tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Thursday, 14 July 2016

PENGALAMAN PERTAMA ARSYAD KENA GUNTING RAMBUT

pada bulan April yang lepas masa tu Muhammad Arsyad baru saja berumur 1 tahun 3 bulan aku dan suamiku bawalah arsyad pi gunting rambut.kami bawa dia pi gunting rambut di salun profesional di Mydin Bukit Mertajam.tempat untuk kanak-kanak ini khas disediakan tempat duduk khas bentuk kereta .ni merupakan pengalaman pertama kena gunting rambut bila dah besar ni.dulu last masa cukur rambut masa baby lagi.

masa mula2 letak arsyad kat kerusi tu pun dah start nangis dah..bercucuran air mata menangis takut bila amoi Chinese tu start gunting rambut dia.dia menangis tapi kepala tak bergerak statik ja..jadi mudah gak la amoi Chinese tu teruskan kerja dia menggunting rambut arsyad.tempat duduk yang bentuk kereta tu pun ada stereng untuk budak2 main tapi anakku tak hiraukan dah..yang tau dia nangis ja start daripada mula sampai la habis gunting rambut..ala siannya anak ibu sorang ni, takut ye..takdak apa2 la sayang..

harga bayaran untuk gunting rambut kanak -kanak kat situ rm15..agak mahal juga la dibandingkan jika gunting rambut kat kedai mamak jer.tapi takpalah kami saja ja suka2 bagi arsyad gunting kat situ sebab nak bagi dia main dalam tempat duduk yang bentuk kereta ada stereng..tapi arsyad tak berminat pun tetap takut dan nangis gak bila kena gunting rambut..alahai anak..takpa nanti ibu harap arsyad tak nangis dah la bila ibu  dan ayah bawak pi gunting rambut lagi ye sayang.




menangis bila kena gunting rambut







No comments:

Post a Comment