tinta pena biruku...

Hidup ini merupakan suatu persinggahan dan perjalanan kita perlu menuju ke suatu alam akhirat yang kekal abadi..sebagai hamba Allah kita perlu mempersiapkan diri dengan mengamalkan sifat mahmudah iaitu sifat terpuji dan sentiasa istiqamah dalam melakukan sesuatu pekerjaan...hal ini adalah sebagai bekalan kita untuk ke sana nanti..kita perlu topup diri menjadi insan berilmu, berakhlak mulia dan sebagainya agar dapat memperoleh ganjaran pahala untuk diri sendiri..insyaallah..**pesanan untuk diri saya juga..**

Monday, 23 January 2017

RESEPI KERABU BUNGA KANTAN BERSAMA ULAM-ULAMAN


KERABU BUNGA KANTAN BERSAMA ULAM-ULAMAN




BAHAN-BAHAN

4 batang bunga kantan
3 ikat ulam pucuk putat 
3 ikat ulam daun selom
4 ulas bawang besar
kerisik 
garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

1) Hiris bunga kantan, ulam pucuk putat dan ulam daun selom senipis-nipisnya.

2) 2 ulas bawang besar perlu dikisar manakala 2 ulas bawang besar yang lain dihiris nipis

3) Hirisan bunga kantan, ulam pucuk putat dan ulam daun selom digaul bersama dengan bawang yang telah dikisar dan bawang lain yang dihiris.

4) Gaulkan juga bersama kerisik mengikut kesesuaian kuantiti ulam-ulaman.

5)Letakkan garam secukup rasa pada gaulan tersebut.

6) Haaa siap dah kerabu bunga kantan bersama ulam -ulaman.

7) Jika anda suka pedas letaklah sedikit cili padi.tapi nadia lebih suka natural ja rasanya kerabu ni tanpa gangguan kepedasan..hehehe

8) Ok..SELAMAT MENCUBA YE KAWAN-KAWAN.

👯 resepi ni merupakan resepi masakan mak saya.sapa yang suka makan ulam-ulaman pasti suka dengan kerabu ni.saya makan nasi panas dengan kerabu ni memang sangat menyelerakan.
 
 
 

2 comments: