tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Sunday, 26 March 2017

TABIK SPRING KEPADA SEMUA JURURAWAT ATAS TUGAS YANG MULIA

Saya sangat menghormati dan tabik spring dengn rakan-rakan yang bekerja sebagai jururawat.profesion ni tak mudah dan tak ramai yang mahu menjadi jururawat.saya yang bekerja sebagai juru x-ray pun tak akan dapat melakukan kerja macam jururawat.



kenapa saya cakap macam tu.meh sini saya huraikan.

kenapa kita perlu menghormati profesion 
jururawat/misi ini :

💞misi perlu berkeyakinan tinggi dalam menguruskan data, angka,dan sentiasa menjaga kebersihan diri selepas mengendalikan darah, cecair atau najis yang menggelikan

💞perlu cergas dan cerdas dalam melakukan kerja seharian.kalau misi pun nampak letih dan tidak bersemangat bekerja, pesakit tengok pula jadi bertambah sakit dan lemah.

💞misi perlu berani lebih-lebih lagi bekerja pada waktu malam.wad selalu dimomokkan dengan kisah seram yang mengerikan.boleh naik bulu roma kita oo bila dengar bunyi yang menakutkan.tapi misi tetap cool saja bekerja dan buat dengar tak dengar ja bunyi yang pelik

💞misi mempunyai mata dan deria yang tajam apabila mengenalpasti keabnormalan pesakit.sebarang perubahan atau reaksi yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pesakit misi dapat lihat dulu.bahkan kadang-kadang misi yang menjadi first person tengok pesakit tu dah nazak.lepas tu baru doktor tahu pasal keadaan pesakit




💞misi mempunyai sepasang kaki yang kuat.ha la banyak berdiri sepanjang shif, berjalan jauh menghantar pesakit ke unit radiologi, dewan bedah dan seumpamanya.pi mai pi mai buat kerja tapi tetap maintain saja.kita yang tengok pun penat.

💞misi tidak mudah  lupa dan sentiasa mengingatkan pesakit untuk berpuasa sekiranya perlu menjalani prosedur.solat juga misi ingatkan sekiranya pesakit berkemampuan untuk menunaikan solat

💞misi mempunyai kesabaran yang tinggi melayan kerenah pesakit yang banyak songeh dan cerewet.

💞misi sentiasa mempunyai pen dan buku nota kecil di dalm poket bajunya.doktor pula selalu pinjam pen cik misi bila pennya hilang.misi macam dah jadi setiausaha doktor plak sediakan pen dan kertas.tapi misi memang pembantu doktor pun kan. 

sebenarnya banyak lagi yang boleh kita huraikan di sini.cukuplah banyak ni yang saya mampu coretkan ye.saya sangat menghormati anda yang bekerja dalam dunia kejururawatan.bukan senang nak menjadi jururawat yang sabar melayan kerenah pesakit yang sekarang ni berbagai ragam.

untuk masyarakat di luar sana janganlah suka menuding jari kepada cik misi/jururawat kita saja jika ada perkara berbangkit dan ketidakpuasan hati.jangan tengok sebelah mata saja.hormatilah mereka dan raikan mereka yang bersusah payah menguruskan pesakit mereka.tanpa mereka, pincanglah hospital.




6 PERKARA YANG MEMBUATKAN JURU X-RAY SERONOK BEKERJA



💗Mendapat kerjasama daripada pesakit apabila diberi arahan untuk menukar pakaian atau menanggalkan rantai dan barang kemas dan mengikut arahan tanpa mengingkari arahan juru x-ray.pesakit buat apa yang disuruh, tak banyak songeh.

💗mendapat penghargaan atau pujian daripada pesakit dan waris kerana memberi layanan yang baik kepada mereka

💗mendapat rakan sekerja yang saling bekerjasama membuat kerja bersama-sama.doktor juga sangat cool dan boleh mendengar teguran yang membina

💗rakan sekerja tidak lokek ilmu dan saling berkongsi ilmu yang ada.junior yang baru bekerja diberi tunjuk ajar sekiranya menghadapi masalah untuk mengambil x-ray special view 

💗pihak pentadbiran di jabatan x-ray meluluskan cuti panjang untuk staffnya.ini membolehkan anak buah terutamanya juru x-ray berehat setelah sekian lama bekerja shif atau onkoll.

