tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Friday, 30 December 2016

AZAMKU @ MY WISHLIST 2017

bila masuknya tahun baru semestinya kita ada azam dan impian ingin dicapai.setiap tahun adakah azam kita masih sama ataupun dah berubah?adakah hanya angan-angan mat jenin saja ka?nadia berharap agar azam kita semua akan berjaya dicapai walaupun taklah semuanya tapi terlaksana juga.



ya, nadia pun setiap tahun akan adanya azam baru.
ni antara azam nadia untuk tahun depan 2017

azamku @ my wishlist 2017✸

✹ berjimat cermat dan sentiasa menabung setiap hari walaupun jumlah wang kecil sahaja..rm1 pun takpa.janji kena menabung setiap hari

✹ sentiasa menjadi ibu yang terbaik untuk anakku Muhammad Arsyad dan isteri mithali kepada suamiku Annuar Mazlan.insyaallah...

✹ mengamalkan budaya dan gaya hidup sihat dengan pemakanan yang betul dan baik untuk kesihatan diri dan keluarga

✹ berusaha untuk mengurangkan berat badan.sekarang ni BMI tak ideal dengan berat dan ketinggian..huhuhu..chaiyok2 nadia

✹ sentiasa mengamalkan amal makruf nahi mungkar..biasakan diri dan istiqamah beribadahbersedekah, membaca al quran dan berpuasa sunat.

sebenarnya banyak lagi azam nadia.tapi cukuplah ini sahaja yang dapat nadia kongsikan bersama kawan-kawan.minta maaf ye nadia tak senaraikan semuanya..mana boleh bagitau semua, biarlah rahsia..opps..heheehe.

ok, marilah kita sentiasa berubah melakukan kebaikan bermula dari sekarang..tak semestinya tunggu tahun baru ja kan..cubalah kita realisaikan azam baru kita tu..insyaallah dengan izin Allah akan tercapai juga..amin..

jadi, camna azam korang pula? heheeh..ok, sekian dahulu..bye..jumpa lagi entri terbaru di tahun baru..hehehe..moga nadia akan konsisten menulis blog ye.

selamat tinggal 2016

selamat datang 2017




Friday, 23 December 2016

BELAJARLAH SEPANJANG HAYAT..LEARNING IS FUN AND SO INTERESTING, OK!!





belajar adalah menuntut ilmu ataupun berusaha mempelajari sesuatu.anak-anak yang baru bertatih berjalan juga belajar ilmu baru supaya sentiasa berusaha untuk cuba berjalan iaitu berdiri di atas kaki sendiri tanpa bantuan sesiapa pun.bak kata orang dari kecil lagi, semua manusia di muka bumi ni mempelajari sesuatu tak kiralah secara formal atau tidak formal.💸💐📖📓📎🕓





sebenarnya proses pembelajaran ni perlulah sentiasa diteruskan sehinggalah kita dimamah usia dan rambut beruban pun.janganlah menganggap selepas tamat persekolahan ataupun sudah memegang ijazah kita terus berhenti belajar.sebenarnya kita tak akan pernah abis belajar lagi walaupun sudah memegang title doktor sekalipun kerana hari-hari kita akan didedahkan dengan sesuatu yang baru.haa bila kita dapat dan tahu sesuatu yang baru (fresh) semestinya kita akan berusaha untuk belajar untuk menghadapi situasi tersebut.contohnya graduan yang baru mula bekerja akan belajar lagi ilmu dalam menguruskan kerjaya sendiri pula dan akan belajar selok-belok dunia kerjayanya.👮👯👰👱👲👳👬👭



saya pun mempelajari sesuatu yang baru dalam mengendalikan pesakit yang berbagai ragam walaupun dah masuk 4 tahun bergelar juru x-ray di salah sebuah hospital kerajaan.saya akan cuba melakukan x-ray dengan sebaik mungkin dan akan cuba belajar meminimumkan dos radiasi kepada setiap pesakit yang di x-ray.haa tu pun kiranya belajar juga kan.💀👫

