RESEPI NASI AYAM NOXXA

RESEPI NASI AYAM NOXXA
Bahan-bahan untuk rebus ayam
½ ekor ayam
Air –mesti cukup untuk tenggelamkan ayam
Garam
Serbuk pati ayam – kalau suka, terpulang
1 inci halia diketuk
Cara penyediaannnya :
1)      Masuk semua bahan untuk rebus ayam dalam periuk noxxa
2)      Pastikan periuk tertutup rapat dan set pada STEAM pada tombol laras bahagian atas penutup periuk
3)      Tekan button STEAM pada periuk dan setkan timer selama 5 minit
4)      Tunggu sampai masa tamat dan keluarkan ayam daripada periuk
5)      Simpan dan guna air rebusan ayam untuk memasak nasi dan sup ayam.

Bahan-bahan untuk perahan ayam dan digoreng
Ayam yang telah siap direbus
6 ulas bawang besar dikisar halus
1 inci halia dikisar halus
Sos tiram
Kicap manis
Kicap masin
2 sudu besar madu
Cara penyediaan:
1)      Ayam yang telah siap direbus diperap bersama bawang dan halia yang telah dikisar dan digaul bersama campuran sos tiram, kicap manis dan kicap masin.
2)      Letakkan 2 sudu besar madu pada ayam yang telah digauli
3)      Gaul bagi rata
4)      Perap selama 1 jam

ayam yang diperap

5)      Selepas 1 jam , goreng ayam yang telah selesai diperap.
6)      Hasilnya seperti gambar di bawah..

ayam telah siap digoreng



Bahan-bahan untuk nasi
2 cawan beras
3 cawan air rebusan ayam – bergantung pada jenis beras yang digunakan
4 ulas bawang putih siap dipotong
5 ulas bawang merah siap dipotong
Garam
1 sudu besar marjerin
1 inci halia – dikisar atau dipotong sahaja
Sedikit kulit kayu manis
Daun pandan
Cara penyediaan :
1)      Beras dibersihkan dan kemudian  ditoskan.
2)      Tekan button STIR FRY selama 2 minit dan suis ON dihidupkan
3)      Masukkan marjerin.
4)      Setelah periuk panas masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dipotong berserta kulit kayu manis dan daun pandan.
5)      Selepas bahan tersebut garing tekan OFF pada button.
6)      Masukkan beras dan kacau.
7)      Masukkan juga 3 cawan air rebusan ayam dan secubit garam

beras yang belum menjadi nasi

8)      Pastikan periuk ditutup rapat
9)      Setkan STEAM pada atas periuk dan tekan button STEAM pada periuk


10)   Setkan timer kepada 20 minit dan biarkan sehingga masak.
11)   Pada minit ke 12 periuk akan berbunyi .jangan terus buka kerana nasi sedang masak lagi.
12)   Setelah timer menjadi 0 tekan button OFF pada periuk
nasi yang telah siap dimasak...


Bahan-bahan untuk sup

Air rebusan ayam
Daun sup dihiris nipis
6  ulas bawang besar dikisar

Cara penyediaan

1)Air rebusan ayam dididihkan
 2) masukkan bawang yang telah dikisar ke dalam air rebuasan ayam
3) letaklah garam secukup rasa
4) Hidangkan bersama hirisan daun sup atau bawang goreng jika suka

Bahan-bahan untuk cili sos
10 biji cili merah
4 ulas bawang putih
1 sudu besar gula
½ botol sos cili thai

Cara penyediaan
!)kisar cili merah dan  bawang putih
2) masakkan dalam periuk
3) masukkan gula dan sedikit sos thai
4)Tumis seketika

5) sos ini boleh dimakan bersama salad , timun dan tomato

sori, tak letak gambar nasi ayam yang lengkap.dah selamat makan baru teringat lupa ambik gambar.ok selamat mencuba resepi ni...selamat menjamu selera.

No comments:

Powered by Blogger.