💗adanya jamuan ataupun potluck.stress jika asyik bekerja saja.sesekali adakan jamuan untuk menyambut hari lahir staff, meraikan kejayaan pasukan ataupun pertukaran tempat bekerja juga membuatkan  juru x-ray seronok juga

ini semua pendapat saya sebagai salah seorang juru x-ray yang bekerja di hospital kerajaan.sekiranya anda juga bekerja mungkin anda juga akan bersetuju dengan apa yang saya rasa.mungkin bukan semua yang sama tapi ada juga mungkin sama kan.

kerja ni suatu ibadah.jadi kita kenalah melakukan kerja kita dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat waja.jangan mengharapkan duit gaji setiap bulan sahaja tanpa kita tidak berusaha meningkatkan kualiti kerja kita.nawaitu tu penting.bekerja kerana Allah.kita dapat memperoleh ganjaran pahala sekiranya melakukan kerja dengan seikhlas hati.

oklah, selamat bekerja ye.kepada yang tidak bekerja mungkin anda juga melakukan kerja  menguruskan keperluan keluarga.tu pun keja juga kan.ok.sekian.wassalam.



Wednesday, 22 March 2017

KLINIK PAKAR KANAK-KANAK SINGAPORE MENJADI PILIHAN TERBAIK BAGI RAWATAN ANAKKU

sekarang ni lambakan klinik swasta di selurauh Malaysia.
di Kulim juga banyak klinik swasta yang tumbah bagai cendawan lepas hujan.buatlah pilihan yang terbaik untuk mendapatkan rawatan yang menyenangkan anda semua.selain daripada pergi ke hospital kerajaan.

selalunya nadia dan suami memang berkunjung mendapatkan rawatan buat anak kami di Klinik Pakar Kanak-kanak Singapore jika anak nadia tidak sihat.


kaunter pendaftaran

kenapa nadia selesa mendapatkan rawatan di sini kerana

💗layanan doktor dan pekerja klinik mesra pelanggan.

💗memberi servis yang terbaik kepada pelanggan.

💗doktor memberi penjelasan yang jelas dan mudah difahami jika kami bertanya dengan lebih lanjut mengenai penyakit yang kami kurang faham mengenainya.

💗ubat yang dibekalkan mencukupi dan selalunya cepat lega dan dapat memberikan kesan yang baik untuk kesihatan.

lagipun di sini ada kemudahan mainan untuk kanak-kanak bermain.jadi anak nadia taklah bosan sangat menunggu giliran dan dia berpeluang main dengan mainan yang ada di situ.selalunya klinik dipenuhi dengan ramai pelanggan sebabkan servisnya yang terbaik.

mainan yang ada


anakku bermain


jadi, sesiapa berada di sekitar Kulim bolehlah bawa anak yang sakit ke Klinik Pakar Kanak-kanak Singapore.insyaallah anda semua akan berpuas hati dengan servis yang diberi.




masa klinik ini dibuka  


alamat klinik pula adalah seperti berikut:

Klinik Pakar Kanak-kanak Singapore
 Lorong Kemuning 1, Taman Kemuning, 
09000 Kulim, Kedah, Malaysia



7 MITOS BERKAITAN GARAM



1) MITOS ❎ Elakkan penggunaan garam sepenuhnya untuk mendapatkan tahap kesihatan yang baik

FAKTA ✅ Garam merupakan nutrien penting yang mengawal tekanan darah dan diperlukan untuk memastikan saraf dan otot bekerja dan berfungsi dengan betul tetapi perlu diambil dalam amaun yang tepat


2) MITOS ❎ sea salt kurang mengandungi natrium berbanding table salt

FAKTA ✅ sea salt lebih popular,tetapi tidak bermakna ia kurang masin.seperti table salt mengandungi 40% natrium

3) MITOS ❎ saya jarang menambah garam pada hidangan, jadi saya tidak mengambil banyak garam

FAKTA ✅ sekitar 75% penggunaan garam Amerika Syarikat adalah daripada makanan terproses.bukannya daripada salt shaker.sebab itu sangat penting membandingkan label dan saiz hidangan pada fakta pemakanan

4)MITOS ❎ kandungan garam yang tinggi hanya terdapat pada makanan

FAKTA✅ sesetengah ubat yang dibeli di farmasi mengandungi paras natrium yang tinggi.anda harus membaca label pada ubat dan ada syarikat yang menghasilkan ubat yang rendah kandungan garamnya.

