tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Thursday, 13 July 2017

TEH AIS CINCAU..ANDA PERNAH MINUM ??

pernahkah anda minum teh ais cincau?anda tahu tak apa itu cincau?cincau tu sejenis agar-agar berwarna coklat kehitaman yang dipotong kecil dimakan bersama air minuman.

tahun ni nadia pertama kali dapat minum air teh ais cincau..sedap pula rasanya.bila makan air tersebut rasa sangat kena dengan selera tekak..tambahan pula, jika minum masa panas waktu tengah hari.ooo lazatnya!!cubalah ye kawan2..

teh ais cincau




cincau ada manfaatnya juga.antara manfaatnya ialah 

🔷perubatan tradisional untuk melegakan batuk , menurunkan tekanan darah tinggi,sembelit, malaria

🔷mengatasi perut kembung

🔷membantu dalam proses diet kerana mempunyai kalori yang rendah

🔷menurunkan risiko diabetes, penyakit jantung dan stroke

jadi, tak salah pun jika anda minum air minuman bersama cincau..banyak manfaat yang dapat kita perolehi.


cincau




Saturday, 1 July 2017

MANA PILIHAN ANDA JADI KUDAPAN MASA RAYA NI KEREPEK, MARUKU ATAU KUIH RAYA?

macam -macam makanan yang dihidangkan semasa raya puasa ni kan.selain daripada ketupat, lemang, rendang yang disediakan ada juga makanan yang menjadi kudap-kudapan kita seperti kerepek, maruku atau kuih raya..

antara 3 pilihan tersebut anda lebih suka yang mana untuk menjadi makanan kudapan anda..

kerepek




maruku




kuih raya



makan di kala menonton televisyen atau sambil bergosip bersama rakan anda??

bagi nadia la kan, nadia suka lagi mengunyah kerepek dan maruku..seronok mengunyah la sampai tak sedar sampai nak abis sebalang dah..hehehe..kan bila mengunyah maruku ada satu bunyi macam krup..krap..krup..krap...syokla kan tengok tv sambil mengunyah kan..jadi ralit sat..

kalau kuih raya nadia tak makan banyak sangat pun..sekadar rasa ja..makan juga tapi bukannya dalam kuantiti yang banyak.makan sekadar makan ja pun..

oklah saja ja nak buat survey skit tanya korang semua..kalau rajin silalah komen ye..terima kasih..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN

KETUPAT RENDANG DAH ABIS PUN, DAKU BARU NAK START BERAYA NI..HUHUHU

alhamdulillah dapat juga bercuti raya setelah seminggu kena kerja semasa raya Aidilfitri baru-baru ni..nasiblah nadia ooi dah giliran awak plak keja kan.macam tulah kerja sebagai juru x-ray kat hospital kerajaan..

masa nadia kerja masa raya tu banyak pesakit juga..kebanyakan yang datang x-ray disebabkan terlibat dengan kemalangan/mva (motor vehicle accident)..yang kesiannya ada yang 1 keluarga terlibat dengan kemalangan yang melibatkan 2 orang kanak-kanak yang masih kecil lagi..dah la yang si kakak tu ada mengalami patah kat paha kanannya..sian sungguh la..dah la tengah nak pi beraya kan..kena plak dok hospital tunggu untuk dapatkan rawatan pula..


dah nak masuk minggu ke 2 raya kebanyakan orang dah tak sediakan juadah ketupat rendang dah..ha la kan dah seminggu dah ada kecuali la kalau ada open house ka apa..mestilah ada kan.tapi takpa dah sempat merasa ketupat rendang air tangan mak masa raya pertama baru2 ni masa adik bawa ketupat rendang ke rumah nadia masa ari tu.alhamdulillah dapat juga rasa walaupun tahun ni kena kerja masa raya..

sekarang ni alhamdulillah nadia dah selamat pulang ke rumah mak abah dah..baru nak start beraya ooi..takpa jadilah juga kan dapat gak pulang ke kampung halaman.bersyukurlah..

oklah , belum terlambat lagi nadia ingin mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN.






