tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Wednesday, 13 April 2016

Monday, 11 April 2016

SYUKUR

TIP HARGAI NIKMAT KURNIAAN ALLAH 

SYUKUR


S   Selalu ingatkan Allah agar hati sentiasa ikhlas kepadanya.

      Y   Yakini bahawa segala kurniaan Allah adalah ujian daripadanya

        U   Ucapkan Alhamdulillah sebagai tanda syukur pada yang Esa

         K   Kerjakan segala suruhan Allah sama ada yang fardu mahupun sunat

     U   Usah angkuh dan takbur dengan kelebihan yang      ada

R   Rendahkan diri dan semai sifat tawaduk









Sunday, 10 April 2016

TUKANG AMBIK GAMBAR TULANG @ JURUX-RAY

TULANG MANUSIA



FAKTA TULANG MANUSIA

Manusia tidak mungkin boleh bergerak tanpa adanya tulang.

!          
  Tubuh manusia ada 206 tulang

  Tulang terbesar manusia : tulang paha

! Tulang terkecil manusia : tulang pada bahagian telinga

! Usia tulang manusia boleh menjadi lebih muda berbanding usia manusia kerana tulang mengalami proses pertumbuhan semula.

 Setelah bertahun tahun tulang manusia akan menipis dan menjadi rapuh.itulah disebut osteoporosis.


!          
  Tulang manusia dapat dilihat melalui gambar x-ray.


Sebagai seorang jurux-ray, aku bertemu dengan pelbagai ragam dan kerenah pesakit semasa aku berada di dalam bilik x-ray.antaranya ialah :

Pesakit 1 : macam mana keadaan saya kak? ada patah tak?

Pesakit 2 : saya tak suka bila kena x-ray ..habis la mati sel-sel kat badan saya ni..huhu

Pesakit 3 : kak perlu ke saya tanggalkan baju ni?saya malu la (apabila chest x-ray perlu dilakukan)

Pesakit 4 : pak cik terjatuh tepi jalan sebab ada orang langgar pakcik.orang tu tak perasan pak cik kot..nasib baik pak cik selamat.bla..bla..bla..(bersemangat bercerita pasal dirinya.terlebih peramah)

Pesakit 5 : perlahan skit kak..saya sakit ni..cepat skit kak x-ray saya na..

Pesakit 6 : saya nak termuntah ni..tak larat berdiri.

Pesakit 7 : kesian kat kak kena x-ray saya pulak malam2 buta ni..dah la kak keja sorang kan malam ni.

Pesakit 8 : boleh tolong pasang balik tak kain anduh ni? saya tak reti ( apabila perlu x-ray bahu)

Pesakit 9 : betoi ka saya kena dok macam ni bila nak x-ray kaki?saya tak pernah buat x-ray ni.

Pesakit 10 : kenapa panggil nombor ni dulu? lama dah saya tunggu.(pesakit yang tak sabar.)

Begitulah antara ragam pesakit yang mai x-ray ..banyak lagi yang aku  nak cerita.Insyaallah ada kelapangan aku akan kongsikan cerita lain plak..Insyaallah..











MOOD REPUBLIK KEDAH 2016






 Mood Republik...ampa semua tau ka apa itu mood republik?? Mood Republik merupakan festival yang menjual pakaian yang mempunyai jenama tersendiri dan ada gak jual barangan aksesori.bermacam macam pakaian berjenama yang dijual di situ...fesyen dan trend baju zaman sekarang.shawl, jubah, blaus,palazo, telekung,kasut , minyak wangi dan macam macam lagi la...

Pada 25 dan 26 Mac yang lepas, Mood Republik Tour Kedah  diadakan di Hotel Tabung Haji di Alor Setar.bagus sungguh depa buat time baru dapat gaji ni...memang ada duit semuanya bolehlah ....heheheeh..$$$$$$..aku dan 3 orang kawan sekerja aku pun berkesempatan pi sana...dari Kulim ke Alor Setar semata mata nak pi shopping kat sana..kami sampai awal..memang ngam2 pukul 10 pagi boleh masuk da...tapi sebelum dibenarkan masuk kami perlu beratur dan berkumpul di hadapan dewan Hotel Tabung Haji tu..orang memang berasak asak nak masuk dan ramai sangat.memang crowded giler ..aku, kak Mashitah, kak Syawal dan kak Nab memang tersepit gak la di celah celah ribuan orang...sebelum masuk perlu dapatkan access masuk ke dalam iaitu tapak tangan dicop perkataan 'mood republik access'.kalau takdak cop tak boleh masuk ooo...