5)MITOS ❎ makanan yang kurang garam tiada rasa

FAKTA ✅ terdapat pelbagai alternatif yang berperisa kepada garam



6) MITOS ❎ paras tekanan darah saya normal jadi saya tidak perlu bimbang mengenai berapa garam yang diambil

FAKTA✅ bagi individu yang mempunyai paras tekanan darah yang normal perlu mengamalkan pengambilan garam  yang kurang bagi mengelakkan risiko penyakit buah pinggang jika terlebih garam

7) MITOS ❎ saya kurang mengambil makanan masin jadi saya tidak makan garam secara berlebihan

FAKTA ✅ makanan seperti daging, keju dan roti mengandungi garam berlebihan boleh meninggikan risiko srangan jantung dan strok.







Sumber #majalah iSIHAT

Tuesday, 21 March 2017

'JONAH' PERKATAAN POPULAR DI HOSPITAL

adakah anda pernah mendengar perkataan "jonah"? semestinya kakitangan yang bekerja di hospital dah lali mendengar perkataan ni.

meh sini nadia nak bagitau apa maksud jonah tu. jonah adalah bahasa pasar kakitangan perubatan merujuk kepada seseorang atau sesuatu yang membawa nasib malang.biasanya dikaitkan dengan peningkatan kes,berlakunya kes-kes berat,kritikal atau rare.

contoh dialog kakitangan perubatan :

"kau ni mandi tak pagi tadi?jonah betul kerja sekali dengan kau.ada banyak new admission,patient asyik collapse
,waris pesakit tak habis-habis nak komplen itu ini.Letihnya,apalah malang betul nasib hari ni"

"Eee..siapalah yang jonah sangat hari ni.ni lain kali kena mandi bunga ni.ramai patient hari ni sampai tak menang tangan"

"jonah aku hari ni asyik menghadap ramai patient yang tak putus-putus datang x-ray"

istilah jonah ni kadang-kadang terlalu obses diungkapkan hingga ada yang benar-benar percaya konsep jonah ni.Bukankan mempercayai atau menyandarkan sesuatu selain Allah itu suatu khurafat?Jadi seeloknya janganlah percaya sangat konsep jonah ni sebabnya semuanya suatu kebetulan ja.patient ramai ka,patient asyik collapse tu semuanya realiti yang perlu dihadapi oleh kakitangan perubatan.dah kita kerja dalam bidang ni redha dan hadapilah dengan tenang ye.


anggaplah segala apa yang kita maksudkan dengan jonah ni adalah proses untuk kita belajar dan mengasah kemahiran.berpeganglah pada firman Allah dalam 

surah al-Baqarah ayat 286 : "Allah tidak membebani seorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

moga kita semua bersemangat dan bermotivasi dalam kerjaya masing-masing.saya selaku kakitangan awam yang juga bekerja di hospital sebagai jurux-ray juga dah lali dengar perkataan jonah ni.oklah yang baik kita ambik sebagai teladan, yang buruk jadikan sempadan.


Monday, 20 March 2017

JUALAN MURAH PINGGAN MANGKUK DI KULIM

baru-baru ni nadia dan rakan-rakan telah mengunjungi jualan murah pinggan mangkuk di Kilang Miyao Toki Sdn Bhd.pelbagai jenis aneka pinggan mangkuk dijual di sana.semuanya pingan mangkuk kaca dan seramik.

jika harga biasa pinggan mangkuk dijual agak mahal juga.nadia pun bukannya bawa duit banyak sangat pun..hanya bawa rm50 ja...syukurlah berjaya juga beli pinggan dan mangkuk yang berkenan di hati.
ada pinggan mangkuk yang beli 2 percuma 1.beli 1 percuma 1.harga juga sangat berpatutan dan mampu milik.
di sini menunjukkan gambar pinggan dan mangkuk yang telah nadia beli.

pinggan dan mangkuk yang berjaya menambat hatiku untuk dibeli







suasana di sana sangatlah meriah dengan kehadiran ramai masyarakat berbilang bangsa.semuanya bersama-sama memilih pinggan mangkuk yang hendak dibeli.yang mana berkenan pilih dan boleh bayar di setiap kaunter bayaran yang berdekatan..servis pekerja kilang ni pun tip top...bagus dan mesra pelanggan.

suasana semasa jualan murah berlangsung

banyak pilihan pinggan mangkuk

Kilang Miyao Toki yang menjalankan jualan murah pinggan mangkuk...  



 
pinggan berharga RM10.BELI 1 PERCUMA 1


mangkuk berharga rm5 setiap satu

pinggan berharga rm12.20..beli 2 percuma 1

pinggan mangkuk yang berjaya kumiliki.     