Thursday, 22 June 2017

IKLAN RAYA 2017

setiap tahun ada sahaja iklan raya di kaca televisyen dan saluran youtube.tapi tahun ni perasan tak anda semua tak banyak sangat iklan raya yang muncul di kaca televisyen.tapi yang pastinya syarikat - syarikat besar  sentiasa sajikan iklan raya yang berlainan setiap tahun berkisarkan raya Aidilfitri.kita dapat lihat banyak iklan raya di saluran Youtube.

iklan raya mempunyai mesej tersembunyi di sebaliknya..selalunya mesej yang ingin disampaikan mengenai kepulangan anak ke kampung halaman menjelang raya, amanat ibu bapa yang telah meninggal dunia dan sebagainya.kebanyakan iklan raya memberi makna tersendiri dan mesej tersirat.

sini saya ingin membuat ulasan  iklan raya 2017 yang telah saya tengok..sekadar berkongsi saja ya..

iklan raya PETRONAS 2017 


mengisahkan 2 beradik yang membantu ibu bapa mereka menjual keropok..si adik perempuan acap kali dok usha orang yang membeli baju raya di suatu butik tersebut tetapi mereka tak mampu untuk membeli baju raya.akhirnya pengusaha butik tersebut perasan dengan 2 beradik yang selalu berada di depan butik melihat orang membeli baju raya.impian 2 beradik tercapai juga dapat baju raya setelah dihadiahkan oleh pengusaha butik tersebut.ibu bapa mereka juga dapat hadiah baju raya juga.bak kata iklan tersebut lebaran lebih indah dan bermakna bila kegembiraan dikongsi bersama

iklan raya CELCOM 2017


mengisahkan  3 beradik perempuan yang curi-curi membaca surat daripada mak mereka apabila mereka terjumpa surat di dalam kotak dalam bilik mak mereka.ada resepi yang mak mereka kongsikan.mereka 3 beradik membuat resepi mengikut apa yang mak mereka coretkan dalam surat tersebut memandangkan malam nak sambut raya esoknya.mak mereka berasa gembira melihat juadah yang disediakan mereka di pagi raya.

iklan raya MYNIC 2017


mengisahkan anak lelaki yang sentiasa sibuk dengan kerjanya hinggakan balik beraya pun di kampung sebelah isterinya..emaknya sangat berbesar hati menyiapkan bahulu yang dahulunya menjadi kesukaan anaknya ketika hari raya.si emak sanggup bersusah payah menaiki kenderaan awam untuk pergi beraya bersama anak lelakinya.pada pagi raya emaknya selamat tiba di kampung halaman isterinya dengan membawa bahulu kesukaan anaknya..anaknya sangat terharu dengan pengorbanan emaknya yang sanggup datang berjumpa dengannya.tu la kan mak mana yang tak sayangkan anaknya.walaupun dah bekerjaya ingatlah kita pada orang tua kita.pulanglah berhari raya bersama mereka.

iklan raya POS MALAYSIA 2017


mengisahkan seorang posmen yang perlu menghantar kad raya yang istimewa untuk seorang pak cik yang sudah bergelar atok.disebabkan arahan kerja daripada majikannya jadi dia pun terpaksa juga menghantar kad raya tersebut  walaupun perlu membeli kuih tepung pelita untuk ayahnya.setelah sampai di rumah penerima kad raya tersebut posmen tersebut membaca pula isi kandungan kad raya tersebut kerana menyangkakan pak cik tersebut buta.kad raya dikirim oleh cucunya yang kurang upaya yang hanya menulis melalui mulut sahaja akibat kecacatannya.cucunya memberitahu bahawa tak dapat pulang beraya kerana ayahnya kerja.iklan ni agak lucu apabila posmen bertanya kepada pakcik tersebut bagaimana pakcik boleh hulurkan tisu apabila nampak air matanya mengalir sedangkan pakcik tu buta.akhirnya pakcik menjawab dia bukannya buta mata tapi cuma buta huruf.agak lucu juga masa babak ni.rezeki dicipta ulam mendatang kerana pak cik tersebut memberi tepung pelita kepada posmen tersebut.kebetulan dia pun nak beli untuk ayahnya.rezeki dia la.dia sempat memberi ayahnya makan juga kuih tersebut walaupun sibuk bekerja hingga lewat balik.segalanya demi amanah dan tanggungjawab dia tetap ikut arahan majikannya hantar surat walaupun hampir nak dekat waktu berbuka.balasannya dia dapat apa yang dia nak bagi kepada ayahnya.