Alhamdulillah setelah berpanas tersepit kami berempat pun berjaya masuk ke dalam ruang jualan Mood Republik..aku bersama kak Mashitah manakala kak Syawal bersama kak Nab untuk mencari barang yang diidamkan...memang rambang mata ooo nak pilih baju atau tudung pilihan sendri..memang harga murah giler...promosi sampai 30% hingga 50%...bila dapat masuk kat dalam pun masih bersesak gak...orang ramai ..almaklumlah first time event ni dibuat di Kedah...apa lagi orang pakat serbu la...aku sempat membeli 2 pasang jubah dari Imaan Boutique dan Rina Salleh dan 4 helai tudung Adijuma...shawl takdan beli pun...takpalah tak larat nak berhimpit dah..panas ..panas...walaupun ada aircond..maklumlah orang ramai sangat..


barang yang sempat dibeli

Yang shopping sakan bukannya aku..aku bawak duit cukup2 ja..tau dah kalau bawak duit banyak mesti tangan gatai lagi nak shopping sakan.kak Nab la paling banyak habis duit daripada kami bertiga.takpa aih sekali sekala manjakan diri dengan bershopping...bukannya senang nak mai Mood Republik.heheh..kan? Kan? Lepas abis penat bershopping , kak Nab belanja kami makan kat Hotel Regency di tengah2 bandar Alor Setar...terima kasih Kak Nab...sedap ooo..aku makan kuiewtiew tom yam..memang umph la...minum plak air barli kena plak cuaca panas ari tu..sebenarnya kak Nab nak belanja kami makan  ais kacang tapi ari tu takdak plak menu tu kt kafe hotel tu..huhuh takdak rezeki...

Kesimpulannya, memang seronok dapat shopping di Mood
Republik...alhamdulillah..mungkin bila event ni ada lagi bolehlah kami pi lagi...tak serik pun walaupun kena berhimpit,...hehehehe....shopping is a good therapy...


kiewtiew tom yam

kami berempat



PETUA : ISTERI MACAM ANAK DARA




Petua yang berguna untuk para isteri yang sudah bergelar ibu supaya sentiasa macam anak dara...Petua ini dikongsi oleh Dr Fatimah Az Zahra yang merupakan seorang ustazah....Kaum ibu perlu menjaga diri agar sentiasa menjadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al Waqiah..'abqaro' bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan.

Caranya ialah :

1) lepas solat isyak , ambik air segelas kemudian baca al Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali, dan surah al Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali..
2) lepas selesai membaca ayat2 tersebut tiup dalam air dan minum.
3) niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumah tangga



air masak...air putih







Makna surah al Waqiah :
Ayat 35 - Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri- isteri mereka dengan ciptaan istimewa.
Ayat 36 - Serta kami jadikan mereka sentiasa dara ( yang tidak pernah disentuh)
Ayat 37 - Yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya umurnya.
Ayat 38 - ( semuanya itu disediakan) bagi puak kanan..

Petua ini eloklah diamalkan untuk golongan ibu yang nak jadi persis seperti anak dara..Insyaallah dengan niat yang betul dan baik Allah akan permudahkannya...Jom apa lagi....Jom amalkan sama - sama








Friday, 8 April 2016

NO JUNK FOOD!!!!





Junk food ataupun dalam bahasa Melayunya makanan ringan...kalau bahasa mulut orang panggil jajan ataupun cekedis....ha ampa semua pernah dengar ka cekedis??? yang mana orang utara mungkin dah familiar kot perkataan cekedis tu,.Makanan ringan tu adalah seperti keropok, coklat, gula-gula, dan sebagainya..Selalunya dalam makanan ringan ada bahan pengawet, pewarna dan monosodium glutamat(MSG), kandugan gula dan garam yang tinggi.

 bahayanya makanan ringan kepada kanak-kanak..Sebagai ibubapa, kita perlu mengawal anak-anak apabila mereka mengambil makanan ringan ni.lebih baik mencegah daripada mendapat penyakit pulak di kemudian hari.Nauzubillah....minta dijauhkan..