sebenarnya saya nak menekankan yang everyday is a learning process...kita akan sentiasa belajar benda baru kerana setiap hari kita akan berdepan dengan pelbagai situasi.adakah kita berjaya mengendalikan situasi tersebut dengan baik ataupun sebaliknya.semuanya bergantung kepada keupayaan kita.kalau berlaku sebaliknya yang negatif kita akan cuba belajar memperbaiki kesilapan yang kita telah lakukan tempoh hari.yaa , nobody is not perfect. but we need trying to make things perfect.although not perfect, but it must going smoothly..ok??insyaaalah, kita boleh lakukannya dengan baik. 👪✋ 

nadia bukannya nak menunjuk-nunjuk dan sengaja nak berkongsi entri ni, cuma ingin mengajak dan memperjelaskan kepada semua bahawa sebagai seorang manusia sejati kita perlulah berusaha menjadi seorang yang lebih baik daripada hari semalam.try to be a better person today, tomorrow and day by day..(sori na, nadia mix bahasa melayu dan english, harapnya korang tak kisah na..)🌹😍

mesti kita semua pernah dengarkan ada slogan yang mengatakan "tuntutlah ilmu hingga ke negara China".sebenarnya ia merupakan suatu simbolik galakan supaya kita berusaha mempelajari sesuatu ilmu sehinggalah ke mana pun.di mana-mana pun kita akan belajar benda yang baru.ilmu yang baru sebenarnya seronok untuk kita terokai.macam contohnya pakcik makcik yang lahir pada tahun 50-70 an.mereka banyak mempelajari ilmu baru dengan adanya kecanggihan teknologi zaman sekarang.daripada dulu mereka kurang terdedah dengan handphone, tapi sekarang ni mereka belajar menggunakan handphone touch screen dan belajar menggunakan media sosial menggunakan handphone seperti facebook, instagram, twitter dan sebagainya.haa tu kan mereka belajar juga, kalau tak macam mana mereka pandai nak gunakan handphone jika tak belajar dan explore benda baru.☎

walaupun nadia dah bekerja dan bukannya bergelar pelajar lagi tapi nadia cuba menambah ilmu pengetahuan dengan banyakkan membaca,berkongsi cerita dengan orang yang lebih tua serta rakan-rakan  dan sentiasa bertanya kepada orang yang lebih arif.memang nadia suka membeli dan mengumpul pelbagai jenis buku seperti buku motivasi, buku resepi, majalah PAMA,novel, buku agama dan sebagainya tetapi nadia tidaklah membuta tuli mengambil dan mengaplikasikan ilmu di dalam buku-buku tersebut tanpa bertanya dulu kepada orang yang arif.bukan apa kita nak belajar ni perlu juga berguru , tak boleh sesuka hati mempercayai buku semata-mata.nanti lain plak jadinya.takut sesat ja.ingat pepatah "malu bertanya, sesat jalan".👀👃👄✌


sudut ruang membaca di rumahku(mini library)













oklah, panjang plak nukilan nadia.konklusinya, belajarlah sepanjang hayat. jadilah manusia yang penuh ilmu di dada dan penuh budi bahasa.learning is fun and so interesting, ok!!terima kasih kepada sesiapa yang sudi membaca tulisan ni..terima kasih daun keladi, lain kali bacalah lagi.heheheh..peace, no war!!🙋

Wednesday, 21 December 2016

10 TIPS YANG PERLU DILAKUKAN SELEPAS CAESAREAN

Apa itu caesarean?tahukan anda caesarean tu merupakan kelahiran anak secara pembedahan.pembedahan merupakan suatu tindakan melahirkan bayi dengan membuka dinding rahim melalui torehan pada perut ibu.melahirkan melalui pembedahan bergantung pada keadaan ibu ataupun bayi tersebut. 



Nadia ingin berkongsi tips apa yang perlu anda lakukan selepas caesarean ini.ini merupakan tips daripada pengalaman nadia berkongsi cerita dengan ibu-ibu yang mengalaminya.kakak sulung nadia pun beranak secara pembedahan juga.