iklan raya KFC 2017


mengisahkan anak lelaki yang rapat dengan ayahnya.sebelum ayahnya meninggal dunia, ayahnya seorang yang periang dan suka menggembirakan orang sekelilingnya setiap kali menjelang hari raya Aidilfitri tanpa menghiraukan penyakit yang dihadapinya.si anak lelaki ini mulanya tak dapat menerima hakikat yang ayahnya telah pergi meninggalkannya dan tidak memahami kenapa ayahnya suka sangat menggembirakan orang padahal dirinya pun sakit.akhirnya anak lelaki ni sudah faham dan cuba pula meniru aksi dan perbuatan ayahnya yang menggembirakan orang sekeliling setiap kali menjelang hari raya Aidilfitri..anak borek , bapa rintik. 

oklah sekian dahulu ulasan yang dapat nadia coretkan.banyak lagi iklan raya 2017 yang dapat kita lihat  di saluran Youtube..kalau rajin jengahlah ye.taip ja iklan raya 2017.banyak juga mesej tersurat dan tersirat yang dapat kita simpulkan apabila melihat iklan raya semua tu.
oklah yang baik jadikan teladan, yang jahat jadikan sempadan.

tak lama dah nak raya ni, saya ingin mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN

tapi, tahun ni nadia kerja..huhuhu...

sekian..wassalam...



Tuesday, 13 June 2017

MAI MAI LA MOOD NAK RAYA TAPI SADISNYA KENA KERJA TAHUN NI..HUHU

hari ni dah 18 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan..sat ja masa berlalu..kawan-kawan dah buat persiapan raya dah ka?mesti banyak  dah buat persiapan kan..nadia tak buat apa2 pun lagi ..sekadar beli kuih raya ja.almaklumlah tahun ni kena kerja..beraya di hospital la..huhu..nasib kau la nadia ooi...dah kerja kan.

mood beraya tahun ni tak terasa sangat..mungkin sebab kena kerja kot..jadi rasa hambar ja.walaupun nadia tak beli pun baju raya untuk diri nadia tapi baju raya anak mesti kena beli..kesian plak dia  kalau tak beli..dia kan baru nak merasa berhari raya kan.kadang-kadang terpikir juga bila la nak ada mood rasa macam nak raya macam zaman budak-budak dulu.




lain benar dah sekarang..suasana nak sambut hari raya tak macam dulu dah.dulu zaman kecik rajin la tolong mak pasang langsir baru , buat kuih raya , cuci rumah dan macam2 lagi la.sekarang ni mungkin tak rasa macam dulu dah sebab zaman dah berubah..ya ler awak tu dah jadi mak budak dah.tambahan pula, nadia tak brapa pandai nak buat biskut raya jadi beli jer la..huhuhu..siap la duit melayang..bukannya murah dah kuih biskut raya ni..boleh tahan juga harganya.takpalah nak buat camna kan kekangan masa juga merupakan salah satu faktor juga.

raya tahun ni kan kena kerja..jadi harap-harap la kes x-ray yang kena buat tu nadia mampu lakukan..almaklumlah musim raya kan kes kemalangan menjadi-jadi.minta simpang ler..moga nadia tabah dan bersabar menjalankan kerja x-ray dengan sebaik mungkin..YA ALLAH berilah kekuatan dan ketabahan pada diriku.

sekian dahulu coretan saya penjawat awam yang bakal bekerja semasa hari raya Aidilfitri ni.moga semuanya baik-baik saja.



Friday, 2 June 2017

PERTAMA KALI KEJA MALAM DI BULAN PUASA TAHUN 2017

keja sebagai juru x-ray memerlukan kami bekerja onkoll dan shif malam.pada hari ni bersamaan 1 June dan 6 Ramadhan saya perlu bertugas shif malam.buat pertama kalinya bekerja pada bulan puasa ni.

pesakit yang datang x-ray rata-ratanya sakit di bahagian perut(abdomen).biasalah kan seharian berpuasa perut kita mungkin masuk angin dan rasa tidak selesa.selain itu, ada juga segelintir yang cedera akibat kemalangan dan ada mengalami keretakan pada tangan dan kaki.

bila bekerja shif malam ni makanya saya kena bersahur di tempat kerja (hospital) la.aduh bila bersahur di sini teringat pula encik suami di rumah bersahur keseorangan pula.maaf ye cik abang tak dapat bersahur sekali.tapi saya tetap tak lupa untuk kejutkan encik suami untuk bangun sahur dengan membuat panggilan telefon.telefon la sampai encik suami jawab panggilan tu, biasalah kadang-kadang lama juga nak tunggu dia angkat telefon..terlalu lena dibuai mimpi kot.hehehe..

