FIRST TIME MAKAN MINI MANTOU @ ROTI SPAN KECIL

kawan-kawan pernah dengar mantou?nadia pun pertama kali dengar perkataan tu.

adik nadia la yang memperkenalkan makanan tu kat kami sekeluarga.memandangkan Zati pernah belajar di Bejing dulu jadi dia dah biasa makan mantou ni.

mantou adalah sejenis makanan iaitu roti span.merupakan frozen food dan boleh digoreng atau dikukus.kalau digoreng orang China panggil golden mantou sebabnya warnanya keemasan.kalau kukus orang China panggil silver mantou sebabnya warna menjadi putih.


mini mantou @ roti span kecil (plain) yang telah digoreng





mini mantou @ roti span kecil (plain) yang telah digoreng
boleh makan dicicah bersama susu pekat manis



adik Nadia bagitau sedap lagi goreng roti ni..kat Malaysia pun ada jual dah.halal.cari ja kat pasaraya besar bahagian frozen food, lepas tu balik rumah goreng atau kukus sendiri.kami goreng ja , lagi sedap..makan panas2 pula dicicah bersama susu pekat manis..kami beli yang kosong(plain).ada juga yang ada inti dalam isinya..bergantunglah pada selera korang ye nak makan yg mana satu.

rasanya yang gebu dan lembut isinya macam gigit span.tulah nama melayunya roti span.sedap ooo bila digoreng dan makan panas2.cubalah beli dan rasa ye.mesti korang pun akan jatuh cinta dengan mantou ni. 





pek mini mantou @ roti span kecil


No comments:

Powered by Blogger.