tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Monday, 23 January 2017

HARGA MAMPU MILIK DI KEDAI KAIN RAKYAT 1 MALAYSIA..MAI BELI MAI..

semua orang mesti dah sinonim dengan perkataan 1 Malaysia kan? klinik 1 Malaysia la, barangan 1 Malaysia la...

anda tahu tak kedai kain pun ada kedai kain 1 Malaysia?dikenali juga kedai kain Rakyat 1 Malaysia.
apa tak tahu? ok meh sini nadia nak bagitau serba sedikit apa yang nadia nak cerita pasal kedai kain Rakyat 1 Malaysia ni.

Kedai kain Rakyat 1 Malaysia di area Kulim ni lokasinya terletak di 877, Taman Kempas Indah.berdekatan juga dengan  Tesco Kulim.

 
lokasi kedai kain Rakyat 1 Malaysia




Harga kain yang dijual di sini sangatlah berpatutan dan mampu milik...boleh dikatakan murah juga la...tak rugi pun melaburkan duit membeli kain di sini.kainnya juga berkualiti.

kain pasang yang nadia beli

kain lycra yang nadia beli

resit bayaran belian kain di kedai kain rakyat 1 Malaysia
          (beli 4 pasang kain , tak sampai pun harga rm100)

Yang Nadia tau kedai kain Rakyat 1 Malaysia dibuka setiap hari kecuali Hari Raya Puasa.jadi senanglah kita nak pi beli bila-bila masa pun.

selalunya orang perempuan memang suka beli kain untuk dibuat baju kurung, jubah,blaus dan sebagainya..saya pun turut sama suka juga beli kain untuk dibuat baju.

jadi, sesiapa yang belum cuba membeli kain di kedai kain Rakyat 1 Malaysia anda bolehlah cuba cuci mata di kedai sini terutamanya penduduk sekitar Kulim.mana tau kot-kot ada yang berkenan juga nanti. 

pada zaman yang serba serbi perlukan duit ni kita perlu mengambil langkah berjimat dengan membeli barangan berkualiti yang dijual pada harga yang berpatutan, orang kata bukannya harga cekik darah ooi..jadi buatlah pilihan yang bijak.pilihan di tangan anda.alah membeli, menang memakai.

ok, sekian dahulu entri ni..bye..tadaaa... 

6 comments:

  1. murah...
    kat sini aida x perasan la kedai kain rakyat 1M ni, nadia.
    nanti nak try round kat mitc tu.
    bleh tgk2. maklum le, kami bertiga pompuan. faham jer la brape pasang baju kurung raya kan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betoi..murah sgt..sangat berbaloi..zaman skrg kena berjimat la kan..beli kain yg berkualiti dgn harga yang murah dan mampu milik

      Delete
  2. murah ya..saya ada dpt juga kain adik ipar beli dr kedai 1malaysia ni..cntiik juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. kain dia pun ok gak..berkualiti..cantik2 plak tu..rambang mata nak pilih mana satu nak beli

      Delete
  3. Murahnya nadia...akk da lama gila tak beli kain pasang...selalu beli kt nagoya ja...tak pernah lagi p ke kedai 1malaysia ni...
    Tahun lepas pun tak buat baju sebab preknen...beli yg siap ja...hahahah...
    Tahun ni ingat nk rotate yg mana patut ja

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang murah kak...mai la beli kat sini...hehehe...takpa kadang2 baju yang masih elok dipakai baik kita pakai ja dulu..nanti ada duit lebih barulah berbelanja beli yang baru..

      Delete