kerja shif malam ni memerlukan kesabaran yang tinggi.ya la kan dok asyik tengok jam ja bila la waktu nak balik rumah, nak tido puas-puas..kadang-kadang semasa tunggu pesakit datang nak x-ray tu saya pun tertido juga la..orang kata tido-tido ayam..tak brapa nak boleh lena sangat sebab dalam waktu keja kan.biasalah letih ooi tunggu dan terus menunggu pesakit yang datang nak x-ray..







rasanya setakat ini dulu coretan seorang penjawat awam yang bekerja di malam hari..sementara menunggu pesakit datang nak x-ray sempat lagi update entri baru.bukan curi tulang ye..curi masa skit jer.kerja tetap kerja..kerja tetap jalan tau walaupun saya dok update entri baru..

oklah dalam sejam lebih lagi saya akan bersahur bersama rakan sekerja di hospital.selamat bersahur dan berpuasa ye kawan-kawan sekalian.
















Saturday, 27 May 2017

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK

pejam celik pejam celik dah tiba bulan Ramadhan.bulan yang penuh barokah..bulan untuk kita mengumpul pahala beribadat kepada Allah.

Indahnya dunia hanya sementara,
Indahnya saat gembira hanya seketika,
Indahnya mimpi kadang-kadang tak pasti
Indahnya Ramadhan tak dapat ditukar ganti..
Jom tambah pahala beriadat kepadaNya...
Marhaban Ya Ramadhan...

sesiapa yang boleh puasa penuh sebulan silakan berbuat demikian ye...perempuan ni ada waktu 'cuti' juga dan memang kadang-kadang tak dapat berpuasa penuh..nak wat camnakan..huhu..

oklah selamat berpuasa ye kawan-kawan...





NOW I AM SWEET 30 YEARS OLD ALREADY

sekarang dah masuk umur 30 tahun dah..satnya masa berlalu.bulan lepas tanggal 26 April hari jadiku..bila dah masuk 3 series ni rasa tua la pula..huhuhu....rasa baru jadi mak budak masa umur 28 tahun...alhamdulillah syukur...sekarang dah masuk angka 30 tahun dah...alhamdulillah masih dipanjangkan usia berada di bumi Allah selama 30 tahun.

kek birthdayku



moga pertambahan usia ni membuatkan diriku semain matang dan bijak menguruskan setiap masalah yang datang menimpa.moga diberi kekuatan mental dan fizikal untuk berusaha menjadi lebih baik.nadia berharap dapat menjadi isteri dan ibu yang terbaik kepada suami dan anakku Muhammad Arsyad...tak lupa juga menjadi anak yang baik kepada kedua orang tuaku dan kakak yang prihatin kepada adikku..keluargaku merupakan nyawaku..merekalah orang yang sentiasa bersama sama denganku di kala susah dan senang..moga kami semua dipanjangkan usia untuk saling menyayangi.

terima kasih kepada kawan - kawan yang tidak lupa mengucapkan selamat hari jadi kepada ku...daku sangat menghargai sangat di atas keprihatinan kalian semua..

moga segala impian yang diimpikan akan mejadi kenyataan nanti..amin..








Monday, 22 May 2017

KENALI STAFF HOSPITAL KERAJAAN..KAMI SEDIA MEMBANTU

adakah anda kenal dengan kakitangan atau staff hospital kerajaan di negara Malaysia ni?

ada yang perlu memakai uniform dan ada yang tidak perlu memakai uniform..bergantung kepada jawatan yang disandang mereka..saya juga merupakan salah seorang kakitangan awam yang bekerja di hospital kerajaan di utara tanah air iaitu juru x-ray.

