tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Saturday, 30 July 2016

SAKIT PETANDANYA ??

*INFO BERGUNA*
••••••••••••••••••••••

*KEBAS TANGAN* :
● Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar



*KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN*
●Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

*KEBAS KAKI*:
●Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.






*SAKIT TAPAK KAKI* :
●Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

*SAKIT TUMIT KAKI*:
●Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

*RASA PANAS DI TAPAK KAKI* :
● Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

*GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI*:
●Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

*TANDA-TANDA DALAMAN  KEPALA*.
_Secara amnya_, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

*PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA*
●Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.




*PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA*
● _Bahagian atas_ . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
● _Bahagian bawah (tengkuk)_.
Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

*SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA* :
●Menandakan penyakit migrain.




*BISUL TERJADI DI KEPALA*
● Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

*RASA PENING YANG MEMUSING*
●Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

*MULUT/KERONGKONG/LIDAH LOYA/MUNTAH* . 
_Tanda penyakit lelah_. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.



*MUNTAH DARAH*
● _Darah merah_ : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
● _Darah hitam_: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser...

*LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK* :
●Tanda sakit jantung.

_KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT_ . ..Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

~KENCING~


*KERAP KENCING* 
●Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran

*AIR KENCING BERKAPUR* 
●Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang
.
*AIR KENCING BERMINYAK* :
● Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

*AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT* :
● Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

*AIR KENCING BERDARAH* :
● Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

~BUANG AIR BESAR~



.. *CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR*:
●Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

*SEMBELIT*:
Membersihkan toksin dari usus kecil.

*NAJIS BERDARAH*
● Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
● Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

*NAJIS BERWARNA HITAM*:
● Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.
*BADAN* :Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
~Sakit menyucuk~:
● Proses menyeimbangkan urat saraf.
~Sakit sengal~:
● Menandakan luka di dalam badan.
~Sakit menyentap~:
● Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
~Sakit menegang~ :
● Proses melancarkan pengaliran darah.

*BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH* . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

*BADAN TERASA PANAS* .
●Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

*BADAN TERASA RINGAN* :
● Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

*RASA TAKUT MENGEJUT*: ..Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

*CEPAT NAIK DARAH/MARAH* :
..Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.



*RASA BIMBANG DAN TAKUT* :
..Sistem paru-paru yang lemah.



*RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB*:
.. Sistem jantung yang lemah.
.. Sistem saraf otak yang lemah.
.. Masalah pengaliran darah.
Dari  Almashoor Wan Sakai: Pemusnah Sel Kanser
Ramai kwn2/famili/kenalan saya yg dah meninggal & kini berada d tahap kritikal disebabkn kanser sekarang ni. Air lemon panas boleh menolong anda seumur hidup


Harus baca dan sebarkan walau anda sibuk.


1. Lemon panas membunuh sel kanser.
2. 2-3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas, boleh menjadi air alkaline
3. Bermanfaat bagi tubuh, diminum tiap hari sngat bermanfaat bagi siapa sahaja.
4. Air lemon yang panas akan menghasilkan sejenis zat anti kanser yg terasa pahit, menjadi ubat kanser yang ampuh dalam perubatan moden.
5. Air lemon dingin hanya mengandungi vitamin C.


6. Ibarat tomato, harus dimasak terlebih dahulu baru blh muncul Lycopene yg bermanfaat.
7. Air lemon panas terbukti boleh menekan pembengkakan dan tumor dan boleh bantu atasi segala jenis tumor.
8. Lemon Extract boleh  melemahkan sel kanser ganas tapi tidak merosak sel normal.
9. Citric Acid dan C Polifenol yg terdapat dalam juice lemon boleh menyesuaikan tekanan darah dan mencegah penyumbatan saluran darah, menyesuaikan sirkulasi darah, mengurangi penggumpalan darah.
10.  Habis baca harus beritahu orang lain, sebarkan kasih sayang.



Dr. Iwan Sudrajat  menekankan, kalau orang yang menerima berita ini boleh mengirimkan kpd 10 orang lain, maka setidaknya ada satu nyawa yg  boleh diselamatkan ...
Saya sudah melakukan tugasku, semoga anda juga boleh membantu melakukan tugas ini. Terima kasih!

