TUKANG AMBIK GAMBAR TULANG @ JURUX-RAY

TULANG MANUSIA



FAKTA TULANG MANUSIA

Manusia tidak mungkin boleh bergerak tanpa adanya tulang.

!          
  Tubuh manusia ada 206 tulang

  Tulang terbesar manusia : tulang paha

! Tulang terkecil manusia : tulang pada bahagian telinga

! Usia tulang manusia boleh menjadi lebih muda berbanding usia manusia kerana tulang mengalami proses pertumbuhan semula.

 Setelah bertahun tahun tulang manusia akan menipis dan menjadi rapuh.itulah disebut osteoporosis.


!          
  Tulang manusia dapat dilihat melalui gambar x-ray.


Sebagai seorang jurux-ray, aku bertemu dengan pelbagai ragam dan kerenah pesakit semasa aku berada di dalam bilik x-ray.antaranya ialah :

Pesakit 1 : macam mana keadaan saya kak? ada patah tak?

Pesakit 2 : saya tak suka bila kena x-ray ..habis la mati sel-sel kat badan saya ni..huhu

Pesakit 3 : kak perlu ke saya tanggalkan baju ni?saya malu la (apabila chest x-ray perlu dilakukan)

Pesakit 4 : pak cik terjatuh tepi jalan sebab ada orang langgar pakcik.orang tu tak perasan pak cik kot..nasib baik pak cik selamat.bla..bla..bla..(bersemangat bercerita pasal dirinya.terlebih peramah)

Pesakit 5 : perlahan skit kak..saya sakit ni..cepat skit kak x-ray saya na..

Pesakit 6 : saya nak termuntah ni..tak larat berdiri.

Pesakit 7 : kesian kat kak kena x-ray saya pulak malam2 buta ni..dah la kak keja sorang kan malam ni.

Pesakit 8 : boleh tolong pasang balik tak kain anduh ni? saya tak reti ( apabila perlu x-ray bahu)

Pesakit 9 : betoi ka saya kena dok macam ni bila nak x-ray kaki?saya tak pernah buat x-ray ni.

Pesakit 10 : kenapa panggil nombor ni dulu? lama dah saya tunggu.(pesakit yang tak sabar.)

Begitulah antara ragam pesakit yang mai x-ray ..banyak lagi yang aku  nak cerita.Insyaallah ada kelapangan aku akan kongsikan cerita lain plak..Insyaallah..











No comments:

Powered by Blogger.