CUKUPLAH SEKADAR MAKAN GAJI
bersyukur sangat nadia ada pekerjaan yang tetap iaitu bertugas sebagai penjawat awam.nadia bertugas sebagai juru x-ray di Hospital Kulim.memang nadia dapat gaji pun bukannya lumayan sangat tetapi takpa tetap bersyukur dapat juga merasa duit hasil kerja sendiri.
memang sekarang banyak rakan nadia buat lebih satu kerja dengan menambah pendapatan melalui bisnes.ini untuk mendapat duit lebih daripada duit gaji yang diterima setiap hujung bulan.ada yang buat bisnes online bersama group bisnes,jadi dropship, bisnes personal dan banyak lagi.lagipun zaman sekarang dengan ekonomi yang tak menentu memang perlu buat banyak kerja untuk dapatkan duit poket.
ada ramai kawan nadia ajak buat bisnes bersama mereka.tetapi nadia menolak peluang bisnes tersebut kerana tahu setakat mana kemampuan nadia.nadia tak mau buat kerja separuh jalan.orang kata hangat - hangat tahi ayam saja buat bisnes.lagipun kekangan masa juga merupakan antara salah satu faktor.
nadia kan bertugas sebagai penjawat awam yang bekerja di hospital kerajaan.kami bekerja onkoll, shif dan adakalanya office hour.kami juga dapat menambah duit poket apabila perlu bekerja lebih masa pada hari biasa atau hujung minggu.cukuplah sekadar makan gaji dan duit overtime kerana risau tak dapat beri 100% komitmen jika berbisnes.tambahan juga, masa berkualiti bersama keluarga perlu diutamakan.
kita tau setakat mana kemampuan kita.jadi nadia tak mau ambil risiko sebab dah pernah ada pengalaman join bisnes dengan suatu syarikat ni yang menyebabkan nadia terjerat sendiri.disebabkan upline dah senyap sunyi tak bertanya khabar kita apabila berpindah ke negeri sendiri.barang yang dibeli juga belum abis dijual sepenuhnya.sorilah nadia tak dapat nak bagitau benda apa yang pernah nadia jual dulu masa baru kerja.kenangan dulu memang memberi kesan pada gaji bulanan disebabkan potongan loan.silap sendiri juga sebab tidak minta pendapat keluarga terlebih dahulu sebelum join bisnes tersebut.kata orang sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
buat masa sekarang nadia hanya selesa makan gaji dulu.tengoklah jika masa hadapan nadia akan bertukar fikiran pula.syukurlah apa yang ada sekarang.nadia belajar daripada kesilapan dulu dah.
sama l akita.
ReplyDeletepenjawat awam.
and alhamdulillah semua mencukupi :)
ya..kita serupa..bersyukurlah dgn apa yg ada kan.
DeleteBest juga kerjaya ni
ReplyDeletealhamdulillah seronok juga kak x-ray orang ni:)
Delete