1) Elakkan mengangkat dan membawa barangan berat

2) Menangguhkan sebarang senaman di bahagian perut(abdomen) sehingga 4 hingga 6 minggu selepas bersalin.

3) Jangan terlalu kerap bangun dan dan duduk dalam satu-satu masa

4) Posisi badan perlulah betul.sekiranya ingin bangun daripada kedudukan berbaring, mengiring ke sisi dan gunakan lengan anda untuk menolak badan anda ke posisi duduk

5) Urutan boleh dilakukan selepas parut pembedahan dah kering dan jangan urut berdekatan dengan parut.urutlah di bahagian atas badan atau di bahagian betis ke bawah.

6) Jika ingin batuk atau bersin letakkan dan lapikkan sebiji bantal merentangi perut dan tekan perlahan-lahan untuk memberi sokongan pada parut dan mengurangkan rasa tidak selesa

7) Kadar pengeluaran darah nifas boleh berubah mengikut masa dan boleh meningkat jika banyak melakukan aktiviti dan kerap bertukar kedudukan

8) Sentiasa menjaga kesihatan diri supaya tidak  demam kerana itu mungkin tandanya anda terkena jangkitan

9) Minum banyak air untuk memastikan badan tidak lemah dan cukup hidrat serta mengelakkan sembelit

10) Jaga pemakanan seharian supaya tidak makan makanan yang dapat menyebabkan gatal di tempat parut pembedahan
parut selepas caesarean
perbezaan beranak secara normal dan caesarean

perbezaan beranak secara normal dan caesarean

situasi yang memerlukan caesarean

jenis caesarean






Sekian dahulu tips ini, moga bermanfaat kepada anda 

yang membacanya..sharing si caring…



PEMERIKSAAN DAN UJIAN BAYI BARU DILAHIRKAN






Selepas dilahirkan bayi akan menjalani pemeriksaan bagi menguji sama ada dia sihat ataupun tidak.permulaannya adalah APGAR iaitu

A – APPEARANCE
P – PULSE
G – GRIMACE
A – ACTIVITY
R – RESPIRATION

Ia dilakukan pada 1 minit dan sekali lagi 5 minit selepas bayi dilahirkan .selepas itun, bayi akan ditimbang dan lilitan kepalanya akan diukur.

Pemeriksaan menyeluruh akan dibuat antara 4 hingga 48 jam selepas bayi dilahirkan.antara anggta-anggota yang diperiksa adalah telinga, mata, tulang belakang, mulut, alat genital dan kaki bayi.

selalunya APGAR ni akan dicatat dalam buku kelahiran bayi tu.

Jadual di bawah menunjukkan contoh skop APGAR







SISTEM SKOP APGAR
SKOR 0
SKOR 1
SKOR 2
KOMPONEN APGAR
WARNA KULIT
Biru keseluruhan
Putih bila berlebihan, badan merah jambu
Merah jambu keseluruhan
perawakan
KADAR JANTUNG
tiada
perlahan
laju
Denyutan
MAKLUM BALAS REFLEKS
Tiada tindak balas rangsangan
Berkerut apabila terangsang
Menangis dan batuk
berkerut
TON OTOT
tempang
Tempang yang sedikit bengkok atau meregang
Pergerakan aktif
aktiviti
PERNAFASAN
tiada
Lemah atau tidak tetap
Baik dan bayi menangis
pernafasan





Monday, 19 December 2016

FROZEN FOOD ATAU SEJUK BEKU MAKANAN..PURI SELAMATKAH UNTUK DIMAKAN UNTUK BAYI??

zaman sekarang ni dah banyak makanan disejuk bekukan untuk memudahkan semua orang yang sibuk bekerja.makanan bayi pun tidak terkecuali turut sama disejuk bekukan contohnya puri.tetapi makanan yang segar dan tidak diproses adalah lebih baik diberi kepada bayi anda.

makanan seperti buah dan sayur akan dinyah beku (thawing) sebelum dijadikan makanan puri bayi.setelah itu, barulah makanan siap masak yang dijadikan puri boleh disimpan untuk tempoh tertentu.ini juga merupakan salah satu makanan sejuk beku.ia telah dimasak dan disimpan untuk tempoh tertentu.



untuk pengetahuan semua, makanan sejuk beku atau frozen food seperti puri seeloknya disejuk beku dalam tempoh  3 bulan.ini adalah kerana kristal air cenderung untuk terbentuk bersama makanan puri.

cara dan langkah berjaga-jaga sebelum memberi bayi makanan sejuk beku seperti puri.

