JUALAN MURAH PINGGAN MANGKUK DI KULIM

baru-baru ni nadia dan rakan-rakan telah mengunjungi jualan murah pinggan mangkuk di Kilang Miyao Toki Sdn Bhd.pelbagai jenis aneka pinggan mangkuk dijual di sana.semuanya pingan mangkuk kaca dan seramik.

jika harga biasa pinggan mangkuk dijual agak mahal juga.nadia pun bukannya bawa duit banyak sangat pun..hanya bawa rm50 ja...syukurlah berjaya juga beli pinggan dan mangkuk yang berkenan di hati.
ada pinggan mangkuk yang beli 2 percuma 1.beli 1 percuma 1.harga juga sangat berpatutan dan mampu milik.
di sini menunjukkan gambar pinggan dan mangkuk yang telah nadia beli.

pinggan dan mangkuk yang berjaya menambat hatiku untuk dibeli







suasana di sana sangatlah meriah dengan kehadiran ramai masyarakat berbilang bangsa.semuanya bersama-sama memilih pinggan mangkuk yang hendak dibeli.yang mana berkenan pilih dan boleh bayar di setiap kaunter bayaran yang berdekatan..servis pekerja kilang ni pun tip top...bagus dan mesra pelanggan.

suasana semasa jualan murah berlangsung

banyak pilihan pinggan mangkuk

Kilang Miyao Toki yang menjalankan jualan murah pinggan mangkuk...  



 
pinggan berharga RM10.BELI 1 PERCUMA 1


mangkuk berharga rm5 setiap satu

pinggan berharga rm12.20..beli 2 percuma 1

pinggan mangkuk yang berjaya kumiliki.     

 

lepas ni kilang ni akan buat jualan murah lagi pada 19 hingga 22 Mei 2017.jom kita sama2 kumpul duit dari sekarang dan pi beli lagi pinggan mangkuk .alang-alang boleh tambah koleksi pinggan mangkuk lagi kan..hehehe.

kilang  Miyao Toki Sdn Bhd ni terletak di kawasan kilang.
ni alamatnya :
 
 67, Lorong Perusahaan 4, Kawasan Perusahaan Kulim, 09000 Kulim, Kedah, Malaysia
 
jadi warga Kulim dan kawasan sekitarnya bolehlah cuci mata dan membeli pinggan mangkuk ni...katanya jualan terus dari kilang ni..harga sangat berpatutan..👍👍

4 comments:

  1. Tempat ni pernah viral dlm fb hari tue ... tapi viral yang baik-baik ..salah satu promosi .. tapi CCL tak bekesempatan nk bawa mak kesini

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ye ka...takpa ada masa nanti boleh ja bawak mak pi situ kan:)

      Delete
  2. Dah la cantik .. Murah pulak tu ♥♥

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya...memang pun..harga berbaloi..cantik pun ya..

      Delete

Powered by Blogger.