tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Sunday, 10 April 2016

PETUA : ISTERI MACAM ANAK DARA




Petua yang berguna untuk para isteri yang sudah bergelar ibu supaya sentiasa macam anak dara...Petua ini dikongsi oleh Dr Fatimah Az Zahra yang merupakan seorang ustazah....Kaum ibu perlu menjaga diri agar sentiasa menjadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al Waqiah..'abqaro' bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan.

Caranya ialah :

1) lepas solat isyak , ambik air segelas kemudian baca al Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali, dan surah al Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali..
2) lepas selesai membaca ayat2 tersebut tiup dalam air dan minum.
3) niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumah tangga



air masak...air putih







Makna surah al Waqiah :
Ayat 35 - Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri- isteri mereka dengan ciptaan istimewa.
Ayat 36 - Serta kami jadikan mereka sentiasa dara ( yang tidak pernah disentuh)
Ayat 37 - Yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya umurnya.
Ayat 38 - ( semuanya itu disediakan) bagi puak kanan..

Petua ini eloklah diamalkan untuk golongan ibu yang nak jadi persis seperti anak dara..Insyaallah dengan niat yang betul dan baik Allah akan permudahkannya...Jom apa lagi....Jom amalkan sama - sama








4 comments: