tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Thursday, 12 January 2017

ADAB MENGUAP

Apakah itu menguap?



menguap adalah suatu perbuatan membuka mulut secara spontan dan tindakan yang boleh dikawal.selalunya menguap akibat kurangnya oksigen dalam badan kita ataupun ada yang kata mengantuk sangat.sebenarnya mengikut sains kurangnya oksigen dalam badan sehingga kita terdorong untuk menguap.

adab menguap

😆tidak mengeluarkan suara "aah" atau "huwaaa" ketika menguap..sangat tidak sopan jika berkelakuan begitu

😆menutup mulut dengan tangan supaya orang tidak dapat melihat keadaan di dalam mulut kita



😆jika tidak menutup mulut ketika menguap syaitan akan masuk ke dalam mulut kita




rahsia menguap

😆jika mulut terbuka ketika menguap maka berbagai-bagai jenis kuman dan debu akan masuk bersama udara  ke dalam tubuh

😆kadang-kadang orang yang melihat seseorang menguap biasanya akan turut sama menguap dalam tempoh 5 minit berikutnya.ini boleh menyebabkan jangkitan juga.



No comments:

Post a Comment