 

lepas ni kilang ni akan buat jualan murah lagi pada 19 hingga 22 Mei 2017.jom kita sama2 kumpul duit dari sekarang dan pi beli lagi pinggan mangkuk .alang-alang boleh tambah koleksi pinggan mangkuk lagi kan..hehehe.

kilang  Miyao Toki Sdn Bhd ni terletak di kawasan kilang.
ni alamatnya :
 
 67, Lorong Perusahaan 4, Kawasan Perusahaan Kulim, 09000 Kulim, Kedah, Malaysia
 
jadi warga Kulim dan kawasan sekitarnya bolehlah cuci mata dan membeli pinggan mangkuk ni...katanya jualan terus dari kilang ni..harga sangat berpatutan..👍👍

Thursday, 16 March 2017

BILA ANAK SUKA BERGAYA DENGAN KACA MATA HITAM

sapa suka pakai spek atau kaca mata hitam?
nadia tak brapa gemar sangat pakai spek mata hitam.pernah juga pakai bila cuaca terlampau panas sangat masa memandu kereta.tapi boleh bilang la brapa kali sangat nadia pakai spek mata hitam..tak biasa sangat pakai dan tak brapa reti..jadi kadang-kadang rasa tidak selesa pula dan tak puas plak tengok pemandangan bila nampak gelap skit daripada biasa.

anak nadia suka bergaya pakai spek mata hitam.Muhammad Arsyad suka pakai tapi sekejap ja dia pakai pun bila dia rasa nak pakai.tak sampai 10 minit pun dia pakai.lagipun entah elok ke tidak kanak-kanak pakai spek mata hitam tu kan .risau nanti lain plak jadinya sebab kaca mata warna yang gelap ni..haa  kawan-kawan boleh komen tak ok ke tidak kanak-kanak pakai spek mata hitam??cer komen skit

anakku Muhammad Arsyad bergaya dengan kaca mata hitam


sebenarnya anak nadia pakai kaca mata hitam ni sekadar untuk bergaya saja.bila dia rasa nak bergambar dia pakai la spek mata hitam tu..amboi perturun sapa la anak ambo ni kan.ayah dan mama dia bukannya suka pakai spek mata hitam pun.tapi abah nadia, tok wan Arsyad memang suka berkaca mata hitam apabila memandu kenderaan.

nak pakai spek mata hitam pak su Faiz pulak dah..

spek mata yang kubeli


sebenarnya kaca mata hitam ni boleh melindungi mata kita daripada sinaran UV cahaya matahari yang tinggi. mata boleh menjadi kabur apabila terdedah kepada cahaya yang terlampau terang sangat.ini dapat menjejaskan kesihatan mata kita..ada manfaatnya juga berkaca mata hitam ni.

oklah saja ja nak berkongsi cerita pasal kaca mata hitam ni.teringat anak suka bergaya dengan kaca mata hitam ni..anak oh anak..macam-macam ragam yang mencuit hati mama kamu ni.alahai..anakku sayang..

Thursday, 9 March 2017

CUKUPLAH SEKADAR MAKAN GAJI

bersyukur sangat nadia ada pekerjaan yang tetap iaitu bertugas sebagai penjawat awam.nadia bertugas sebagai juru x-ray di Hospital Kulim.memang nadia dapat gaji pun bukannya lumayan sangat tetapi takpa tetap bersyukur dapat juga merasa duit hasil kerja sendiri.



memang sekarang banyak rakan nadia buat lebih satu kerja dengan menambah pendapatan melalui bisnes.ini untuk mendapat duit lebih daripada duit gaji yang diterima setiap hujung bulan.ada yang buat bisnes online bersama group bisnes,jadi dropship, bisnes personal dan banyak lagi.lagipun zaman sekarang dengan ekonomi yang tak menentu memang perlu buat banyak kerja untuk dapatkan duit poket.

ada ramai kawan nadia ajak buat bisnes bersama mereka.tetapi nadia menolak peluang bisnes tersebut kerana tahu setakat mana kemampuan nadia.nadia tak mau buat kerja separuh jalan.orang kata hangat - hangat tahi ayam saja buat bisnes.lagipun kekangan masa juga merupakan antara salah satu faktor.

