AWASI ANAK ANDA YANG MASIH KECIL
jika anda mempunyai anak yang masih kecil silalah awasi dan perhati apa yang mereka sedang lakukan.anda lihat gambar x-ray di atas menunjukkan budak kecil ni tertelan kerongsang milik ibunya.mungkin kerongsang tersebut terjatuh di atas lantai lalu si anak ni pun ambik dan terus masukkan ke dalam mulut.jadi beringatlah wahai ibu bapa sekalian janganlah biarkan anak anda terseksa akibat kelalaian dan kecuaian anda sendiri.
sepanjang 5 tahun saya bekerja sebagai seorang juru x-ray saya sudah banyak kali menghadapi kes kanak-kanak yang berumur 7 tahun ke bawah datang untuk x-ray di bahagian tengkuk dan abdomen (perut).setelah di x-ray selalunya akan nampaklah benda apa yang ditelannya.kebanyakannya tertelan duit syiling.selalunya doktor akan memberi air bancuhan ubat (tak pasti nama apa larutan tu) untuk mengeluarkan benda asing di dalam badan.
ini mengambil masa beberapa hari dan akhirnya benda asing tersebut boleh keluar melalui najis kanak-kanak tersebut.tetapi tengok juga benda apa yang ditelan ada yang boleh dikeluarkan melalui najis dan ada juga perlu menjalani pembedahan.bergantung kepada keadaan pesakit dan benda ditelan.
sebagai seorang ibu dan orang yang bertanggungjawab mengambil gambar x-ray saya menyeru kepada semua rakan agar sentiasa perhatikan anak-anak anda jika yang masih kecil dan perlukan perhatian kita.kanak-kanak suka memasukkan sesuatu ke dalam mulut mereka kerana mereka menganggap benda tersebut mungkin makanan.ok jadi AWASILAH ANAK ANDA.👀👂👃👄.
JANGAN MENANGIS MENYESAL KEMUDIAN HARI JIKA SESUATU YANG BURUK BERLAKU KEPADA ANAK ANDA.😕
SAYANGILAH MEREKA SEPENUH HATI💞
BERIKAN PERHATIAN YANG SEWAJARNYA💕
kena hati-hati ni. kang tertelan benda lain kan susah . betul tak ?
ReplyDeletehttp://www.kataubaid.com/2017/02/tempat-menarik-di-johor-pulau-besar.html
ya betoi tu ubai ismail...kena perhati depa betoi2 kan...
Deletekena hati-hati ni. kang tertelan benda lain kan susah . betul tak ?
ReplyDeletehttp://www.kataubaid.com/2017/02/tempat-menarik-di-johor-pulau-besar.html
Salam perkenalan... blogwalking dan done follow blog nie. :)
ReplyDeletesalam kenal...ok thanks ..i will follow u :)
DeleteTu la kalau ada anak kecil memang kena waspada selalu. Bukan sahaja benda keras bahaya, yang lembut macam bebola jelly pun bahaya.
ReplyDelete