Institut Pencegahan Kanser mengumumkan Ranking sayuran anti kanser :
01: Ubi keledek direbus/dimasak 98.7%
02: Ubi keledek mentah. 94.4%
03: Asparagus. 93.9 %
04: Broccoli, 92.8%
05: Kubis/cabbage. 91.4%
06: Bunga Kobis/Cauliflower 90.8%
07: Saledri. 83.7%
08: Terong. 74.0%
09: Paprica. 55.5%
10: Wortel. 46.5%
11: Golden cauliflower 37.6%
12: Capsella/shepherd's purse 35,4%
13: Cohlrabi. 34.7%
14: Mustard. 32.9%
15: Brassica juncea. 29.8%
16: Tomato. 23.8%

*Tips utama*: Semua kentang mgandung kolagen, terutama ubi keledek kuning paling banyak. Sedangkan bahan antikanser paling banyak adalah ubi keledek ungu dan jus lemon hangat tanpa gula
.
_Penemuan resepi baru dari negara China_:
*bagi yg berpenyakit diabetes tak usah susah berubat ke doktor lagi. Cukup dgn memblender 12 batang kacang panjang di campur 1 buah tomato merah. Minum 2x sehari*. Silakan cek kadar gulanya esok hari,  dijamin langsung turun kadar gulanya. Sudah banyak yg membuktikan, mujarab tanpa pantang mak *Bantu mereka yg sakit diabetes agar sembuh* !  selamat mencuba!  Share...  disimpan juga tak ada gunanya,
lbh baik  bantu di share... Selamatkan  nyawa sahabat kita.

Wednesday, 27 July 2016

ALFATIHAH

Mutiara Kata:
*RAHSIA AL-FATIHAH*
1. Al fatihah - *Seringkali di baca untuk arwah.*
2. Al fatihah - *Tanpa membacanya solat kita tidak sah*
3. Al fatihah - *Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.*
4. Al fatihah - *Jika merindui seseorang, maka bacalah.*
5. Al fatihah - *Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bermasalah.*
6. Al fatihah - *Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.*
7. Al fatihah - *Terjemahannya indah, hafalnya mudah.*
8. Al fatihah - *Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.*
9. Al fatihah - *Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.*
10. Al fatihah - *Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.*





*FADHILAT AMALAN HADIAHKAN ALFATIHAH*

Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan 'patah riuk' jadinya.
Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. 
Allahu Akbar!
Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibubapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka.
Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk 'tidak terlupa' mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.
Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.
Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.
Amalan tu bermula sejak Allah 'mengetuk hatinya' ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.
Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.
Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Sahabat-sahabatku yang baik,
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.
Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara2 mudah yang disukai Allah. Jgn lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.
Jom sama2 kita beramal secara istiqomah hadiahkan al-fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibubapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak2 permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.
Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baroqah yg berterusan hingga ke jannah.
mudah-mudahan  perkongsian ini mendapat keberkatan dan pahala dari Allah s.w.t.






Saturday, 23 July 2016

SUKANYA MAKAN ASAM WALAUPUN MASAM

asam..



suatu makanan yang masam ..ada yang suka masam dan ada yang tidak suka..selalunya perempuan mengandung suka la makan benda yang masam2 ni..perempuan mengandung makan asam untuk menghilangkan loya tekak dan rasa nak muntah.bila dapat makan asam rasa satu kelegaan yang amat sangat.tetapi perlu berhati hati apabila makan asam kerana ada penjual yang memasukkan pewarna berlebihan yang kadang2 boleh menyebabkan alahan,selain itu, ada juga yang mengandungi pengawet yang tinggi.


Ada pengawet seperti asid benzoik boleh menyebabkan kesan kepada hati dan buah pinggang.di samping itu, jika dimakan secara berlebihan boleh menjejaskan kesihatan diri.oleh itu, berpada padalah bila makan asam ni ye.