Antara risiko yang boleh dapat akibat pengambilan makanan ringan yang tak terkawal :

# penyakit asma@lelah
#penyakit darah tinggi
#sakit jantung
#merosakkan daya konsentrasi dan melemahkan daya ingatan
#obesiti

MARILAH KITA SAMA-SAMA MENGURANGKAN PENGAMBILAN MAKANAN RINGAN...AYUH BERUBAH KE ARAH KEHIDUPAN YANG SIHAT....











MAKANAN RINGAN 





Wednesday, 6 April 2016

WORDLESS WEDNESDAY : SOLAT











AYUH UMAT ISLAM, SENTIASALAH MENUNAIKAN SOLAT 5 WAKTU...

SOLAT MERUPAKAN ANTARA RUKUN ISLAM

Friday, 1 April 2016

BELAJAR ILMU KEIBUBAPAAN MELALUI REALITI SHOW "THE RETURN OF SUPERMAN"

REALITI SHOW BERTAJUK "THE RETURN OF SUPERMAN"


Realiti show "The Return of Superman" merupakan rancangan realiti tv dari Korea Selatan yang cukup popular yang ditayangkan sejak bulan September 2013 di KBS2 channel sehinggalah sekarang.lamakan bertahan.Rancangan  ini mengisahkan kehidupan apabila si ayah (merupakan seorang selebriti) menjaga anaknya tanpa kehadiran isteri di sisi mereka selama 48 jam.Si ibu pergi berehat dan akan kembali semula selepas 48 jam.Sepeninggalan si isteri mereka, si ayah perlu melaksanakan tugas rutin isteri mereka dan menguruskan anak mereka...ha boleh jadi  superdaddy la..Di samping itu, si ayah perlu melakukan aktiviti bersama anak mereka semasa ketiadaan isteri.jurukamera yang merakam adegan si ayah menguruskan anak bersembunyi di dalam khemah ataupun playhouse supaya anak selebriti tidak perasan akan kewujudan adanya kamera yang merakam aksi mereka..lagipun  dapat merakam aksi mereka secara spontan dan bersahaja..

Aku pun terjebak menonton rancangan tv ni apabila ternampak iklan di internet pada tahun lepas 2015.Rancangan ni  boleh ditonton melalui youtube juga selain daripada menonton di channel KBS.sejak setahun bergelar seorang ibu ni rasa lebih teruja apabila dapat menonton keletah anak-anak selebriti ni..macam2 ragam tengok keletah si kecil ni.so adorable u oolls...aku cukup terpaut apabila pertama kali tengok segmen triplet kembar tiga tu iaitu anak kepada pelakon terkenal Song II-Gook.triplet tu bernama
 Dae-han ,Min-guk dan Man se...

Kenapa aku kata melalui rancangan tv ni dapat belajar ilmu keibubapaan ???Hal ini kerana aku mendapat secebis ilmu keibupaan.antaranya adalah  bagaimana nak menguruskan anak yang ramai seorang diri jika mempunyai anak lebih daripada 2 orang..bukannya senang oooo nak uruskan kanak-kanak dan bayi serentak.seronok  tengok gaya dan rentak selebriti ayah yang uruskan anak mereka seorang diri walaupun hanya 48 jam..aku sebagai seorang ibu pun tak menang tangan gak kalau mempunyai lebih daripada 2 orang anak kecil yang perlu diuruskan.selain itu, aktiviti permainan yang mereka tunjukkan dalam rancangan ni membolehkan aku mendapat  idea untuk bermain dengan anakku Muhammad Arsyad.anakku sekarang dah pandai berjalan dan faham apa yang aku cakapkan dan suruh lakukan.bolehlah skit2...alhamdulillah suatu perkembangan yang positif.








Jadual di bawah merupakan sumber yang diambil daripada laman web wikipedia..

DurationDadChildrenMom/WifeFilming location
2013
Chuseok Special Pt 1 - 3
Ep 1 - Present
Lee Hwi-jae
Comedian/Host
Son: Lee Seo-eon
DOB: March 15, 2013(age 3) (Fraternal twin)
Moon Jeong-won
Florist
(Chuseok Special - Ep 68
Gangnam, Seoul, South Korea)