Pembantu perawatan kesihatan(PPK) 
mereka juga dikenali sebagai attendant..mereka berpakaian baju putih,seluar putih dan berkasut hitam.
tugas # membantu jururawat dan pembantu perubatan menguruskan pesakit.mereka bertugas di wad/klinik/jabatan kecemasan.jika tiada mereka lumpuhlah kelancaran perawatan pengurusan hospital

Jururawat terlatih berline biru
dikenali juga sebagai staff nurse.mereka berpakaian serba putih dan ada line biru pada baju serta berkasut putih.
tugas # membantu doktor menguruskan pesakit dalam menyediakan laporan, memberi ubat,menyempurnakan segala pelan yang dilakukan dan sebagainya.mereka juga sentiasa memastikan kebajikan pesakit terjaga

Jururawat terlatih berline ungu
merupakan jururawat masyarakat atau JM.kadang-kadang dipanggil juga sebgai bidan moden/profesional.
tugas # dapat menyambut kelahiran bayi , memberi perkhidmatan kepada pesakit mengandung di klinik desa/perbidanan,klinik pakar O&G dan wad bersalin 

Jururawat terlatih berline kuning
merupakan jururawat pergigian 
tugas # memberi perkhidmatan mengenai penjagaan dan kesihatan gigi

Penolong Pegawai Perubatan (MA)
berbaju putih, berseluar hitam dan bertali leher hitam
tugas # Front line menyambut ketibaan pesakit di jabatan kecemasan selalunya dan membantu melancarkan tugas para doktor

Pembantu farmasi
berpakaian formal dan berkot putih
tugas # menyediakan dan memberi perkhidmatan ubat kepada pesakit

Juru x-ray
berpakaian formal dan berkot putih.dikenali juga sebagai radiographer
tugas # melakukan kerja x-ray kepada pesakit di jabatan radiologi dan portabale x-ray di wad-wad

Pembantu makmal perubatan
dikenali juga sebagai MLT.berpakaian formal dan berkot putih
tugas # menjalan kajian mengenai sample darah, air kencing dan sebagainya 

Pegawai perubatan/doktor
berpakaian formal dan berkot putih 
tugas # memberi perkhidmatan dan merawat pesakit dengan penuh berhemah dan bertimbang rasa..





Monday, 1 May 2017

ANAKKU PENCINTA KUCING

pencinta kucing atau cat lover..

kucing merupakan haiwan kesayangan Rasulullah s.a.w.kucing selalunya haiwan yang jinak kecuali kucing yang dok dalam hutan belantara.


Arsyad bermain dengan kucing di rumah mak andakku...


sejak kecil lagi anakku Muhammad Arsyad suka bermain dengan kucing.suka membelai lembut kucing yang dipelihara di rumah opahnya iaitu mak mertuaku dan di rumah mak sedara nadia ,mak andak. anakku suka bermain dengan kucing tapi nadia tak bercadang pula nak membela kucing pun.risau tak dapat bagi komitmen nanti mana lagi  nak buang najisnya, bersihkan sangkar, bagi makan lagi.cukuplah nadia biarkan Arsyad bermain kucing di rumah opahnya dan rumah mak sedara nadia ,mak andak.

tengok gambar di bawah ni sampaikan video lagu kartun mittens tu Arsyad suruh pasang berulang kali.suka sangat la dia..hai anak oh anak.pencinta kucing.anda semua bagaimana?suka kucing tak ka ada pelihara kucing kat rumah tu?


Arsyad suka sangat tengok video kartun mitten songs



RESEPI PUDING OREO



Bahan-bahan 

1 peket serbuk agar agar (10g)
1 liter air
150 g gula
1 tin susu cair
1/2 cawan serbuk koko
1 bungkus biskut oreo

Cara membuat :

1) masakkan serbuk agar agar bersama air dan gula sehingga larut.
2) masukkan susu cair dan kacau sebati.(puding)
3) Asingkan 2 cawan adunan puding ke dalam bekas lain 
4) Salah satu adunan tersebut masukkan serbuk koko ke dalamnya
5)Tuang sedikit adunan yang sudah bercampur dengan serbuk koko ke dalam acuan/loyang
6) Tunggu dan biarkan beku sedikit
7)Apabila permukaan campuran koko di dalam acuan/loyang tu hampir beku tuangkan perlahan lahan adunan puding yang satu lagi tu
8) lepas tu, susunkan biskut oreo di atas adunan tersebut
9)Apabila hampir beku sedikit, tuangkan baki adunan serbuk koko.
10)sejukkan dan letak dalam peti ais sebelum dihidangkan
11)SELAMAT MENCUBA YE...SEDAP TAU...

