MY ANNIVERSARY 8 MAC..SWEET DATE TO REMEMBER

tanggal 8 mac 2014 , nadia dan suami telah diijabkabulkan..syukur alhamdulillah  setelah 7 bulan mengikat tali pertunangan.kalau korang ingat , tarikh ni juga heboh satu dunia bila kapal terbang MAS 370 hilang dan tak dapat dikesan.masa hari tu jugalah kami bernikah.jejaka bernama Annuar Mazlan berjaya mengetuk pintu hatiku dan akhirnya kami disatukan.

perkahwinan sebelah perempuan

perkahwinan sebelah lelaki


perkenalan kami juga bermula di media sosial.cukuplah nadia bagitau tu saja tanpa memberitahu dengan lebih lanjut di mana kami kenal.sori ye, biarlah rahsia antara kami.

nadia memanjatkan rasa kesyukuran yang tak terhingga kerana dikurniakan cahaya mata anak lelaki pada 19 Januari 2014 sebelum tarikh anniversary kami yang pertama.rezeki mengandung awal..syukur sangat-sangat dan Allah mempermudahkan kelahiran anakku bersalin secara normal.anakku bernama Muhammad Arsyad.jika berpeluang mengandung lagi, teringin nak merasa dapat anak perempuan pula..tapi tak kisah sangat pun.kalau ada rezeki Allah bagi anak lelaki juga nadia terima dengan redha.



perkahwinan memang ada pasang surutnya.biasalah bergaduh gaduh manja ada juga la terjadi dalam rumah tangga kami.tapi alhamdulillah perkara tersebut berjaya diselesaikan.biasalah kan sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

nadia berharap perkahwinan kami akan bertahan lama dan berkekalan hingga hujung nyawa.mudah mudahan kekal sampai bertemu semula di syurga.amin.nadia doakan sesiapa yang membaca entri ini juga akan berjaya dalam alam perkahwinan masing-masing.amin.

No comments:

Powered by Blogger.