Thursday, 21 July 2016

TIPS PIKAT LELAKI PEMALU

sikap pemalu merupakan sikap yang jarang ada pada lelaki tetapi tak juga ada juga lelaki bersikap pemalu. sikap pemalu ni haruslah berpada pada dan janganlah terlalu berlebihan malunya hingga menyebabkan sukar orang nak bercakap dengannya.





bagaimana kita nak tahu lelaki tu merupakan lelaki yang pemalu :-

kenali ciri -ciri lelaki pemalu :

1) sedaya upaya menghindari eye contact semasa berbicara
*selalunya mereka akan cuba mengalihkan pandangan daripada merenung mata orang perempuan yang bercakap dengannya.

2)sibuk dengan diri sendiri dan tidak duduk diam
*lelaki pemalu akan selau menggaru wajahnya, menyentuh rambut, bermain dengan jari dan berasa gugup apabila ada orang cuba mendekatinya.mereka cuba untuk menjadi sempurna di hadapan orang yang mereka suka.

3)gugup atau tergagap ketika berbicara
*kadang kadang apabila diajukan dengan soalan yang ringkas pun membuatkan mereka tergagap untuk menjawabnya.

4)lebih selesa berkomunikasi dengan menggunakan media sosial
*disebabkan mereka kerap tergagap apabila berbicara depan2 jadi mereka lebih suka bermesej melalui facebook, twitter, chat online, yahoo messenger dan sebagainya..chatting alam maya menjadikan mereka berani menyuarakan isi hati kepada orang yang mereka suka barangkali.berguna juga media sosial sebagai medium pengantaraan antara lelaki pemalu dengan perempuan yang disukai mereka.




TIP PIKAT LELAKI PEMALU 

# bersikap comel dan manis
latih diri untuk bersikap comel apabila berhadapan dengan lelaki pemalu,sentiasa memberikan hadiah yang comel2 kepada mereka dan sentiasa memaniskan muka dengan senyuman

#jangan bersikap gelojoh
usah terburu buru menyatakan isi hati dan tidak terlalu mendesak dan agresif.lelaki pemalu tidak suka perempuan yang terlalu berani berkata-kata.

#kelakar
apabila mahu memikat lekaki pemalu cubalah bersikap kelakar dan cuba mencuit hatinya dengan humor anda..ini sekaligus dapat melegakan ketegangan bila anda bersama dengannya

#gunakan cara non verbal
non verbal bermaksudnya di sini tidak meluahkan secara berhadapan.ianya melalui perantaraan media sosial seperti whatsapp,emel, sms,video call dan sebagainya.

#sesekali berikan pujian kepada lelaki pemalu
mulakan pujian dengan ikhlas bila dengan lelaki pemalu.pujian akan membuatakan lelaki tersebut berasa dirinya special juga di hadapan perempuan walaupun dianya memang seorang pemalu

sikap pemalu memang sukar dikikis tetapi ianya boleh diubah perlahan lahan.memang tak boleh menyalahkan lelaki pemalu kerana mungkin ianya merupakan sikapnya dari kecil lagi.oleh itu, cubalah selami isi hati lelaki pemalu.mereka sangat istimewa jika kita betul2 kenal hati budi mereka.

sekadar perkongsian ilmu daripada hasil bacaan saya.
{info di atas adalah daripada mingguan Wanita April 2016}











Friday, 15 July 2016

XRAY DI DEWAN BEDAH

sebagai seorang juru x-ray gred U29 sememangnya salah satu rutin kerja adalah melakukan tugas x-ray di dewan bedah.guna mesin x-ray yang dipanggil II.mesin II ni merupakan mesin mudah alih gerak dan ada roda untuk memudahkan kami untuk menolaknya.x-ray di dewan bedah ni selalunya kes-kes ortopedik yang memerlukan diambil gambarnya.kes2 ortopedik tu seperti ILN, DHS.srew fixation , k-wire dan banyak lagi.kes urologi, medikal pun ada gak yang perlukan x-ray.tengok keadaan juga.

sebenarnya masa mula2 aku masuk kat dewan bedah sebagai student x-ray aku pikir macam manalah tugas seorang juru x-ray untuk ambik gambar tu.tak terbayang camna rupanya.lama2 tu barulah aku paham cmna.kat dewan bedah semua staff perlu menyalin pakaian dan pakai pakaian yang telah ditetapkan.yang bertudung plak jangan risau ada tudung khas juga.