 ➽ makanan puri yang dinyah beku perlu digunakan dalam tempoh 48 jam

➽ pastikan anda nyah bekukan makanan yang akan digunakan dalam tempoh tersebut

➽lebihan makanan yang tidak digunakan adalah sama sekali dilarang untuk disejuk bekukan kali ke 2

➽ makanan puri ni boleh dinyahbeku menggunakan kaedah nyah beku di dalam peti ais, rendam dalam air suam atau ketuhar gelombang mikro

➽ kaedah nyah beku dalam peti ais memerlukan masa yang lama iaitu sekurang-kurangnya 12 jam.pastikan berada dalam bekas tertutup




➽ kaedah rendam dalam air suam mengambil masa dalam 10 hingga 20 minit

➽ keadah nyah beku dalam ketuhar pula seeloknya penggunaaan mangkuk kaca adalah lebih selamat berbanding mangkuk plastik

PERINGATAN 😤 ibu bapa tidak terus menggunakan bekas yang sama di mana dinyah bekukan .sepaptutnya masukkan makanan dalam bekas lain dulu untuk mengelakkan pencemaran pada makanan dan pertumbuhan bakteria.

kesimpulannya, makanan sejuk beku seperti puri adalah selamat dimakan untuk bayi anda sekiranya pengendaliannya adalah betul dan selamat.pastikan makanan juga tidak tercemar untuk mengelakkan bayi anda mengalami cirit birit dan keracunan..semestinya kita hendak memberikan makanan yang terbaik untuk bayi comel anda..
















Thursday, 15 December 2016

MAI JANGAN TAK MAI PESTA PULAU PINANG 2016

dah lama nak bercerita pasal kunjungan kami sekeluarga ke Pesta Pulau Pinang 2 minggu yang lepas.tak sempat nak menulis sebabnya nadia sangatlah busy dok kemas kat rumah baru.sajalah nak berkongsi cerita mengenai Pesta Pulau Pinang tu..

Untuk pengetahuan korang, Pesta Pulau Pinang diadakan setiap tahun pada setiap kali hujung tahun musim cuti sekolah di tapak pesta Sungai Nibong kat dalam pulau .pada kali ni, di sana ada kelainannya kerana adanya kerlipan lampu-lampu yang berwarna-warni menghiasi pesta..bila malam, sangatlah cantik bila dilihat..colourful...sangat menarik.

nadia pergi bersama suami, anak, mak mertua dan adik ipar.. kami pi awai la sampaikan dapat parking kereta betul2 di hadapan pintu masuk pesta..alhamdulillah syukur dekat sangat , tak payahlah perlu berjalan jauh nak masuk ke pesta tu.kami sampai pukul 6 petang..masa tu hujan rintik-rintik , jadi kami berjalanlah perlahan -lahan..tapi sekejap ja hujan tu..sat ja..syukurr dapat berjalan dengan aman damai dan selesa gitu..


mak mertua, suami dan anakku

adik ipar dan mak mertuaku
(masa ni masih cerah lagi, kan kami pi awal)

anakku Muhammad Arsyad
(pakai kain kat kepala sebab masa ni hujan rintik-rintik)

papan tanda di Pesta Pulau Pinang

banner Pesta Pulau Pinang 2016 berlangsung dari
26/11/16 hingga 31/12/2016




tiket masuk ke pesta berharga rm3 untuk orang dewasa dan anak nadia, Muhammad Arsyad tak dikenakan bayaran disebabkan masih tak cukup umur..jadi, free of charge lorr..heheehe..kalau tak silap kanak-kanak 7 tahun ke atas kena bayar rm1 kot..nadia tak brapa pasti plak..sori na kalau tersilap info.tapi yang pastinya orang dewasa kena bayar rm3.

