tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Sunday, 29 January 2017

AWASI ANAK ANDA YANG MASIH KECIL



jika anda mempunyai anak yang masih kecil silalah awasi dan perhati apa yang mereka sedang lakukan.anda lihat gambar x-ray di atas menunjukkan budak kecil ni tertelan kerongsang milik ibunya.mungkin kerongsang tersebut terjatuh di atas lantai lalu si anak ni pun ambik dan terus masukkan ke dalam mulut.jadi beringatlah wahai ibu bapa sekalian janganlah biarkan anak anda terseksa akibat kelalaian dan kecuaian anda sendiri.

sepanjang 5 tahun saya bekerja sebagai seorang juru x-ray saya sudah banyak kali menghadapi kes kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke bawah datang untuk x-ray di bahagian tengkuk dan abdomen (perut).setelah di x-ray selalunya akan nampaklah benda apa yang ditelannya.kebanyakannya tertelan duit syiling.selalunya doktor akan memberi air bancuhan ubat (tak pasti nama apa larutan tu) untuk mengeluarkan benda asing di dalam badan.

ini mengambil masa beberapa hari dan akhirnya benda asing tersebut boleh keluar melalui najis kanak-kanak tersebut.tetapi tengok juga benda apa yang ditelan ada yang boleh dikeluarkan melalui najis dan ada juga perlu menjalani pembedahan.bergantung kepada keadaan pesakit dan benda ditelan.

sebagai seorang ibu dan orang yang bertanggungjawab mengambil gambar x-ray saya menyeru kepada semua rakan agar sentiasa perhatikan anak-anak anda jika yang masih kecil dan perlukan perhatian kita.kanak-kanak suka memasukkan sesuatu ke dalam mulut mereka kerana mereka menganggap benda tersebut mungkin makanan.ok jadi AWASILAH ANAK ANDA.👀👂👃👄.
JANGAN MENANGIS MENYESAL KEMUDIAN HARI JIKA SESUATU YANG BURUK BERLAKU KEPADA ANAK ANDA.😕

SAYANGILAH MEREKA SEPENUH HATI💞
BERIKAN PERHATIAN YANG SEWAJARNYA💕

SELAMAT TAHUN BARU CINA 2017... GONG XI FA CHAI..

di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat  Malaysia yang menyambutnya..

tahun 2017 merupakan tahun ayam..rooster year...





masyarakat berbangsa Cina yang menyambut perayaan ini memang menjadi suatu adat mereka akan makan besar petang hari sebelum menjelangnya raya.







aktiviti yang dilakukan ketika perayaan Tahun Baru Cina.macam-macam boleh buat.meriah dengan bunyi bunga api dan dentuman mercun di sana sini.mereka juga menerima ang pau macam kita la dapat duit raya.best kan bila dapat duit.hehehe..

ok...saya ingin mengucapkan sekali lagi :


Saturday, 28 January 2017

RESEPI NASI AYAM NOXXA

RESEPI NASI AYAM NOXXA
Bahan-bahan untuk rebus ayam
½ ekor ayam
Air –mesti cukup untuk tenggelamkan ayam
Garam
Serbuk pati ayam – kalau suka, terpulang
1 inci halia diketuk
Cara penyediaannnya :
1)      Masuk semua bahan untuk rebus ayam dalam periuk noxxa
2)      Pastikan periuk tertutup rapat dan set pada STEAM pada tombol laras bahagian atas penutup periuk
3)      Tekan button STEAM pada periuk dan setkan timer selama 5 minit
4)      Tunggu sampai masa tamat dan keluarkan ayam daripada periuk
5)      Simpan dan guna air rebusan ayam untuk memasak nasi dan sup ayam.

Bahan-bahan untuk perahan ayam dan digoreng
Ayam yang telah siap direbus
6 ulas bawang besar dikisar halus
1 inci halia dikisar halus
Sos tiram
Kicap manis
Kicap masin
2 sudu besar madu
Cara penyediaan:
1)      Ayam yang telah siap direbus diperap bersama bawang dan halia yang telah dikisar dan digaul bersama campuran sos tiram, kicap manis dan kicap masin.
2)      Letakkan 2 sudu besar madu pada ayam yang telah digauli
3)      Gaul bagi rata
4)      Perap selama 1 jam

ayam yang diperap

5)      Selepas 1 jam , goreng ayam yang telah selesai diperap.
6)      Hasilnya seperti gambar di bawah..