signboard yang diletakkan di luar bilik dewan bedah

baju kebal aka lead gown



luar bilik dewan bedah



apabila kes ortopedik slalunya aku bersiap sedia mental dan fizikal sebab slalunya surgeon atau pakar bedah tegas dan tak juga ada yang garang ooo..lambat skit alihkan tube ka apa kadang2 kena la marah.tahan telinga ja la..tapi tak semua surgeon yang garang.segelintir ja.

dulu masa aku masih student lagi aku tak boleh tengok darah ..rasa geli geleman.tapi sekarang dah biasa tengok darah dah.kat dewan bedah ni kes ortopedik slalunya mesti la kuar darah juga bila dibedah.barang-barang yang digunakan  dalam dewan bedah diskrub terlebih dahulu.mesin II pun pakai pakaian khas dia juga.untuk mengelakkan jangkitan kuman pada pesakit.

kisah lucu di dewan bedah dulu masa mula2 masuk keja aku tersilap pi tampar bahu doktor yang dah siap berpakaian  skrub pun.apa lagi doktor tu kena salin pakai yang lain pula la.nasib baik tak kena marah sebab masa tu aku innocent lagi.hehehehe..terlupa camna boleh pi sentuh dia plak.aduyai...

pesakit di dewan bedah ada yang kadang2 dibius sepenuhnya dan ada gak yang dibius separuh.ada yang mencuit hati aku ada 1 kes ortopedik ni screw fixation kat betis.doktor bedah dok ketung ketang mengetuk  screw tu tapi pesakit tu dibius separuh terbuka mata dan dengar la apa yang orang dok buat kat dia.lepas tu dia siap tanya lagi staff nurse sakan no depa buat keja.heheehehe aku dengar tu nak tergelak pun ada.

kalau aku nak ambik gambar x-ray aku akan pastikan semua orang dalam dewan bedah tu pakai baju kebal atau bahasa omputihnya lead gown.kalau semua dah siap pakai barulah boleh aku tekan button shoot.kalau tak abislah terbakor la kau. (terkena sinar radiasi yang tinggi dosnya)bahaya tu kalau kena sinar radiasi yang tinggi, silap2 kau boleh mandul ooi..nauzubillah.

sekian dahulu cerita aku kat dwan bedah.ada masa aku cerita lagi ye.

CIWINYA AKU APABILA BARU BERGELAR SEORANG IBU

Semua wanita yang baru mendirikan rumahtangga semestinya mempunyai keinginan nak mempunyai zuriat sendiri tanda cinta halal masing2.ada yang cepat menimang cahaya mata dan ada gak memerlukan masa yang bertahun tahun untuk memperoleh anak...bergantung kepada rezeki masing2...yang penting jangan cepat putus asa,dan sentiasa berdoa, berusaha dan tawakal..

Bagi yang baru memperoleh cahaya mata semestinya sangat gembira dan ada yang turut sama berkongsi kegembiraan tersebut di laman sosial seperti facebook ataupun instagram...aku pun tak terkecuali turut sama mengkhabarkan berita gembira mendapat zuriat masa tahun lepas januari 2015 kepada kawan2 yang mengenali diriku ni..bukannya niat nak menunjuk nunjuk tetapi cuma mahu berkongsi saja kepada kawan2...bukan show off tau...


Masa mula2 dapat anak tu sangat bersyukur..besa la ibu moden zaman sekarang sentiasa merakamkan gambar atau mengambil video anak mereka sebagai kenangan.ada yang mengupload di media sosial dan ada yang tak...bergantung la kepada individu masing2 la kan.aku pun ada yang aku upload gak sekadar berkongsi ragam anakku Muhammad Arsyad ni..