macam-macam barang jualan yang dijual di pesta..karpet, pakaian, mainan kanak-kanak, beg sekolah, aksesori wanita dan lelaki, kasut, dan sebagainya dijual di sana..rambang mata la nak pilih yang mana satu berkenan di hati.kebanyakannya harga murah juga la dan sangat berpatutan..nadia sempatlah beli kasut, beg kecil Arsyad, kain baju kurung Pucci, seluar tido.

kalau ke pesta tak bestlah kalau tak mencuba mainan kat sana kan..kat sana nadia cuma nek 1 mainan ja dengan Muhammad Arsyad iaitu mainan  pusing2 ja..Muhammad Arsyad tak kena bayar pun nek mainan tu sebabnya kanak-kanak berumur bawah pada 2 tahun..lega lagi..tapi mamanya(nadia) kenalah bayar..hehehe..unutk pengetahuan korang, 1 token berharga rm2.kebanyakannya mainan kat sana perlukan 2 ke 3 token..bergantung kepada mainan tu sendiri la.

yang seronoknya kami dapat bergambar di tempat yang berwarna-warni.tapi biasalah ramai la orang.kena tunggu turn plak nak ambik gambar tu..takpa yang penting puas hati den dapat bergambar..nampak macam kat ICT plak pesta kali ni bermandikan cahaya lampu warna-warni.Muhammad Arsyad pun nampak gembira tengok lampu tu.

kesimpulannya, tak rugi pun pi jalan-jalan kat pesta.kita dapat cuci mata tengok pemandangan luar pada waktu malam.cuma nadia nak nasihatkan supaya kalau nak pi pesta pergilah awal supaya dapat parking berdekatan dengan pintu masuk.bukannya apa taklah penat sangat berjalan sebab pesta pun luas juga..penat gak kaki kalau nak berjalan tau..kat sana pun ada gerai makan jadi tak payahlah risau kalau anda lapar ka atau anak meragam nak makan.kalau sesiapa yang memang kaki jalan dan biasa dengan suasana bising bolehlah berkunjung Pesta Pulau Pinang 2016.semuanya bergantung kepada anda, pilihan di tangan anda.tepuk dada, tanya selera.💞


gerai menjual haiwan peliharaan

burung pun ada dijual

suamiku memegang Arsyad

menjelang malam kian tiba

mak mertua dan diriku

lampu-lampu menghiasi pesta


sangat cantik..berwarna-warni

berehat sebentar setelah penat membeli-belah

orang ramai pakat bergambar untuk merakam momen indah di pesta kali ni

Muhammad Arsyad membasahkan tekak minum air..penat berjalan oii.

mainan yang nadia naik bersama Arsyad

Arsyad diam ja bila mainan ni berpusing..hehehe

sekian dahulu ceritaku mengenai Pesta Pulau Pinang 2016 ni.wassalam..

Sunday, 11 December 2016

TIPS PENGENDALIAN SUSU IBU (EBM)

Panduan Pengendalian Susu Ibu (EBM)

1. Label Nombor 1-5 Pada Botol Simpan Susu

2. Bagi Susu Ikut Turutan No.1-5, (biasanya bayi berumur 2 ke 3 bulan minum 2oz-3oz Setiap Botol)

3. Bagi Susu Pada Bayi Setiap 2 Atau 3 Jam atau ikut keperluan bayi

label pada botol susu ebm



Cara Untuk Panaskan Susu EBM

1. Keluarkan Susu Dari Freezer Untuk Dipanaskan. - (Susu Akan Ada 2 Lapisan iaitu Foremilk & Hindmilk

2. Sebelum Panaskan, Goyangkan Botol Perlahan-Lahan Untuk Sebatikan Susu Dan Menjaga Khasiatnya

3. Masukkan Susu Dalam Bekas Berisi Air Panas/ Warmer Dengan Suhu 40-70. 

4. Rasa Susu Sebelum Bagi Bayi Minum. (Panas Atau Suam) –
Catatan:
• Susu Yang Belum Minum Tapi Telah Dikeluarkan Dari Peti Ais Perlu Dihabiskan Dalam Masa 3-4 jam.