TIPS MENGGUNAKAN UBAT MATA DENGAN BETUL

sakit mata.pedih mata.mata berair.
semuanya berkaitan dengan mata.mata adalah anggota badan yang sangat berguna supaya kita semua dapat melihat dunia dan alam ni.

jika mengalami simptom sakit mata berjumpalah dengan doktor ye.doktor akan beri ubat titis mengikut dos yang sesuai dengan anda.



meh sini nadia bagi beberapa  tips menggunakan ubat titis mata dengan betul

 basuh tangan dengan bersih
 pastikan tip hujung ubat titis tu bersih daripada kotoran dan habuk
 dongakkan kepala
 guna jari telunjuk untuk tarik kelopak mata bawah
titiskan ubat ke dalam mata
tutup mata selama 1 minit dan tundukkan kepala
jangan menggosok mata.hindarkan
sekiranya ada beberapa jenis ubat mata yang perlu digunakan, tunggu 10 hingga 15 minit sebelum menggunakan ubat mata yang kedua



jadi, guna ubat mata dengan cara yang betul.pelihara mata anda...pancaindera ni sangat sangat penting untuk kita semua.sayangi mata anda..sekian. moga bermanfaat tips ni untuk anda..wassalam

Wednesday, 19 April 2017

BOLEH KE PESAKIT MENGANDUNG JALANI X-RAY?

memang sudah sedia maklum pesakit yang mengandung tidak perlu jalani pemeriksaan x-ray kerana boleh memberi risiko kepada bayi dalam kandungannya.



tetapi ada juga kes tertentu yang memerlukan pesakit mengandung menjalani pemeriksaan x-ray kerana pesakit tersebut perlu didiagnos dengan melihat gambar 
x-ray.contohnya pesakit tersebut memang berkemungkinan mengalami masalah  dan dikhuatiri terkena penyakit pneumonia.

bila pesakit mengandung selamat menjalani pemeriksaan 
x-ray?selalunya setelah pesakit berada di trimester kedua kandungan sudah lebih 5 bulan ke atas setelah janin sudah membesar dan cukup sifat.jika baru trimester pertama pesakit dinasihatkan supaya tidak perlu menjalani pemeriksaan x-ray.ini dikhuatiri menganggu perkembangan bayi membesar .

sebagai seorang juru x-ray saya juga pernah meng x-ray pesakit yang mengandung 34 minggu.doktor menjangkakan dia menghidap pneumonia.apabila saya meng x-ray pesakit mengandung tersebut terlebih dahulu saya pakaikan gonad shield iaitu gaun perlindungan kepada kawasan perutnya.ini sedikit sebanyak mengurangkan radiasi yang terkena kepada pesakit mengandung tersebut.

pesakit mengandung dipakaikan gaun pelindungan(gonad shield)


sebelum meng x-ray pesakit mengandung, borang x-ray pesakit tersebut perlu dilengkapi dengan surat keizinan untuk melakukan x-ray atau lebih dikenali sebagai consent form for pregnant patient.dalam borang tersebut doktor yang merawat perlu menandatangani borang tersebut..begitu juga dengan doktor pakar..pesakit mengandung tu juga perlu menurunkan tandatangan sebagai tanda bersetuju untuk di x-ray.sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini doktor yang order x-ray tersebut perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pesakit tersebut.doktor juga perlu menerangkan dengan lebih terperinci apa risiko dan kebaikan kepada pesakit dan bayi yang dikandung.



consent form untuk pesakit mengandung










tetapi tak semua pesakit yang mengandung perlu menjalani pemeriksaan x-ray.jika penyakit tersebut akan memudaratkan bayi dan ibu barulah doktor mencadangkan x-ray perlu dilakukan.jadi jika anda mengandung dan  tidak bersetuju melakukan x-ray bagitau sahaja kepada pihak yang berkenaan.doktor tidak akan memaksa tetapi fikirlah kebaikan dan keburukan yang bakal anda hadapi disebabkan keengganan anda tu.

kami selaku frontliner cuba sedaya upaya memberi rawatan terbaik kepada pesakit yang mengandung.