Tapi yang tak boleh blah aku ada gak ambik gambar macam kat bawah ni..dan lagi la tangkap gambar bulu mata arsyad la..stoking dia...hahahhahaa..lawak pun ada..nampak dak ke'ciwi' an ibu arsyad ni...ampa paham dak ciwi tu apa?orang utara paham la kot noh..ataupun orang kata terlebih teruja la kot..entah aku pun tak pandai sangat nak explain pasal ciwi ni..hehe....sori la ni..yang paham tu takpalah , yang tak paham tu cer tanya2 kat kawan2 yang paham maksud 'ciwi' tu..


bulu mata anak pun nak diambil gambar








stoking pun jadi mangsa kameraku


Untuk ibu yang sentiasa mengupload gambar dan bercerita mengenai ragam anak mereka bukanlah niat untuk show off  ka apa tapi mungkin hanya niat mahu berkongsi cerita ja...orang yang iri hati tu janganlah pikir dan mengata mereka plak.yang tak suka tu scroll ja laju2 ataupun kalau malas nak tengok post depa unfriend ja atau unfollow..ha kan senang.

Anak adalah anugerah terindah...masa depa kecik2 ni la kita kena hargai momen indah bersama mereka..janganlah mengabaikan mereka semata mata untuk menghabiskan masa melayari internet sahaja..tanpa mereka tiadalah kebahagiaan dan kegembiraan yang kita harapkan.

Thursday, 14 July 2016

PENGALAMAN PERTAMA ARSYAD KENA GUNTING RAMBUT

pada bulan April yang lepas masa tu Muhammad Arsyad baru saja berumur 1 tahun 3 bulan aku dan suamiku bawalah arsyad pi gunting rambut.kami bawa dia pi gunting rambut di salun profesional di Mydin Bukit Mertajam.tempat untuk kanak-kanak ini khas disediakan tempat duduk khas bentuk kereta .ni merupakan pengalaman pertama kena gunting rambut bila dah besar ni.dulu last masa cukur rambut masa baby lagi.

masa mula2 letak arsyad kat kerusi tu pun dah start nangis dah..bercucuran air mata menangis takut bila amoi Chinese tu start gunting rambut dia.dia menangis tapi kepala tak bergerak statik ja..jadi mudah gak la amoi Chinese tu teruskan kerja dia menggunting rambut arsyad.tempat duduk yang bentuk kereta tu pun ada stereng untuk budak2 main tapi anakku tak hiraukan dah..yang tau dia nangis ja start daripada mula sampai la habis gunting rambut..ala siannya anak ibu sorang ni, takut ye..takdak apa2 la sayang..

harga bayaran untuk gunting rambut kanak -kanak kat situ rm15..agak mahal juga la dibandingkan jika gunting rambut kat kedai mamak jer.tapi takpalah kami saja ja suka2 bagi arsyad gunting kat situ sebab nak bagi dia main dalam tempat duduk yang bentuk kereta ada stereng..tapi arsyad tak berminat pun tetap takut dan nangis gak bila kena gunting rambut..alahai anak..takpa nanti ibu harap arsyad tak nangis dah la bila ibu  dan ayah bawak pi gunting rambut lagi ye sayang.




menangis bila kena gunting rambut







Sunday, 10 July 2016

RIANG RIA RAYA AIDILFITRI 2016/1437H

hari ni Sabtu merupakan hari raya keempat ..kemeriahan raya masih terasa lagi.sempena raya ni kita dapat berjumpa sanak saudara yang jauh dan dekat..masing2 balik berkumpul di rumah datuk dan nenek kat kampung.syok kan bila dapat berkumpul ramai2..dapat bertukar cerita, bergosip dan bertanya khabar.pelbagai juadah dihidangkan pada tetamu yang hadir ke rumah.

waktu raya nilah banyak orang buat open house, ada juga turut sama mengadakan majlis bertunang, akad nikah dan kenduri kahwin.ya la kan dah semua pakat balik, senang la nak buat majlis semua tu.

pada tahun ni aku dapat beraya bersama famili sebelah abah aku di Kampung Bukit Kabu,Mahang.kampung ni terletak di dalam daerah Kulim.semua pakat balik beraya di rumah arwah Tok Wan Halim dan Tok Asiah kecuali famili Pak tam yang tak berkesempatan balik raya sekali.
adk beradik abah semuanya 8 orang.4 lelaki dan 4 perempuan.tapi yang tiada pak tam ja.




tau dak anak , menantu,cucu dan cicit tok siah kebanyakannya balik beraya.yang ada di dalam gambar tu adalah seramai ??? ha mai kita kira tengok..mari mencongak dulu ...