• Susu Yang Sudah Dipanaskan Tetapi Belum Diminum Perlu Dihabiskan Dalam Lingkungan 2-3 jam.

• Susu Yang Telah Minum Tapi Tak Habis Masa Tu Perlu Dihabiskan Dalam Tempoh Masa 1-2 jam Selepas Tu. 

• Susu Frozen Yang Dah Dicairkan Perlu Habiskan Dalam Masa 24jam.

• Tidak Boleh Panaskan Susu Perahan Terus Di Atas Api Dapur, Ketuhar Gelombang Mikro (Microwave Oven) Atau Didihkan Susu Perahan.

#SilaRujukGambar
#ShareUtkPanduanBFMoms




















Thursday, 1 December 2016

TERIMA KASIH IZHAS CONSTRUCTION MEREALISASIKAN IMPIAN RUMAH BARU KAMI

sejak akhir2 ni nadia takdan sangat nak update blog ni..senyap sat la no..bukannya apa sekarang ni busy dok mengemas barang pindah masuk rumah baru.alhamdulillah kami suami isteri dapat juga dok rumah sendiri.tak payah susah-susah kuarkan duit bayar duit rumah sewa ..syukur sangat.

bila masuk rumah baru macam2 la persediaannya kan.nak beli yang nu nak beli yang ni..nak bagi cantikkan lagi rumah.bak kata orang kalau kita ada banyak duit semua benda yang kita idamkan kita akan dapat beli la..tapi nadia dan suami cuba juga berjimat tak mau la sesuka hati jer beli barang yang bukannya keperluan pun..kenalah rancang perbelanjaan sebab sekarang ni barang2 pun boleh tahan mahal harganya..jadi, berfikirlah dulu sebelum buat keputusan nak beli sesuatu barang.bukannya apa takut menyesal plak kemudian hari bila barang yang sebenarnya bukannya satu keperluan.

selepas dapat kunci daripada pemaju, kami terus melengkapkan rumah baru dengan apa yang sepatutnya dilakukan.untuk rumah baru semestinya kita kena pasang sendiri kipas dan lampu sendiri tau.pemaju cuma sediakan rumah yang sudah siap dan mempunyai sambungan elektrik saja.yang lain2 pemasangan lampu kipas kita buat sendiri la.mana-mana rumah mesti ada grill kan.nadia pun memang pasang grill juga.

kami mengupah kontraktor yang menerima tempahan untuk pemasangan grill, pemasangan elekrik(wayaring), membuat table top kitchen(kabinet dapur) dan pemasangan paip air(piping).makna kata semua serba serbi dia buat untuk rumah baru kami.
hasil kerja beliau dan rakan-rakan kemas dan nadia bersama suami sangat berpuas hati.

nama kontraktor : Encik Hassan Ismail
syarikat : IZHAS CONSTRUCTION ENTERPRISE
               351 Persiaran Utama 1/2,
               Kulim Utama,09000 Kulim Hi-Tech Park,
               Kedah Darul Aman
               H/P : 012-5501041
page Facebook : Izhas Construction

sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat beliau silalah hubungi beliau..beliau juga dapat memberi perkhidmatan sekitar Kulim,Bukit Mertajam,  Seberang Perai,Kepala Batas dan sekitar negeri Kedah.beliau juga mempunyai bengkel sendiri di Taman Seri Mahkota, Kedah. di sini nadia ada sertakan gambar rumah kami yang merupakan sentuhan daripada Izhas Construction.

Rumah baru kami..alhamdulillah..masa ni belum pasang grill lagi


Muhammad Arsyad meronda sakan keliling rumah masa sebelum renovate rumah dilakukan




kabinet dapur 
                                                    (hasil sentuhan Izhas Construction)





pemasangan grill di pintu dan tingkap
                                      (hasil sentuhan Izhas Construction)





lampu dan kipas siap dipasang 
                               (hasil sentuhan Izhas Construction)