ayam telah siap digoreng



Bahan-bahan untuk nasi
2 cawan beras
3 cawan air rebusan ayam – bergantung pada jenis beras yang digunakan
4 ulas bawang putih siap dipotong
5 ulas bawang merah siap dipotong
Garam
1 sudu besar marjerin
1 inci halia – dikisar atau dipotong sahaja
Sedikit kulit kayu manis
Daun pandan
Cara penyediaan :
1)      Beras dibersihkan dan kemudian  ditoskan.
2)      Tekan button STIR FRY selama 2 minit dan suis ON dihidupkan
3)      Masukkan marjerin.
4)      Setelah periuk panas masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dipotong berserta kulit kayu manis dan daun pandan.
5)      Selepas bahan tersebut garing tekan OFF pada button.
6)      Masukkan beras dan kacau.
7)      Masukkan juga 3 cawan air rebusan ayam dan secubit garam

beras yang belum menjadi nasi

8)      Pastikan periuk ditutup rapat
9)      Setkan STEAM pada atas periuk dan tekan button STEAM pada periuk


10)   Setkan timer kepada 20 minit dan biarkan sehingga masak.
11)   Pada minit ke 12 periuk akan berbunyi .jangan terus buka kerana nasi sedang masak lagi.
12)   Setelah timer menjadi 0 tekan button OFF pada periuk
nasi yang telah siap dimasak...


Bahan-bahan untuk sup

Air rebusan ayam
Daun sup dihiris nipis
6  ulas bawang besar dikisar

Cara penyediaan

1)Air rebusan ayam dididihkan
 2) masukkan bawang yang telah dikisar ke dalam air rebuasan ayam
3) letaklah garam secukup rasa
4) Hidangkan bersama hirisan daun sup atau bawang goreng jika suka

Bahan-bahan untuk cili sos
10 biji cili merah
4 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
½ botol sos cili thai

Cara penyediaan
!)kisar cili merah dan  bawang putih
2) masakkan dalam periuk
3) masukkan gula dan sedikit sos thai
4)Tumis seketika

5) sos ini boleh dimakan bersama salad , timun dan tomato

sori, tak letak gambar nasi ayam yang lengkap.dah selamat makan baru teringat lupa ambik gambar.ok selamat mencuba resepi ni...selamat menjamu selera.

Monday, 23 January 2017

HARGA MAMPU MILIK DI KEDAI KAIN RAKYAT 1 MALAYSIA..MAI BELI MAI..

semua orang mesti dah sinonim dengan perkataan 1 Malaysia kan? klinik 1 Malaysia la, barangan 1 Malaysia la...

anda tahu tak kedai kain pun ada kedai kain 1 Malaysia?dikenali juga kedai kain Rakyat 1 Malaysia.
apa tak tahu? ok meh sini nadia nak bagitau serba sedikit apa yang nadia nak cerita pasal kedai kain Rakyat 1 Malaysia ni.

Kedai kain Rakyat 1 Malaysia di area Kulim ni lokasinya terletak di 877, Taman Kempas Indah.berdekatan juga dengan  Tesco Kulim.

 
lokasi kedai kain Rakyat 1 Malaysia




Harga kain yang dijual di sini sangatlah berpatutan dan mampu milik...boleh dikatakan murah juga la...tak rugi pun melaburkan duit membeli kain di sini.kainnya juga berkualiti.

kain pasang yang nadia beli

kain lycra yang nadia beli

resit bayaran belian kain di kedai kain rakyat 1 Malaysia
          (beli 4 pasang kain , tak sampai pun harga rm100)

Yang Nadia tau kedai kain Rakyat 1 Malaysia dibuka setiap hari kecuali Hari Raya Puasa.jadi senanglah kita nak pi beli bila-bila masa pun.

selalunya orang perempuan memang suka beli kain untuk dibuat baju kurung, jubah,blaus dan sebagainya..saya pun turut sama suka juga beli kain untuk dibuat baju.

jadi, sesiapa yang belum cuba membeli kain di kedai kain Rakyat 1 Malaysia anda bolehlah cuba cuci mata di kedai sini terutamanya penduduk sekitar Kulim.mana tau kot-kot ada yang berkenan juga nanti. 

pada zaman yang serba serbi perlukan duit ni kita perlu mengambil langkah berjimat dengan membeli barangan berkualiti yang dijual pada harga yang berpatutan, orang kata bukannya harga cekik darah ooi..jadi buatlah pilihan yang bijak.pilihan di tangan anda.alah membeli, menang memakai.

ok, sekian dahulu entri ni..bye..tadaaa... 