nadia kan bertugas sebagai penjawat awam yang bekerja di hospital kerajaan.kami bekerja onkoll, shif dan adakalanya office hour.kami juga dapat menambah duit poket apabila perlu bekerja lebih masa pada hari biasa atau hujung minggu.cukuplah sekadar makan gaji dan duit overtime kerana risau tak dapat beri 100% komitmen jika berbisnes.tambahan juga, masa berkualiti bersama keluarga perlu diutamakan.



kita tau setakat mana kemampuan kita.jadi nadia tak mau ambil risiko sebab dah pernah ada pengalaman join bisnes dengan suatu syarikat ni yang menyebabkan nadia terjerat sendiri.disebabkan upline dah senyap sunyi tak bertanya khabar kita apabila berpindah ke negeri sendiri.barang yang dibeli juga belum abis dijual sepenuhnya.sorilah nadia tak dapat nak bagitau benda apa yang pernah nadia jual dulu masa baru kerja.kenangan dulu memang memberi kesan pada gaji bulanan disebabkan potongan loan.silap sendiri juga sebab tidak minta pendapat keluarga terlebih dahulu sebelum join bisnes tersebut.kata orang sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

buat masa sekarang nadia hanya selesa makan gaji dulu.tengoklah jika masa hadapan nadia akan bertukar fikiran pula.syukurlah apa yang ada sekarang.nadia belajar daripada kesilapan dulu dah.




MY ANNIVERSARY 8 MAC..SWEET DATE TO REMEMBER

tanggal 8 mac 2014 , nadia dan suami telah diijabkabulkan..syukur alhamdulillah  setelah 7 bulan mengikat tali pertunangan.kalau korang ingat , tarikh ni juga heboh satu dunia bila kapal terbang MAS 370 hilang dan tak dapat dikesan.masa hari tu jugalah kami bernikah.jejaka bernama Annuar Mazlan berjaya mengetuk pintu hatiku dan akhirnya kami disatukan.

perkahwinan sebelah perempuan

perkahwinan sebelah lelaki


perkenalan kami juga bermula di media sosial.cukuplah nadia bagitau tu saja tanpa memberitahu dengan lebih lanjut di mana kami kenal.sori ye, biarlah rahsia antara kami.

nadia memanjatkan rasa kesyukuran yang tak terhingga kerana dikurniakan cahaya mata anak lelaki pada 19 Januari 2014 sebelum tarikh anniversary kami yang pertama.rezeki mengandung awal..syukur sangat-sangat dan Allah mempermudahkan kelahiran anakku bersalin secara normal.anakku bernama Muhammad Arsyad.jika berpeluang mengandung lagi, teringin nak merasa dapat anak perempuan pula..tapi tak kisah sangat pun.kalau ada rezeki Allah bagi anak lelaki juga nadia terima dengan redha.



perkahwinan memang ada pasang surutnya.biasalah bergaduh gaduh manja ada juga la terjadi dalam rumah tangga kami.tapi alhamdulillah perkara tersebut berjaya diselesaikan.biasalah kan sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.

nadia berharap perkahwinan kami akan bertahan lama dan berkekalan hingga hujung nyawa.mudah mudahan kekal sampai bertemu semula di syurga.amin.nadia doakan sesiapa yang membaca entri ini juga akan berjaya dalam alam perkahwinan masing-masing.amin.

Monday, 6 March 2017

PEKENA SUP SAYUR DENGAN NASI GORENG..URMM..SEDAP!!

adakah anda suka makan nasi goreng?anda suka makan dengan apa?

ada yang suka menikmati nasi goreng dengan sambal belacan,cili padi,sambal kicap,dan sebagainya.
bagi nadia pula, nadia suka makan nasi goreng bersama sup  sayur.haa sapa macam nadia juga?

sebenarnya baru-baru ni saja nadia suka makan nasi goreng bersama sup sayur.entahlah selera tekak ni pula lain macam.hehehehe..

gambar di bawah merupakan contoh nadia order :

nasi goreng kampung bersama sup sayur







nasi goreng seafood bersama sup sayur  


  kenapa ye nadia suka makan nasi goreng dengan sup sayur?
sebenarnya sup sayur ni merupakan campuran sayur-sayuran.nadia suka sebab boleh juga dapat letak kuah pada nasi goreng tu.lagipun menambah khasiat kepada makanan yang nadia makan juga.zat sayuran .makan pula sup sayur panas-panas..urmm sedap tu.

oklah setakat ni dulu ye entri ni,..bye..terima kasih kerana sudi pinjamkan mata membaca entri ni ye..