KERETA BESAR DAN CANTIK TAPI SAYANGNYA SIGNAL PUN TAKDAK

nadia selalu perhati kereta-kereta besar selalu sangat membelok ke kanan atau kiri tak bagi signal.adoii ingat semua pengguna jalan raya ada sixth sense ka nak tau kereta tu nak membelok ke tak..aduyai..mana kesedaran korang ni?sangatlah bahaya kerana kadang-kadang kereta yang dok belakang tu terpaksa brek mengejut akibat kereta hadapannya membelok tanpa memberi isyarat signal.

sebenarnya, memberi signal atau isyarat ketika memandu adalah act of courtesy menunjukkan adab dan budi bahasa kita.kita perlu memberi signal dan memberi isyarat yang jelas supaya memudahkan pengguna jalan raya yang lain juga.alaa kalau signal dah tak menyala lampunya pergilah tukar yang baru, berapa sangatlah nak repair signal tu..tak kuar modal yang besar pun.cubalah bertanggungjawab apabila mengendalikan kenderaan masing-masing dengan melengkapkan apa yang sepatutnya.




signal digunakan bertujuan untuk memberi isyarat kepada pemandu lain bahawa individu tersebut ingin menukar laluan atau membelok ke arah kanan  atau kiri.sangatlah penting kita memberi isyarat signal apabila ingin menukar laluan, memotong atau membuat pusingan U.

tunjuklah adab dan sopan santun kita apabila ingin membelok atau memotong kenderaan lain dengan memberi isyarat lampu signal.bukannya rugi apa pun.beringatlah sebelum terjadi kemalangan yang melibatkan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

janganlah kereta saja besar dan cantik tapi sayangnya signal pun takdak.berhemahlah apabila menggunakan jalan raya,jadilah pengguna jalan raya yang memikirkan juga keselamatan rakan yang lain.

BERHATI HATI DI JALAN RAYA.
PANDU CERMAT, JIWA SELAMAT







Wednesday, 5 April 2017

DULU TAKUT DARAH, SEKARANG SUDAH BERANI

Hemophobia adalah fobia atau takut kepada darah.
darah merupakan cairan atau bendalir di dalam badan manusia.



untuk pengetahuan korang semua, dulu nadia pun takut dan rasa geli geleman bila tengok darah yang banyak.memandangkan kerja nadia perlu berhadapan dengan berbagai jenis pesakit jadi nadia dah belajar sesuaikan diri dan tak takut pada darah.

masa mula2 praktikal, nadia perlu x-ray pesakit yang mengalami pendarahan di kakinya akibat kemalangan.nadia berusaha untuk tidak berasa takut nak kendalikan pesakit tu.memang darah kuar dengan banyak dan sudah berbau hanyir tapi nadia cekalkan diri untuk teruskan buat keja x-ray kaki tu.jadi, bila lama2 terpaksa bekerja melihat darah nadia dah jadi kuat dan tak takut dah pada darah.

lagi2 bila buat x-ray di dewan bedah pesakit yang perlu menjalani pembedahan untuk memasang besi di dalam paha lagi banyak darah nadia akan lihat..sebab doktor akan masukkan besi dan menoreh kulit pesakit.darah pesakit akan keluar meleleh-leleh macam air paip tu.nauzubillah...tapi sekarang dah lali dah tengok dan bau darah tu.orang kata alah bisa, tegal biasa.





kawan-kawan yang lain camna boleh ka tidak lihat darah??ka boleh jadi pitam ataupun cool saja?semuanya bergantung kat diri sendiri..bila kita setkan mindset kita bahawa kita boleh insyaallah akan boleh hadapi dengan sendirinya.nawaitu nak buat sesuatu tu juga penting..perlu ikhlas buat kerja.insyaallah akan lancar perjalanan kerja kita.


Sunday, 26 March 2017

TABIK SPRING KEPADA SEMUA JURURAWAT ATAS TUGAS YANG MULIA

Saya sangat menghormati dan tabik spring dengn rakan-rakan yang bekerja sebagai jururawat.profesion ni tak mudah dan tak ramai yang mahu menjadi jururawat.saya yang bekerja sebagai juru x-ray pun tak akan dapat melakukan kerja macam jururawat.



kenapa saya cakap macam tu.meh sini saya huraikan.

kenapa kita perlu menghormati profesion 
jururawat/misi ini :

💞misi perlu berkeyakinan tinggi dalam menguruskan data, angka,dan sentiasa menjaga kebersihan diri selepas mengendalikan darah, cecair atau najis yang menggelikan

💞perlu cergas dan cerdas dalam melakukan kerja seharian.kalau misi pun nampak letih dan tidak bersemangat bekerja, pesakit tengok pula jadi bertambah sakit dan lemah.