RESEPI KERABU BUNGA KANTAN BERSAMA ULAM-ULAMAN


KERABU BUNGA KANTAN BERSAMA ULAM-ULAMAN




BAHAN-BAHAN

4 batang bunga kantan
3 ikat ulam pucuk putat 
3 ikat ulam daun selom
4 ulas bawang besar
kerisik 
garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

1) Hiris bunga kantan, ulam pucuk putat dan ulam daun selom senipis-nipisnya.

2) 2 ulas bawang besar perlu dikisar manakala 2 ulas bawang besar yang lain dihiris nipis

3) Hirisan bunga kantan, ulam pucuk putat dan ulam daun selom digaul bersama dengan bawang yang telah dikisar dan bawang lain yang dihiris.

4) Gaulkan juga bersama kerisik mengikut kesesuaian kuantiti ulam-ulaman.

5)Letakkan garam secukup rasa pada gaulan tersebut.

6) Haaa siap dah kerabu bunga kantan bersama ulam -ulaman.

7) Jika anda suka pedas letaklah sedikit cili padi.tapi nadia lebih suka natural ja rasanya kerabu ni tanpa gangguan kepedasan..hehehe

8) Ok..SELAMAT MENCUBA YE KAWAN-KAWAN.

👯 resepi ni merupakan resepi masakan mak saya.sapa yang suka makan ulam-ulaman pasti suka dengan kerabu ni.saya makan nasi panas dengan kerabu ni memang sangat menyelerakan.
 
 
 

Monday, 16 January 2017

PANDUAN MENAMBAT HATI ISTERI

PANDUAN MENAMBAT HATI ISTERI



💑Berbicara dengan lembut dan sopan
💑Tidak lupa ucapan terima kasih dan maaf jika berbuat silap
💑Sentiasa sabar dan tenang melayan kerenah isteri
💑Menghormati isteri
💑Turut sama membantu isteri melakukan kerja rumah
💑Sentiasa mengekalkan kasih sayang dan kemesraan
💑Bermurah dengan senyuman dan pujian
💑Prihatin terhadap keadaan,aktiviti dan masalah isteri

💑Meraikan kaum keluarga isteri

buat para suami di luar sana hargailah isteri anda.jika tidak berkemampuan cukuplah hanya ada seorang isteri sahaja.memang seronok bila boleh tambah isteri tapi mampukah anda sebagai seorang suami berlaku adil antara semua isteri anda.jadi, janganlah anda mengambil hati isteri semata-mata mahukan isteri anda memberi keizinan berkahwin lain.jadilah suami yang baik dan pandai mengambil hati isteri.SAYANGILAH RUMAH TANGGA ANDA..

"YA ALLAH, SAYA MEMOHON KEPADAMU SUPAYA PERKAHWINAN SAYA BERSAMA SUAMI BERKEKALAN SAMPAI KE AKHIR HAYAT.BEGITU JUGA DENGAN ANDA SEMUA YANG MEMBACA ENTRI INI..AMIN"







nadia bersama suami tercinta

PANDUAN BUAT ISTERI SUPAYA MENGHINDARI BERSIKAP QUEEN CONTROL

Queen control adalah suatu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang isteri kepada suami.biasanya ditakrifkan sebagai kecenderungan isteri mengawasi, membuli dan mengawal ketat segala tindak tanduk suaminya.apa yang dilakukan suaminya diambil tahu dan dikongkong sehinggakan si suami tidak berpeluang merasa bebas untuk membuat keputusan dalam rumah tangga.



sebagai seorang isteri yang sayangkan rumah tangga kita haruslah ingat janganlah menjadi queen control dalam rumah tangga anda.ini kerana menyebabkan si suami berasa tergugat dan mungkin tidak tahan tinggal sebumbung dengan anda lagi.janganlah menjadikan perkahwinan kita menjadi retak akibat perbuatan isteri yang terlalu queen control.

TIPS BUAT ISTERI SUPAYA MENGHINDARI SIKAP 
QUEEN CONTROL

😀Memikirkan tentang pengorbanan dan budi baik suami kita terhadap kita.

😀Menilai diri semula berkaitan keburukan yang telah dilakukan kepada suami.

😀Sentiasa memohon maaf kepada suami

😀Segera menghidupkan semula perasaan cinta dan kasih sayang suami isteri

😀Menginsafi dan ingatkan diri  bahawa suami adalah ketua keluarga.