famili makngah :1) makngah jah ,2) kak azian , 3) abg mahathir   4)kak aziah, 5)abg rizal,                      6)adrianna, 7)adrianni, 8)adik adriani {tak ingat plak  nama } 9) kak shiela, 10)abg Mi,
                        11) wani, 12) wana, 13) wafi , 14)azim

famili maktih :   15) pak tih fazil , 16)mak tih zakiah,                                   17)abg pali, 18)kak syikin, 19) fikri 
                        20) farhana, 21)roy, 22))rayyan , 23)qhalish

familiku         : 24)abah, 25)mak 26)kaklong, 27) afiq                                  28)aku 29)arsyad 30)yana 31)faiz

famili mak cik piah : 32) pak cik padil, 33) mak cik piah
                               34) natasha, 35)najwa, 36)shahid,                                        37)shaheer 38) shafiq

famili mak andak : 39) mak andak zoyah, 40)nadira,                                          41)nafisa 42)nurin

damili pak njang  : 43) pak njang razak 44)mak njang yati,                                45)nabila, 46)aliff, 47)zaim

famili pak cik       : 48)pak cik peli, 49)zarul

jadi semua dalam gambar tu adalah seramai 49 orang.tu pun famili  pak tam noor takdak..kalau tak memang lebih daripada 50 orang la dalam gambar.adikku zati pun takdak, beraya di Beijing.tapi yang sayang tok Asiah tak mau bergambar katanya tak larat dah nak bangun.maklumlah umur dah nak dekat 90 tahun dah.

Alhamdulillah dapat berkumpul beramai ramai raya tahun ni.moga tahun depan dapat berkumpul macam ni lagi..
in sya allah.terima kasih kepada photographer , nadira anak mak andak yang sudi mengambil gambar kami semua.ada juga kenangan..bolehlah diabadikan.anak cucu cicit boleh tumpang tengok gambar yang sedia ada ni.Alhamdulillah..

















                                                                     famili mak tih zakiah







familiku : dari kiri ; faiz, aku meriba arsyad, mak, abah, kaklong meriba afiq dan yana..
tiada dalam gambar adikku zati








anak menakanku, Afiq Qayyum, anak kaklong..serius ooo muka tu





anakku , Muhammad Arsyad mengikut jer ke mana aku pi








famili mak andak





7 beradik
dari kiri : mak ngah,mak tih, abah,makcik,mak andak, pak njang dan pak cik






Tuesday, 5 July 2016

SALAM LEBARAN 1437H ..SALAM AIDILFITRI

pejam celik pejam celik dah nak sambut raya..satnya bulan ramadhan berlalu.kita akan menyambut syawal esok hari..malam ni dah bergema takbir raya..oooh syahdunya..

Alhamdulillah tahun ni aku dapat beraya bersama famili di Alor Setar.tapi yang tak syoknya suamiku keja plak raya ni..aduyai..huhuhu..sabo je la..tapi takpa ada familiku ini in sya Allah tetap meriah jugak.tahun lepas aku bekerja di pagi raya suamiku cuti tapi malangnya anakku beraya di wad KPJ Hospital..demam panas..Tahun ni alhamdulillah dia sihat walafiat dan dapat beraya.syukurlah.

menjelang malam raya, warga kota masing-masing pulang ke kampung halaman.slalunya Kuala Lumpur lengang la bila hari perayaan..ha la orang pakat ramai2 balik kampung..tapi tahun 2016 ni taktaula cmna plak.lengang ka kt sana wahai Kuala Lumpur??

orang yang bujang mahupun yang dah berkawin perlulah memeriksa kenderaan masing-masing jika hendak pulang ke kampung jika perjalanannya jauh.bukan apa biarlah tak berlaku kejadian yang tak diingini.jangan pula hati seronok nk jmpa famili di kampung last2 terkandas sebab kereta rosak ka ataupun berlaku kemalangan..nauzubillah..moga dijauhkan daripada segala musibah.Amin..berhati hatilah memandu, ingatlah orang tersayang.

Oklah, saya tak mau berceloteh panjang ,di kesempatan ini, saya nak mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, 
MAAF ZAHIR BATIN