'JONAH' PERKATAAN POPULAR DI HOSPITAL

adakah anda pernah mendengar perkataan "jonah"? semestinya kakitangan yang bekerja di hospital dah lali mendengar perkataan ni.

meh sini nadia nak bagitau apa maksud jonah tu. jonah adalah bahasa pasar kakitangan perubatan merujuk kepada seseorang atau sesuatu yang membawa nasib malang.biasanya dikaitkan dengan peningkatan kes,berlakunya kes-kes berat,kritikal atau rare.

contoh dialog kakitangan perubatan :

"kau ni mandi tak pagi tadi?jonah betul kerja sekali dengan kau.ada banyak new admission,patient asyik collapse
,waris pesakit tak habis-habis nak komplen itu ini.Letihnya,apalah malang betul nasib hari ni"

"Eee..siapalah yang jonah sangat hari ni.ni lain kali kena mandi bunga ni.ramai patient hari ni sampai tak menang tangan"

"jonah aku hari ni asyik menghadap ramai patient yang tak putus-putus datang x-ray"

istilah jonah ni kadang-kadang terlalu obses diungkapkan hingga ada yang benar-benar percaya konsep jonah ni.Bukankan mempercayai atau menyandarkan sesuatu selain Allah itu suatu khurafat?Jadi seeloknya janganlah percaya sangat konsep jonah ni sebabnya semuanya suatu kebetulan ja.patient ramai ka,patient asyik collapse tu semuanya realiti yang perlu dihadapi oleh kakitangan perubatan.dah kita kerja dalam bidang ni redha dan hadapilah dengan tenang ye.


anggaplah segala apa yang kita maksudkan dengan jonah ni adalah proses untuk kita belajar dan mengasah kemahiran.berpeganglah pada firman Allah dalam 

surah al-Baqarah ayat 286 : "Allah tidak membebani seorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

moga kita semua bersemangat dan bermotivasi dalam kerjaya masing-masing.saya selaku kakitangan awam yang juga bekerja di hospital sebagai jurux-ray juga dah lali dengar perkataan jonah ni.oklah yang baik kita ambik sebagai teladan, yang buruk jadikan sempadan.


2 comments:

  1. Haaa first time dengar jonah ni.. selama praktikal kat ward tak pernah lagi la dengar depa sebut jonah2.. kalau terdengar nanti, tahu la apa yang dimaksudkan... ena tahu john doe je.. ekekeke.. apapun betul apa yang dikatakan oleh akk

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ka ena tak pernah dengar ek?kalau lama2 dok di wad memang akan dengar juga kalau depa pakat slalu sebut jonah ni..sini kat utara ni dah familiar dengan perkataan tu.hehehe

      Delete

Powered by Blogger.