😀Sentiasa sedar bahawa tanggungjawab isteri adalah berbakti dan patuh kepada suaminya

😀Sentiasa berbincang bagi menyelesaikan suatu masalah jika berlaku salah faham


😀Melayan suami dengan ikhlas dan penuh tanggungjawab 

oleh itu, sayangilah rumah tangga anda..janganlah terlalu menjadi queen control dalam rumah tangga.buruk padahnya nanti...orang kata sendiri mau ingat la kalaU mahukan perkahwinan berkekalan sampai ke hari tua ..insyaallah..












Thursday, 12 January 2017

ADAB KETIKA BERADA DALAM MAJLIS ILMU



ADAB KETIKA BERADA DALAM MAJLIS ILMU

🔵 tidak membuat bising dan bercakap-cakap dengan rakan sebelah

🔵 tidak banyak menoleh ke segenap penjuru majlis sehingga menganggu perhatian orang lain

🔵 tidak menjulurkan kaki di hadapan orang ramai.duduk dengan tertib

🔵 memilih teman yang baik untuk duduk bersama mendengar majlis ilmu

🔵 hendaklah tetap duduk di tempat duduk yang sama sehingga majlis ilmu berakhir.

banyak ganjaran pahala yang kita dapat sekiranya berada di dalam majlis ilmu.insyaallah yang penting ikhlas dan tidak dalam keadaan terpaksa.
























ADAB MENGUAP

Apakah itu menguap?



menguap adalah suatu perbuatan membuka mulut secara spontan dan tindakan yang boleh dikawal.selalunya menguap akibat kurangnya oksigen dalam badan kita ataupun ada yang kata mengantuk sangat.sebenarnya mengikut sains kurangnya oksigen dalam badan sehingga kita terdorong untuk menguap.

adab menguap

😆tidak mengeluarkan suara "aah" atau "huwaaa" ketika menguap..sangat tidak sopan jika berkelakuan begitu

😆menutup mulut dengan tangan supaya orang tidak dapat melihat keadaan di dalam mulut kita



😆jika tidak menutup mulut ketika menguap syaitan akan masuk ke dalam mulut kita




rahsia menguap

😆jika mulut terbuka ketika menguap maka berbagai-bagai jenis kuman dan debu akan masuk bersama udara  ke dalam tubuh

😆kadang-kadang orang yang melihat seseorang menguap biasanya akan turut sama menguap dalam tempoh 5 minit berikutnya.ini boleh menyebabkan jangkitan juga.



Thursday, 5 January 2017

JOM KENAL USTAZ DON DANIYAL DON BIYAJID

Anda semua kenal tak dengan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid? ni merupakan pendakwah dan penceramah bebas yang semakin dikenali oleh ramai masyarakat Malaysia.bak kata macam ustaz selebriti juga la..






🔵 lulusan Universiti Al-Azhar,Mesir

🔵 bekerjaya sebagai pensyarah di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Bangi

🔵 lahir pada 14.11.1984

🔵 asal : Bukit Mertajam, Pulau Pinang

🔵 pasangan hidup : Husna Zahry Rafie




🔵 anak :  Don Mustofa Don Daniyal

🔵 bapa : Don Biyajid bin Mustafa

🔵 ibu : Maryam Abdul Kader

🔵 rancangan kendalian : 30 minit Ustaz Don tv Alhijrah

Nadia pun suka mendengar ceramah atau tazkirah yang diberikan oleh Ustaz Don.walaupun dia masih muda tetapi banyak ilmu dapat dikongsi oleh beliau..beliau bercakap sangatlah jelas dan mudah untuk difahami.

ni antara kata-kata daripada Ustaz Don untuk tatapan semua..yang mana boleh diambil iktibar silalah hadam apa yang dibaca anda..insyaallah semuanya baik-baik saja.







Monday, 2 January 2017

TAHUN BARU...SEMANGAT BARU..WELCOME 2017

hari ni dah masuk hari ke 2 bagi tahun baru 2017..
alhamdulilah syukur kita masih dipanjangkan usia lagi melangkah ke tahun baru...

semestinya tahun baru pelbagai impian ingin digapai oleh kita semua.marilah kita sentiasa bersemangat untuk merealisaikan impian kita..moga akan tercapai ye walaupun bukannya 100% kan.

cuma di sini nadia ingin mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada anda semua.jom bersemangat waja pada tahun baru..buka lembaran baru.lupakan kenangan pahit.tempuhilah kisah baru dengan semangat baru..insyaallah kita sama-sama boleh lakukan...