Dongcheon-dongSuji-gu,Yongin-si,Gyeonggi Province, South Korea
Son: Lee Seo-jun
DOB: March 15, 2013(age 3) (Fraternal twin)
2015
Ep 89 - Present
Lee Dong-gook7
ProfessionalFootball (Soccer) player
Daughter: Lee Jae-si
DOB: August 14, 2007(age 8) (Fraternal twin)
Lee Soo-jin
Former Miss Korea contestant
Songdo, Incheon, South Korea
Daughter: Lee Jae-ah
DOB: August 14, 2007(age 8) (Fraternal twin)
Daughter: Lee Seol-ah
DOB: July 18, 2013(age 2) (Fraternal twin)
Daughter: Lee Soo-ah
DOB: July 18, 2013(age 2) (Fraternal twin)
Son: Lee Si-an (Daebak-ie)
DOB: November 14, 2014 (age 1)
2016
Ep 114 - Present
Ki Tae-young
Actor
Daughter: Kim Ro-hui
DOB: April 12, 2015(age 0)
Eugene
Singer/Actress
Seoul, South Korea
2016
Ep 116 - Present
Lee Beom-soo
Actor
Daughter: Lee So-eul
DOB: March 1, 2011(age 5)
Lee Yoon-jin
English interpreter
Gangnam, Seoul, South Korea
Son: Lee Da-eul
DOB: February 21, 2014(age 2)
DurationNarrator
2015
Ep 60 - Present
Jung Hye-young6

Former cast

The celebrity dads during 3 part '"Chuseok Special". From left to right: Jang Hyunsung, Choo Sunghoon, Lee Hyunwoo and Lee Hwijae.
Original cast during regular series. From left to right: Jang Hyunsung, Junseo, Junu, Seojun, Lee Hwijae, Seoeon, Tablo, Haru, Sarang and Choo Sunghoon.
Cast as of 2015. From left to right: Lee Seoeon, Lee Hwijae, Lee Seojun, Song Minguk, Song Ilgook, Song Daehan, Song Manse, Choo Sunghoon, Choo Sarang, Uhm Taewoong and Uhm Jion.
*Families and narrators are listed in order of exiting the show.



DurationDadChildrenMom/WifeFilming location
2013
Chuseok Special Pt 1 - 3
Lee Hyun-woo
Singer/Actor
Son: Lee Dong-ha
DOB: September 2009
Yi Je-ni
Museum Curator[6]
Seoul, South Korea
Son: Lee Ju-ha
DOB: April 2011
2014
Ep 25 - 31
3
Kim Jung-tae
Actor1
Son: Kim Ji-hoo (Yakkung)
DOB: February 2011[7]2
Jeon Yeo-jin
University Professor
Busan, South Korea
2013 - 2014
Chuseok Special Pt 1 - 3
Ep 1 - 33
Jang Hyun-sung
Actor
Son: Jang Jun-woo (Junu)
DOB: July 17, 2003(age 12)
Yang Hee-jung
Housewife
Seoul, South Korea
Son: Jang Jun-seo
DOB: July 29, 2007(age 8)
2014
Ep 32 - 39
Do Kyung-wan
News Anchor
Son: Do Yeon-woo (Kkom-kkomyi)
DOB: June 13, 2014(age 1)
Jang Yoon-jung
Trot Singer
Seoul, South Korea
2013 - 2015
Ep 1 - 58
Tablo
Rapper/Songwriter
Daughter: Lee Ha-ru
DOB: May 2, 2010(age 5)
Kang Hye-jung
Actress
Seoul, South Korea
2015
Ep 59 - 103
Uhm Tae-woong
Actor
Daughter: Uhm Ji-on
DOB: June 18, 2013(age 2)
Yoon Hye-jin
Ballerina
Opo-eup,Gwangju,Gyeonggi, South Korea
2014 - 2016
Ep 34 - Ep 116
Song Il-gook
Actor[8]
Son: Song Dae-han
DOB: March 16, 2012(age 4) (Fraternal triplet)
Jeong Seung-yeon
High Court Judge5
Songdo,Incheon, South Korea
Son: Song Min-guk
DOB: March 16, 2012(age 4) (Fraternal triplet)
Son: Song Man-se
DOB: March 16, 2012(age 4) (Fraternal triplet)
2013 - 2016
Chuseok Special Pt 1 - 3
Ep 1 - 122
Choo Sung-hoon
MMA Fighter
Daughter: Choo Sa-rang
DOB: October 24, 2011(age 4)[9]
Shiho Yano
Model
Minato, Tokyo, Japan
DurationNarrator
2013
Chuseok Special Pt 1 - 2
Yoo Ho-jeong
2013 - 2014
Ep 1 - 27
Chae Sira
2014
Ep 28 - 37
Shin Ae-ra
2014 - 2015
Ep 38 - 59
Heo Su-gyeong4