7 MITOS BERKAITAN GARAM
1) MITOS ❎ Elakkan penggunaan garam sepenuhnya untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik
FAKTA ✅ Garam merupakan nutrien penting yang mengawal tekanan darah dan diperlukan untuk memastikan saraf dan otot bekerja dan berfungsi dengan betul tetapi perlu diambil dalam amaun yang tepat
2) MITOS ❎ sea salt kurang mengandungi natrium berbanding table salt
FAKTA ✅ sea salt lebih popular,tetapi tidak bermakna ia kurang masin.seperti table salt mengandungi 40% natrium
3) MITOS ❎ saya jarang menambah garam pada hidangan, jadi saya tidak mengambil banyak garam
FAKTA ✅ sekitar 75% penggunaan garam Amerika Syarikat adalah daripada makanan terproses.bukannya daripada salt shaker.sebab itu sangat penting membandingkan label dan saiz hidangan pada fakta pemakanan
4)MITOS ❎ kandungan garam yang tinggi hanya terdapat pada makanan
FAKTA✅ sesetengah ubat yang dibeli di farmasi mengandungi paras natrium yang tinggi.anda harus membaca label pada ubat dan ada syarikat yang menghasilkan ubat yang rendah kandungan garamnya.
5)MITOS ❎ makanan yang kurang garam tiada rasa
FAKTA ✅ terdapat pelbagai alternatif yang berperisa kepada garam
6) MITOS ❎ paras tekanan darah saya normal jadi saya tidak perlu bimbang mengenai berapa garam yang diambil
FAKTA✅ bagi individu yang mempunyai paras tekanan darah yang normal perlu mengamalkan pengambilan garam yang kurang bagi mengelakkan risiko penyakit buah pinggang jika terlebih garam
7) MITOS ❎ saya kurang mengambil makanan masin jadi saya tidak makan garam secara berlebihan
FAKTA ✅ makanan seperti daging, keju dan roti mengandungi garam berlebihan boleh meninggikan risiko srangan jantung dan strok.
Sumber #majalah iSIHAT
No comments: