat gambar dapat nadia ambil di sana sebab bateri handphone dah nak abis..jadi ambik gambar tertentu saja.

akhir kata, penduduk sekitar Kedah dan Pulau Pinang yang berdekatan marilah berkunjung di Dataran Kulim.marilah sama2 kita memeriahkan Hari Peladang,Penternak dan Nelayan 2017 ni.

Thursday, 13 July 2017

TEH AIS CINCAU..ANDA PERNAH MINUM ??

pernahkah anda minum teh ais cincau?anda tahu tak apa itu cincau?cincau tu sejenis agar-agar berwarna coklat kehitaman yang dipotong kecil dimakan bersama air minuman.

tahun ni nadia pertama kali dapat minum air teh ais cincau..sedap pula rasanya.bila makan air tersebut rasa sangat kena dengan selera tekak..tambahan pula, jika minum masa panas waktu tengah hari.ooo lazatnya!!cubalah ye kawan2..

teh ais cincau




cincau ada manfaatnya juga.antara manfaatnya ialah 

đź”·perubatan tradisional untuk melegakan batuk , menurunkan tekanan darah tinggi,sembelit, malaria

đź”·mengatasi perut kembung

đź”·membantu dalam proses diet kerana mempunyai kalori yang rendah

đź”·menurunkan risiko diabetes, penyakit jantung dan stroke

jadi, tak salah pun jika anda minum air minuman bersama cincau..banyak manfaat yang dapat kita perolehi.


cincau