💞misi perlu berani lebih-lebih lagi bekerja pada waktu malam.wad selalu dimomokkan dengan kisah seram yang mengerikan.boleh naik bulu roma kita oo bila dengar bunyi yang menakutkan.tapi misi tetap cool saja bekerja dan buat dengar tak dengar ja bunyi yang pelik

💞misi mempunyai mata dan deria yang tajam apabila mengenalpasti keabnormalan pesakit.sebarang perubahan atau reaksi yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pesakit misi dapat lihat dulu.bahkan kadang-kadang misi yang menjadi first person tengok pesakit tu dah nazak.lepas tu baru doktor tahu pasal keadaan pesakit




💞misi mempunyai sepasang kaki yang kuat.ha la banyak berdiri sepanjang shif, berjalan jauh menghantar pesakit ke unit radiologi, dewan bedah dan seumpamanya.pi mai pi mai buat kerja tapi tetap maintain saja.kita yang tengok pun penat.

💞misi tidak mudah  lupa dan sentiasa mengingatkan pesakit untuk berpuasa sekiranya perlu menjalani prosedur.solat juga misi ingatkan sekiranya pesakit berkemampuan untuk menunaikan solat

💞misi mempunyai kesabaran yang tinggi melayan kerenah pesakit yang banyak songeh dan cerewet.

💞misi sentiasa mempunyai pen dan buku nota kecil di dalm poket bajunya.doktor pula selalu pinjam pen cik misi bila pennya hilang.misi macam dah jadi setiausaha doktor plak sediakan pen dan kertas.tapi misi memang pembantu doktor pun kan. 

sebenarnya banyak lagi yang boleh kita huraikan di sini.cukuplah banyak ni yang saya mampu coretkan ye.saya sangat menghormati anda yang bekerja dalam dunia kejururawatan.bukan senang nak menjadi jururawat yang sabar melayan kerenah pesakit yang sekarang ni berbagai ragam.

untuk masyarakat di luar sana janganlah suka menuding jari kepada cik misi/jururawat kita saja jika ada perkara berbangkit dan ketidakpuasan hati.jangan tengok sebelah mata saja.hormatilah mereka dan raikan mereka yang bersusah payah menguruskan pesakit mereka.tanpa mereka, pincanglah hospital.




6 PERKARA YANG MEMBUATKAN JURU X-RAY SERONOK BEKERJA



💗Mendapat kerjasama daripada pesakit apabila diberi arahan untuk menukar pakaian atau menanggalkan rantai dan barang kemas dan mengikut arahan tanpa mengingkari arahan juru x-ray.pesakit buat apa yang disuruh, tak banyak songeh.

💗mendapat penghargaan atau pujian daripada pesakit dan waris kerana memberi layanan yang baik kepada mereka

💗mendapat rakan sekerja yang saling bekerjasama membuat kerja bersama-sama.doktor juga sangat cool dan boleh mendengar teguran yang membina

💗rakan sekerja tidak lokek ilmu dan saling berkongsi ilmu yang ada.junior yang baru bekerja diberi tunjuk ajar sekiranya menghadapi masalah untuk mengambil x-ray special view 

💗pihak pentadbiran di jabatan x-ray meluluskan cuti panjang untuk staffnya.ini membolehkan anak buah terutamanya juru x-ray berehat setelah sekian lama bekerja shif atau onkoll.

💗adanya jamuan ataupun potluck.stress jika asyik bekerja saja.sesekali adakan jamuan untuk menyambut hari lahir staff, meraikan kejayaan pasukan ataupun pertukaran tempat bekerja juga membuatkan  juru x-ray seronok juga

ini semua pendapat saya sebagai salah seorang juru x-ray yang bekerja di hospital kerajaan.sekiranya anda juga bekerja mungkin anda juga akan bersetuju dengan apa yang saya rasa.mungkin bukan semua yang sama tapi ada juga mungkin sama kan.

kerja ni suatu ibadah.jadi kita kenalah melakukan kerja kita dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat waja.jangan mengharapkan duit gaji setiap bulan sahaja tanpa kita tidak berusaha meningkatkan kualiti kerja kita.nawaitu tu penting.bekerja kerana Allah.kita dapat memperoleh ganjaran pahala sekiranya melakukan kerja dengan seikhlas hati.

oklah, selamat bekerja ye.kepada yang tidak bekerja mungkin anda juga melakukan kerja  menguruskan keperluan keluarga.tu pun keja juga kan.ok.sekian.wassalam.