TIPS PENGENDALIAN SUSU IBU (EBM)

Panduan Pengendalian Susu Ibu (EBM)

1. Label Nombor 1-5 Pada Botol Simpan Susu

2. Bagi Susu Ikut Turutan No.1-5, (biasanya bayi berumur 2 ke 3 bulan minum 2oz-3oz Setiap Botol)

3. Bagi Susu Pada Bayi Setiap 2 Atau 3 Jam atau ikut keperluan bayi

label pada botol susu ebm



Cara Untuk Panaskan Susu EBM

1. Keluarkan Susu Dari Freezer Untuk Dipanaskan. - (Susu Akan Ada 2 Lapisan iaitu Foremilk & Hindmilk

2. Sebelum Panaskan, Goyangkan Botol Perlahan-Lahan Untuk Sebatikan Susu Dan Menjaga Khasiatnya

3. Masukkan Susu Dalam Bekas Berisi Air Panas/ Warmer Dengan Suhu 40-70. 

4. Rasa Susu Sebelum Bagi Bayi Minum. (Panas Atau Suam) –
Catatan:
• Susu Yang Belum Minum Tapi Telah Dikeluarkan Dari Peti Ais Perlu Dihabiskan Dalam Masa 3-4 jam.

• Susu Yang Sudah Dipanaskan Tetapi Belum Diminum Perlu Dihabiskan Dalam Lingkungan 2-3 jam.

• Susu Yang Telah Minum Tapi Tak Habis Masa Tu Perlu Dihabiskan Dalam Tempoh Masa 1-2 jam Selepas Tu. 

• Susu Frozen Yang Dah Dicairkan Perlu Habiskan Dalam Masa 24jam.

• Tidak Boleh Panaskan Susu Perahan Terus Di Atas Api Dapur, Ketuhar Gelombang Mikro (Microwave Oven) Atau Didihkan Susu Perahan.

#SilaRujukGambar
#ShareUtkPanduanBFMoms




















2 comments:

  1. nice sharing untuk ibu ibu kat luar sana , hehehe Yana datang membaca sekadar tambah pengetahuan (not yet ibu =P)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks lyana...takpa insyaallah sampai satu masa yana akan jadi ibu juga nanti...tq follow me...

      Delete

Powered by Blogger.